PROLOG

53 1 0
                                    

"Haa..kalau kau nak tahu, kau ni anak pungut je. Anak pungut!..Arwah suami aku pungut kau dekat tepi tong sampah. Kalau tak kerana belas kasihan suami aku agaknya kau dah kena makan dengan anjing-anjing liar dekat luar sana! Sedar diri kau tu sikit. Dasar budak pembawa malang. Hei, kalau tak kerana arwah suami aku nak selamatkan kau, dia masih hidup lagi tahu tak! Masih hidup lagi! Sudah, berambus kau dari rumah ni. Berambus! Aku tak nak sial kau tu melekat dekat keluarga dan anak-anak aku." Jerit Puan Harlina. Sudah tidak peduli lagi dia pada jiran sekeliling yang sedang memerhatikan adegan itu. Kembang kempis hidungnya menahan marah.

"Ibu..ibu, tolonglah ibu. Jangan buang Sha. Sha dah tak ada siapa-siapa dalam dunia ni. Kalau ibu buang Sha, mana Sha nak pergi ibu. Mana Sha nak pergi. Tolonglah Sha.Sha tak kisah kalau ibu anggap Sha macam orang gaji bu, Sha tak kisah tapi tolong jangan buang Sha." Kasih meraung dan melulut sambil memegang kedua belah kaki Puan Harlina. Teresak-esak Kasih Shahira menangis demi menginginkan simpati dan belas dari Puan Harlina.

Allahuakbar! Ya Allah..Begitu sedih perjalanan hidup Kasih Shahira. Selepas satu-satu dugaan yang Allah turunkan kepadanya. Sudah lah dipungut, dituduh lagi penyebab kematian arwah suami Puan Harlina. Encik Azman, arwah ayah angkatnya sahajalah tempat dia menumpang kasih. Sejak dari kecil lagi Puan Harlina amat membencikan Kasih. Baginya, Kasih hanya lah pengacau dan pembawa sial di dalam keluarganya. Anak-anak Puan Harlina juga membencinya. Encik Azman tidak pernah memberitahunya bahawa Kasih hanyalah anak angkat dia sahaja. Ditatang dan dianggap Kasih Shahira seperti anak kandungnya sendiri.

"Sudah! Berambus kau, berambus. Jangan tunjukkan muka kau lagi dekat rumah ni. Jangan ganggu keluarga aku. Kau nak pergi mana, kau nak jadi apa itu kau punya pasal! Berambus!" Pekik Puan Harlina. Dicengkamnya tudung yang dipakai Kasih lalu diheretnya sehingga ke pagar luar rumah. Dicampakkan pula beg yang mengandungi baju-baju Kasih. Tiada langsung belas kasihan dan simpati untuk Kasih. Sesudah itu, pagar dikunci dan pintu rumah ditutup.

Kasih berlari mendapatkan Puan Harlina, tetapi tidak sempat menahan Puan Harlina yang sudah masuk ke dalam rumah. Air mata Kasih turun dengan lajunya. Teresak-esak dia menangis di luar rumah tersebut. Pintu rumah diketuk-ketuk.

"Ibu..sampai hati ibu buat Sha macam ni. Sampai hati ibu..Sha dah tak ada siapa-siapa. Ayah..Sha rindu ayah." Kasih menangis teresak-esak. Dia tidak dapat membayangkan kehidupannya selepas ini. Dengan langkah longlai, beg bajunya dicapai. Ke mana arah tuju nya, dia pun tidak tahu. Diserahkan takdir perjalanan hidupnya kepada Allah Yang Maha Esa.

Andai dia untukkuWhere stories live. Discover now