Mengapa aku perlu persoalkan,
Apa itu cinta,
Cinta tidak ada jawapan,
Walau macam mana pun dijumpa.Engkau jumpa teori,
Dan bukan kesimpulan,
Betapa banyak mana pon kau simpul,
Tiada ikatan yang ketat,
Betapa banyak kau ikat,
Tiada ikatan yang kuat.Macam mana kau usaha,
Akhirnya ajal menjemput,
Macam mana kau cari cara,
Akhirnya setan yang mencaras.Cincin di jari hanya sekadar simbolik cinta,
Tanda setuju zahir batin dengan tutur bicara,
Lagi lama bersama lagi keluar taringnya,
Lagi lama gigitan lagi sakit hasilnya.Mengapa aku perlu persoalkan,
Apa itu cinta,
Kerana manusia buta,
Akan cinta manusia.
YOU ARE READING
POETRY
PoésieVarious of poems crafted by me and other poets with me for various of occasion. Sometimes we don't know how to express, "let my words become your sentences to express those thoughts"