Lima fail dicampak ke atas meja .Fail-fail tersebut mengandungi maklumat sulit tentang bakal-bakal pelajar akademi itu .
"Cari mereka secepat mungkin!Saya nak mereka masuk ke dalam akademi ini ,dah tiba masanya untuk mereka masuk ke dalan dunia perisikan "
"Baik tuan"
"Guna tracker nak cari mereka ,saya dah letak cecair tracker dalam badan mereka"
"Baik tuan kami pergi dulu"
Lelaki itu mengangguk kemudian dua orang pegawai keluar dari bilik operasi tersebut.
_________________________________________
Flashback 5 tahun dahulu .
Sekumpulan remaja dikumpulkan dalam satu bilik dalam keadaan pengsan .Mereka didudukkan di atas satu kerusi dan tangan serta kaki mereka diikat .Seorang demi seorang disuntik dengan sesuatu pada bahagian leher mereka .Kemudian di lengan mereka ditanda satu cap menandakan mereka adalah calon perisik di bawah pemerhatian Caché Academy. Kemudian mereka dihantar ke rumah masing-masing .
"Kita perhatikan dulu mereka ,kalau mereka layak kita akan ambil mereka untuk menjadi perisik negara ini"
"Tapi tuan ,nanti kalau mereka siasat tentang kita macam mana? "
"Biarkan ,itu yang saya nak "
"Baik tuan "
_________________________________________Rumah kosong itu menjadi perhatian semua orang kerana katanya terdapat psiko yang gila membunuh tinggal di sana .Tidak terkecuali bagi mereka berlima ,mereka nekad ingin memenuhi perasaan ingin tahu mereka malam itu juga .
Sebelum mulakan mereka membuat satu bulatan seperti biasa .
"Baca ayat kursi,surah al ikhlas, Al Falaq dan An nas,selawat banyak-banyak,ingat Allah,kita buat ni nak selamatkan nyawa ,Allah Maha Melihat,sentiasa yakin dengan janji Allah,kita berlindung hanya dengan Allah " pesan Hanif
Mereka mengangguk .
"Aku dah matikan semua cctv " kata Ardell
"Okay ,kita berpecah, aku dengan aril tingkat atas,Mia dengan Daniel tingkat bawah tanah ,Ardell kau tengok sekeliling rumah ni,make sure rakaman cctv sentiasa ada dengan kau " ujar hanif sebagai ketua
"Roger "
"Walkie talkie sentiasa on"Tegas Hanif
"Roger "
Pintu masuk rumah itu ardell dah break in password .Mereka mula berpecah.
"Tingkat atas clear! "Kata Hanif pada walkie Talkie
"Ardell?mana target ?" Soal Daniel
"Aku tengah cari ,rumah dia besar sangat " kata Ardell
"Serius korang kena turun tingkat bawah tanah ni ,menjijikkan "kata mia
"Jangan call polis lagi , kita kenal pasti dulu Target dekat mana " kata aril
"Dia tak ada kat rumah,aku tak nampak dia dekat mana-mana"kata ardell
"Mungkin dia menyorok, guna mod haba ,baru nampak dia dekat mana " kata Hanif
"Okay,aku cuba cari " kata Ardell
Mia dan Daniel sedang sibuk meneroka bilik bawah tanah itu .Perkara normal untuk seorang psiko mempunyai bilik bawah tanah yang penuh dengan organ manusia dan peralatan yang menyeramkan .
" kod merah , dia ada dalam rumah tapi aku tak tahu dia dekat mana!"kata Ardell
"Okay ,kita kena berkumpul cepat,jangan berpecah !kumpul dekat ruang tamu sekarang!"kata Hanif tegas
YOU ARE READING
The Stalker [On Hold]
Teen FictionMia Izreena Hanif Haykarl Ardell Arisya Aril Arham Daniel Aryan Mereka bekerja sebagai satu kumpulan biasa di luar namun sebagai satu kumpulan perisik di bawah satu agensi perisikan yang terkenal ,Caché Agency .Mereka diperhatikan selama ini tanp...