BAB 1

23 1 0
                                    

Imbas kembali....

Kasih berjalan sambil memeluk beg bajunya. Dia tidak tahu kemana harus dia tuju. Air mata yang mengalir dipipi dibiarkan. Mengenangkan nasib yang dia lalui, air matanya semakin lebat.

"Ayah, Sha minta maaf sebab hadir dalam hidup ayah. Kalau tak sebab Sha, mesti ayah hidup lagi kan? Sha minta maaf ayah, Sha salah. Sha lintas jalan tak tengok kiri-kanan. Tapi sebab Sha gembira sangat jumpa ayah masa tu. Sha tak sangka kegembiraan masa tu bertukar jadi hari yang paling hiba dan sedih dalam hidup Sha. Ayah, ibu dah buang Sha. Mana Sha nak pergi ayah? Mana Sha nak pergi.. Sha takut, Sha sejuk, Sha lapar sangat ayah."

"Ya Allah Ya Tuhanku, aku redha dengan dugaanmu. Tempatkan lah ayah aku ditempat orang-orang yang beriman." Rintih Kasih sendirian. Sedarnya dia sendiri tidak tahu dia berada di mana. Kasih duduk diperhentian bas yang tidak jauh berada dihadapannya. Sedang dia termenung sendirian disitu, dia ditegur oleh satu suara. Pantas Kasih menoleh. Seorang wanita yang kelihatan agak berumur sedang merenungnya.

"Anak, kenapa anak menangis ni? Anak nak pergi mana?" Sapa wanita tersebut sambil memegang bahu Kasih.

"Makcik, saya kat mana sekarang? Saya tak sedar langsung saya ada dekat mana sekarang ni." Terkebil-kebil Kasih memandang wanita tersebut.

"Anak dekat Kampung Setia sekarang ni. Anak dari mana dan nak kemana? Nama anak siapa?

Mata Kasih berair lagi. Teresak-esak dia. Dada menahan sebak. "Nama saya Kasih Shahira makcik, panggil Sha sahaja.. Saya tak tahu saya nak pergi mana. Saya tak ada hala tuju. Tak ada wang ringgit. Keluarga angkat saya buang saya..saya.." Kasih tidak dapat meneruskan katanya kerana rasa sebak yang semakin menghimpit jiwa. Air matanya mengalir lagi.

"Allahu, kesiannya kamu nak. Mari ikut makcik. Panggil makcik Mak Mah sayang. Panggil Mak je. Mari nak ikut mak.. Kita balik. Baju Sha kotor ni. Sha kena mandi, rehat dan mak nak dengar cerita Sha. Mari.." Pujuk Mak Mah. Tumpah kasih dan simpatinya terhadap Kasih.

Kasih hanya terkebil-kebil memandang Mak Mah. Dengan hati yang hiba, dia anggukkan sahaja.

"Sha menung apa tu?" Tegur Mak Mah. Ya, Mak Mah la yang banyak membantunya. Yang berikan dia semangat, sentiasa ingatkannya tentang hikmah-hikmah disebalik setiap dugaan yang Allah turunkan. Selepas Puan Harlina menghalau Kasih, dia tidak tahu kemana harus dia tuju. Tanpa duit dan sebatang kara. Ketika Allah turunkan dugaan terhadap dirinya, hadirnya Mak Mah datang membantu. Sudah dianggap Mak Mah seperti ibu kandungnya sendiri.

Kasih tersentak dari lamunannya. Tidak perasan akan kehadiran Mak Mah yang duduk disebelahnya. Sudah berapa lama Mak Mah disitu, dia sendiri tidak sedar.

"Eh Mak. Tak ada apa Mak. Teringat kisah lalu je." Ujar Kasih dengan mata berkaca-kaca. Dipandang Mak Mah dengan penuh kasih.

"Mak, terima kasih ye..Mak kutip Sha, mak jaga Sha macam anak kandung mak, mak berikan Sha tempat berteduh saat Sha dibuang keluarga angkat Sha. Sha bersyukur sangat Allah temukan Sha dengan mak. Tak terbalas jasa mak pada Sha. Terima kasih sangat-sangat mak." Sebak Kasih berkata-kata. Digenggam erat tangan Mak Mah. Kemudian dikucupnya. Air mata menitis lagi dari kelopak mata Kasih.

Berkaca-kaca mata Mak Mah mendengarnya. Hiba sungguh hatinya mengenangkan perjalanan hidup Kasih.

"Jangan cakap macam tu nak. Sha anak mak. Selamanya akan jadi anak mak. Mak sayang Sha sangat-sangat. Mak pun bersyukur Allah temukan mak dengan Sha. Mak kehilangan anak perempuan mak dulu, tapi Allah hadirkan Sha untuk mengisi ruang rindu dalam hati mak." Balas Mak Mah sambil memeluk Kasih. Sayangnya pada Kasih tidak dapat disangkal lagi.

