- eight

581 84 2
                                    

Seo Mira

Aku menghempaskan diri aku di atas katil. aku menyemak instagram aku. Ada seseorang mesej aku jadi aku buka.

hoshiyoung_

haii
saya yang dalam bas hari itu
ingat tak?

ah kau rupanya .
kau nak apa?

aku senanya nak tanya yang
kau dengan renjun itu couple
ke?

dah berapa kali aku bagitau
yang aku tak couple dengan
dia.

tapi korang nampak sweet la
bila bersama.
aku ship we.

NAMPAK je
bukannya betul pun.
okay dah la bye.
penat layan kau.

haha sorry.
byee.
goodluck competition
nanti!!

aku menutup instagram dan terus mengambil tuala untuk mandi . eh badan aku still wangi k ko jangan macam macam.

<❇>

selesai mandi, aku pergi ke meja belajar untuk belajar lah. aku kata je taknak buat tapi buat jugak BAHAHAHAHAH.

aku membuka buku mata pelajaran matematik. ah musuh sudah datang. aku memerhatikan soalan satu-satu.

1x-1y? eh bapak susah siaa. dia boleh main satu satu eh. pala otak dia . takpa aku ada cadangan.

lepas x dengan y apa?
z en?

1+1 = 2

z, a, b

so jawapan dia B. haa pandai betul aku kira. hehet aku pergi ke soalan lain.

tengah aku buat tiba-tiba henfon aku berbunyi menandakan mesej masuk . aku tengok.

huhurenjun

wei mira

Hah asal?

aku rasa aku tertinggal
buku teks aku dekat
studio tadilah.
kau boleh tak teman
aku ambil?
yang lain semua off.

ha boleh boleh.
kau datang rumah aku
sekarang.

okay lagi 5 minit
aku sampai.

okk.

aku menutup perbualan tersebut dan mula turun ke bawah. aku menelefon ten oppa untuk memberitahu dia yang kami nak ambil barang di studio dia.

apabila dia bersetuju, aku terus ke depan pagar rumah aku dan menunggu renjun.

setelah beberapa minit, dia sampai dan terus mengajak aku berjalan. hei aku pun tak fahamlah macam mana dia boleh terlupa bawa dia punya buku teks. haih.

"kau pernah tak rasa hilang sesuatu masa lampau kau?" aku bertanya ke arah renjun.

dia seperti tersentak dengan pertanyaan aku tetapi cuba untuk buat-buat cool. dia mengangguk tanda 'ya' .

aku honestly tak tau apahal cerita ini renjun banyak terkejut HAHAHAH. takpe takpe back to the story.

"contoh?"

"childhood friend" dia pandang aku dengan mata berair. aku terpana seketika. aku tak tahu kenapa dia nak menangis.

"kau okay?" halah banganglah kau ini mira, dah tahu dia macam itu, dah sah sahlah dia tak okay.

"aku o-okay" dia senyum. macam mana dia boleh senyum dengan keadaan dia macam ini?

aku menghulurkan tisu yang tiba-tiba je ada dekat poket aku. aku pun tak tahu mana asal usul dia HAHAH.

dia berterima kasih. aku mengangguk dan kami teruskan perjalanan kami.

sesampai kami di dance studio, aku membuka pintu dengan memasukkan kata kunci.

selesai mengambil barang, aku bercadang untuk ke taman dengan dia.

dia hanya setuju. kami berdua duduk di bawah sebatang pokok yang agak redup.

angin terasa sangat sejuk membuatkan aku memeluk diri. aku cuba untuk tenangkan fikiran aku buat seketika.

Huang Renjun

aku dan mira kini berada di bawah pokok. sebenarnya pokok ini membuatkan aku teringat kepada seseorang yang aku rindu.

flashback

"renjun !!" seseorang menjerit memanggil nama aku. aku menoleh dan ianya ialah dia.

aku tersenyum ke arah dia. "nak main masak-masak tak?" dia mengajak.

"em boleh juga" aku hanya mengikut sebab dia hanyalah satu satunya kawan yang aku ada.

kami bermain sehinggalah petang. "renjun, kalau kita dah tak jumpa nanti macam mana?"

"halah kau ini, main sorok-sorok je pun, bukannya ada apa-apa" aku menafikan kata-kata dia.

"hm yelah yelah" kami berdua osom dan aku kalah. jadi aku kena jadi yang pencari.

aku berpusing dan mula kira sehingga sepuluh. "...lapan,sembilan,sepuluh , dah ke belum?"

tiada sahutan.

"dah ke belum?"

masih lagi tiada sahutan. aku hanya mula mencari dia. aku tidak jumpa hinggalah larut petang.

penat mencari, aku ke rumah dia dan terlihat rumahnya kosong. aku sedih kerana dia pergi seperti yang dia katakan .

aku menyesal .

<❇>

tbc

wish + renjunWhere stories live. Discover now