BAB 3

30 0 0
                                    

Sampai sahaja dimejanya Kasih dipanggil pula ke bilik Jasmine. Allah..tahanlah wahai telinga. Pantas dia menuju ke bilik Jasmine lalu diketuknya.

"Come in!" Laung Jasmine dari dalam biliknya. Kasih jengukkan kepalanya.

"Cik Jasmine panggil saya?" Tanya Kasih.

Jasmine angkat kepala. Tajam matanya memandang Kasih. Kasih dipandang atas bawah. Dulu dia pernah menegur Kasih agar menjaga penampilannya. Ini kerana Kasih lebih gemar berbaju kurung dan hanya bertudung bawal. Kasih seorang yang sangat ringkas. Lagi pun nak bergaya sangat, mana lah dia ada duit banyak macam si Jasmine. Gaji hanya cukup-cukup sahaja.

"Asal you lambat? Tahu tak dah pukul berapa. You knew very well kan yang anak Tan Sri lapor diri hari ni yet you late." Hambur Jasmine.

Nafas dihela. "Saya minta maaf Cik Jasmine. It wont happened again. Actually saya memang keluar awal pagi tadi, tapi bas yang saya naik tadi tayarnya tiba-tiba pancit pula. Nasib dah dekat, saya pun berlari la tadi kesini. Once again, I'm sorry Cik Jasmine." Balas Kasih.

"Hmmm..you're good sebab this is the first time you lewat. Remember amaran saya. 5 strikes Kasih, 5 strikes. Now go, kejap lagi mesti Tan Sri turun nak kenalkan anak dia merangkap bos baru kita."

Kasih mengangguk lalu kakinya menuju ke tempatnya semula. Belum sempat melabuhkan punggung, anak matanya tertancap pada 6 buah fail di atas mejanya. Balik lewat lagi la gamaknya minggu ni.

Sampai sahaja di depan bilik sementara nya itu, pintu bilik dibuka. Perabut mewah diatur cantik. Bingkai gambar keluarganya tergantung indah di tepi mejanya. Faleeq terus duduk di kerusi kulitnya. Matanya masih meliar mengamati ruang biliknya itu. Lamunannya terhenti apabila seseorang mengetuk pintu biliknya.

"Yes? Siapa tu."

"Faleeq Adam!" Terdengar suara garau menjerit namanya. Faleeq terkejut seraya berdiri. Cuba mengamati raut wajah yang sudah lama tidak dijumpanya. Faleeq senyum lebar.

"Ya Allah.. Iskandar ke ni?" Faleeq menghampiri Iskandar. Dicubit-cubitnya pipi lelaki itu. Selepas itu ditampar-tampar perlahan pipi itu. Seakan tidak percaya.

Zikri Iskandar bin Dato' Murad. Sepupunya merangkap teman baiknya sejak dari kecil lagi. Mereka berdua sangat rapat. Seakan-akan adik beradik kandung. Kedua-duanya berumur 29 tahun dan berkongsi tarikh lahir yang sama. Cantikkan aturan Allah?

Tangan Faleeq ditepisnya. "Woi woi, sakitlah!Apa ni, ingat aku teddy bear ke kau nak cubit-cubit ni." Iskandar gosok-gosok kedua belah pipinya. Aduh!

Faleeq terkekek-kekek. "Hahahahaha.. Tak percaya aku. Betul kau ni Is? Mana is yang gemuk, yang nerd, yang tak hensem dulu?" Gurau Faleeq sambil ketawa.

"Hello, itu dulu okay! 10 tahun dulu. Aku naik je umur 20-an badan aku dengan sendirinya mengecil. Sampai bila aku nak gemuk, nanti awek tak lekat." Balas Iskandar sambil memandang Faleeq. Dia akui, dari dulu Faleeq sentiasa kacak. Putih lagi tu. Mana boleh kalah! Dia pun nak nampak kacak juga.

"Not bad Is. Kau nampak tegap gila sekarang. Bina badan eh? Come duduk sana kat sofa. Boleh sembang lama...Eh, kau pun tolong papa juga ke kat sini?" Tanya Faleeq sambil berjalan menuju ke sofa disudut biliknya.

Iskandar cuma mengangguk. "Haah Fal, ayah long suruh aku datang sini bantu kau dan gantikan tempat Firdaus buat sementara. Dia nak resign kan. So ayah long minta aku bantu kau untuk uruskan projek dekat Terengganu. Aku dengar projek tu bermasalah." Iskandar duduk menghadap Faleeq.

"Baguslah kau ada kat sini. Ada jugak kawan aku nak ajak gaduh. Papa pun bagi aku tempoh sebulan je untuk aku faham semua perihal pejabat. Lepas tu dia fully hand over kat aku." Ujar Faleeq lagi. Mereka berdua sembang panjang. Maklumlah, sudah lama tidak berjumpa.

"Fal," Panggil Tan Sri Kamal dipintu biliknya. "Eh, Is pun dah sampai juga. Eloklah tu, come both of you. Lets meet the staff, they already wait for us at meeting room downstairs". Akur. Faleeq and Iskandar bangun dan mengekor Tan Sri Kamal menuju ke bilik mesyuarat utama di tingkat 8. Bersatu Holdings adalah sebuah syarikat yang menjalankan bisnes pembangunan dan hartanah. Namanya agak dikenali kerana Tan Sri Kamal berjaya naikkan nama syarikatnya dipersada antarabangsa. Pernah bekerjasama dengan sebuah syarikat dari Amerika Syarikat dan memiliki beberapa cawangan hotel di Malaysia. Seorang hartawan dan dermawan. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmatnya.

Kasih mengambil tempat duduk di sebelah Syakila. Semua staff sudah dipesan oleh Encik Mokhtar agar pakai pakaian yang bersesuaian dan menjaga tingkah laku. Terasa dirinya diperhatikan seseorang. Raimy..Ulat bulu dah naik daun.

"Hai Kasih..You nampak cun la bila pakai formal macam ni." Tegur Raimy seraya mengambil tempat duduk berdepan dengan Kasih.

Kasih senyum sahaja. Tidak berminat nak dengar lebih-lebih. Raimy ni kalau dilayan makin menjadi-jadi. Syakila disebelahnya hanya menjeling sahaja ke arah Raimy. Satu pejabat sudah masak dengan perangai playboy Raimy. Teman wanita bertukar-tukar. Kat pejabat pula, asyik nak jual minyak sahaja. Kasih selalu dikacaunya. Siapa la yang tidak berkenan dengan Kasih? Orangnya lemah lembut, cantik, alis mata yang lentik, kening cantik terbentuk dan pipi kemerah-merahan. Macam anak kacukan pun ada. Tetapi, Kasih ni susah. Susah nak didekati lelaki. Kawan lelaki pun tak ada. Di pejabat ni, hanya Syakila sahaja yang rapat dengannya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 11, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Andai dia untukkuWhere stories live. Discover now