"Dah tak mahu menangis lagi. Sha tak cantik kalau menangis. Anak mak ni kuat, mak tak nak Sha terus-terusan sedih. Inshaallah akan hadirnya bahagia untuk Sha. Mak selalu doakan Sha. Jom masuk dalam, hari dah nak asar ni. Lepas solat nanti Sha tolong mak uli tepung ye. Mak nak buat kuih keria. Teringin pula." Ujar Mak Mah sambil mengelap air mata di pipi Kasih.

Kasih tersenyum. Walaupun sudah 7 tahun berlalu, namun kisah silamnya terus-terusan menghantui dirinya. Kadang-kadang dia termimpikan arwah Encik Azman. Ah..Sudah lama rasanya dia tidak menziarahi kubur arwah ayah angkatnya. Hatinya berbicara sendiri.

"Baik mak..wah, sedapnya kuih keria! Kita buat lebih sikit ye mak, Sha nak bawa sikit esok pergi office. Boleh bagi Syakila sikit." Kasih tersengih sambil memandang Mak Mah.

Skrin televisyen ditutup lalu jam di dinding dikerling,tidak sedar hari sudah larut malam. Mak Mah juga sudah tidur. Kaki diayunkan ke bilik. Badannya dihempaskan ke atas katil.

Ah..sedapnya dapat golek-golek macam ni. Tapi rasa kejap sangat cuti. Esok dah Isnin, kerja. Haih..Gumam Kasih sendiri di atas katilnya. Terdengar bunyi nada dering telefon bimbitnya, lalu diambil. Syakila..Eh dia ni kenapa tak tidur lagi.

"Hello, assalamualaikum Cik Syakila. Ada apa yang boleh saya bantu?" Jawab Kasih. Terdengar Syakila gelak perlahan di hujung talian.

"Aku nak bergosip sikit dengan kau ni Sha." Balas Syakila. Itulah dia Syakila, kalau bab gosip kalah Melodi TV3. Esy..

"Amboi kau ni..dah macam internet bergerak ni apa kes?Macam tak boleh tunggu esok. Kan esok kerja, cerita esok jela. Kacau aku nak tidur jela." Ujar Kasih sambil mengosok-gosok matanya.

"Alaa..ni cerita best. Kau tahu kan esok anak Tan Sri Kamal ganti tempat ayah dia sebagai CEO? Encik Mokhtar cakap perangai anak dia ni kalah Hitler. Kau kenal Hitler kan? Cuma ni version hensem la. Bukan hensem sikit. Hensem banyak tahu! Hot tak ingat dunia. Eh, apa aku melalut." Cerita Syakila bersungguh-sungguh sambil tergelak-gelak. Dia pernah ternampak gambar anak lelaki Tan Sri Kamal di dalam bilik bos nya itu. Tinggi lampai, putih, segak , kacak dan sangat maskulin.

Kasih geleng kepala. "Laaa, ini je kau nak bagi tahu aku? Aku tahu lah. Encik Mokhtar pun dah pesan kat aku suruh aku jaga-jaga dengan anak bos kita tu. Bukan kat aku je dia pesan, rasanya dekat semua staff Bersatu Holding dia warning. Jangan dilawan kalau tak nak hidup susah. Ye kan je apa yang dia suruh dan cakap." Ujar Kasih selamba tapi hatinya ada juga terasa gundah gelana. Ye la, selama ni dia selesa berurusan dengan Tan Sri Kamal. Orangnya baik, sangat bertolak ansur, berbudi bahasa dan sangat menjaga kebajikan pekerja-pekerjanya. Walaupun kaya dengan harta dan berpangkat Tan Sri tetapi Tan Sri Kamal tidak pernah riak atau bermegah dengan apa yang dimilikinya.

"Dah la Kila, aku mengantuk ni. Kita jumpa esok kat pejabat ye? Karang aku terlajak tidur, tertinggal bas jadi satu hal pula nak menghadap si Jasmine kerek tu." Teringat dengan si Jasmine merangkap ketua operasi di department tempat dia bekerja. Orangnya sentiasa bergaya. Tinggi lampai, rambut karat,tapi mulut mengalahkan puaka niyang rapik.

"Hahaha..okay Sha. Jumpa esok. Assalamualaikum." Syakila mematikan talian. Usai menjawab salam, Kasih kembali memejamkan matanya. Insha Allah hari esok akan baik-baik sahaja.

Andai dia untukkuWhere stories live. Discover now