- three

907 117 6
                                    

Seo Mira

"woi kau pejadah tiba-tiba semangat nak pergi library ini?" haechan berkata dengan muka malas .

"dari tidur dalam kelas" aku membalas tanpa memandang muka dia.

kami memasuki library dan kelihatan ramai pelajar sedang belajar secara sendiri . uish rajin .

"hai haechan oppa!" seorang junior perempuan menegur haechan dengan muka riang. oOf haechan dah ada peminat .

"h-hai" haechan membalas dengan senyuman janggal . perempuan tersebut memandang aku dan turut melambai ke arah aku .  aku membalas .

haechan menarik tangan aku untuk meninggalkan perempuan itu. aku terkejut dengan tindakan haechan.

"woi kau asal?" aku memarahi dia apabila kami sampai di rak-rak yang terdapat di hujung perpustakaan.

"aku taknak perempuan itu jadikan kau sebagai orang tengah" haechan membalas dengan muka serius.

"aku tak faham"

"aku takut perempuan itu akan gunakan kau untuk tambat hati aku. aku taknak okay?" haechan menerangkan lagi.

"hai?" seseorang menegur kami dan serentak dengan itu kami memandang dia.

<❇>

"jadi, nama kau huang renjun?" jaemin yang tiba-tiba ada dekat library berkata kepada renjun.

dialah yang duduk sebelah aku masa dalam bas tadi dan yang melanggar aku semasa ingin ke kafeteria .

renjun mengangguk tanda ya. "aku mira, Seo Mira" aku menghulur tangan ingin bersalam tetapi jeno yang menyambut tangan aku.

aku membuat muka menyampah dengan jeno. aku tahu sangat perangai dia, dia taknak orang lain pegang aku sesuka hati.

eh cam bodyguard aku pula. renjun tergelak kecil dengan kelakuan jeno tapi dia masih menghulurkan tangan dia untuk bersalam dengan aku dan kali ini aku berjaya bersalam dengan dia .

oho bangga dapat lepas daripada jeno. Jeno memandang kami tidak puas hati. Aku hanya mengendahkan dia .

"jadi, petang ini jom pergi kafe . aku nak chill jap, renjun kau boleh ikut kitorang" aku berkata kepada mereka semua.

jaemin mengangguk tanda setuju, begitu juga dengan yang lain. ha ini namanya semangat berkawan, bila aku ajak lepak je mesti on hihi.

<❇>

Huang Renjun

aku memasuki kafe yang bernama we young cafe. Mira mengajak kami semua ke kafe ini di library tadi jadi aku hanya mengangguk setuju.

Sebenarnya, aku masih pelajar baru di sekolah itu dan tak sangka akan dapat banyak kawan dalam masa sehari.

Tapi aku masih rasa tidak selesa dengan mereka sebab mereka terlalu protective. kadang-kadang membuatkan aku agak takut dengan mereka.

tapi mereka ini amatlah baik. oh i'm so thankful.

aku memandang sekeliling kafe itu dan mencari kelibat Mira di sebalik pelanggan-pelanggan di kafe itu.

"renjun! sini!" aku ternampak seseorang melambaikan tangannya pada aku lalu aku terus ke tempat duduk tersebut.

sesampai aku di situ, aku ternampak dua orang lagi yang aku tak kenal . rupanya nama mereka Chenle dan Jisung .

kami semua memesan minuman kami. ada yang daripada kami membawa buku latihan untuk membuat kerja sekolah. spesies pelajar acah rajin.

"weh, aku dengar cerita, sekolah kita ada buat dance competition. Apa kata kita join?" jisung berkata.

aku memandang dia dengan riak terkejut. aku tak sangka ada pertandingan sebegitu di sekolah kami.

"aku on je" jeno berkata dengan muka yakin. dan lagi teruk, mereka semua setuju untuk menyertai.

"so renjun, how?" mira menanyakan ke arah aku. aku terkaku . honestly , aku tak pernah masuk pertandingan sebegitu walaupun aku suka menari.

"em a-aku join" okay renjun, great tengok apa yang kau dah buat dekat diri kau sendiri.

"ha kalau macam itu kita minta kebenaran ten hyung untuk gunakan dance studio dia" kata jaemin.

"okay jugak itu, mana tahu tahun ini kita menang lagi kan?" haechan berkata dengan riak teruja.

"menang lagi? korang pernah join ke pertandingan ini?" mata mereka semua memandang aku.

"wei c'mon lah kitorang dah menang 3 tahun berturut-turut kot" chenle menerangkan kepada aku.

aku mengangguk tanda faham. jadi aku tak boleh buat kesalahan dalam pertandingan ini.

renjun fighting !

<❇>

tbc

wish + renjunWhere stories live. Discover now