- five

737 95 5
                                    

Seo Mira

Seperti biasa aku akan tunggu bas di perhentian bas lah. bas ini pun kadang-kadang awal, kadang-kadang lambat haih.

Apabila bas sampai, aku terus naik ke bas dan membayar dan mula mencari tempat duduk.

Aku ternampak renjun di tempat yang sama dia duduk tempoh hari jadi aku ke sana untuk duduk di sebelah dia.

"hai renjun" aku menyapanya dan duduk di sebelah dia. dia hanya tersenyum memandang aku dan memandang ke luar tingkap kembali.

kami diam di sepanjang perjalanan ke sekolah. sampai satu masa, "awak Mira kan?"

aku memandang lelaki yang berdiri di hadapan aku. "ya kenapa?"

"hanya nak tanya, awak akan masuk ke pertandingan menari itu?"

aku hanya mengangguk sahaja. aku pun tak faham asal cerita ini banyak sangat mengangguk.

"oh btw nama saya Soonyoung. Kwon Soonyoung" dia memperkenalkan diri dia.

"hai nama saya Mira" aku membalas dengan senyuman. "dia ini boyfriend awak ke?"

aku terkejut dengan soalan dia. aku memandang renjun , renjun pun memandang aku.

"eh mana ada . kawan jelah" renjun membalas.

"em korang nampak sesuai ehek" aku baru ingin menghempuk dia tetapi bas sudah sampai ke sekolah jadi dia terus berlari keluar.

ish bengong punya soonyoung.

aku dan renjun berjalan masuk ke dalam bangunan senior. walaupun ramai orang memerhati tapi kami buat tidak tahu je.

"ohoii what's up?" mark datang menuju ke arah kami. aku hanya tersenyum nipis.

"mark!" aku terdengar suara haechan menjerit. kelihatan haechan sedang mencari mark dengan muka marah .

aku menolak mark ke dalam kelas yang berada di sebelah. entah kelas siapa aku tak tahu aku main tolak je.

"eh haechan hai!" aku menyapanya. dia berlari ke arah aku. "wei kau nampak mark tak?"

"em tak ada lah pula"

"kau renjun?" haechan tanya ke arah renjun pula.

"tak ada ah" renjun turut sama-sama naik. kami berdua sedaya upaya menahan gelak daripada terkeluar.

"haih mana pula dia pergi. tahu takut  masa aku kejar" haechan menyerabutkan kepala dia.

"dia buat apa dekat kau sampai kau kejar dia?"

"dia pergi tampar muka aku. ei memang nak kena dia itu. haih tak apalah aku nak balik kelas dulu. nanti kalau jumpa mark, bagitahu tahu"

haechan pun beredar ke kelas yang berada di tingkat atas. hadui boleh pula si mark itu pergi tampar muka si haechan. memanglah kawan itu marah.

aku memanggil mark yang masih lagi bersembunyi. dia keluar dengan muka yang tercungap-cungap. aku menyuruh dia balik ke kelas dia dengan renjun.

aku tidak mahu ke kelas lagi, aku ingin pergi ke perpustakaan sekolah untuk mengambil beberapa buku.

<❇>

aku mengambil beberapa buku yang mungkin boleh menghilangkan bosan aku di dalam kelas.

yelah, kan dah habis periksa. mahu melangut saja dalam kelas. semasa aku tengah ambil buku tiba-tiba...

"annyeong" aku memandang kanan aku. "oh jeno annyeong" aku senyum ke arah dia.

"kau buat apa dekat sini?" aku tanya jeno kerana tak pernah pernah mamat ini rajin pergi perpustakaan sorang-sorang.

"saja jalan-jalan ke sini hehe" dia menunjukkan eyes smile dia itu. jap iman tak kuat huuuu

"kau ada fikirkan step tak untuk pertandingan itu?" aku membuka topik.

"aku ada tapi aku tunjukkan petang ini. kita kumpul dekat ten hyung dance practice."

aku menunjukkan jari okay dekat jeno dan aku menyuruh jeno untuk temankan aku untuk mengisi borang pinjaman .

kami berdua ke kelas bersama-sama. perjalanan ke kelas mengambil masa yang lama apabila pelajar-pelajar perempuan menghalang jalan kami.

aku pun kadang-kadang tak faham apa yang diorang tergilakan sangat dengan jeno ft yang lain .

kadang-kadang ada yang kata aku ini bertuah sebab dapat kawan dengan diorang. yang menjadi masalah, bertuah tang mana?

jeno masih lagi berjalan dengan muka chill, dia juga menghalang aku daripada kena tarik oleh pelajar perempuan yang lain.

aku kadang-kadang kena tarik lepastu selamat muka aku cium lantai wey. aku pun tak fahamlah apa yang diorang dengki sangat dengan aku.

selepas beberapa minit, kami sampai di kelas. aku duduk di kerusi aku dan mengelap peluh yang berada di sekitar muka aku.

chenle mentertawakan aku. "haih ini sebab kau punya peminat ke apa?"

aku memandang dia dengan pandangan maut. "haah penuh peminat aku dekat luar itu. susah jadi famous ini, lantai pun nak ciuman aku."

jisung dan haechan yang turut dengar apa yang dikatakan oleh aku juga tergelak.

mark tiba-tiba muncul di hadapan kami. "wey korang, renjun!"

<❇>

tbc

wish + renjunWhere stories live. Discover now