Bab 1 🔫

951 83 9
                                    

Suasana shopping complex pada malam itu agak lengang kerana sudah malam .Namun itu tidak membatalkan hasrat pengunjung yang hadir untuk membeli belah .

Mia .
Hanif .
Ardell.
Aril.
Daniel .

Semua berada dalam shopping complex yang sama .Sibuk teman aril membeli-belah.

"Aril,kau nak beli apa lagi ,kitaorang dah lapar lah !"kata Mia ,perutnya diusap lembut .Bukan mengandung Okay!

Biasanya perempuan yang kaki shopping namun kali ni lelaki pula yang suka shopping.wujud je kan?

"Kejap lah, aku nak masuk kedai Hush Puppies ,nak tengok kasut "kata aril

"Aku sumbat puppies tu dalam nulut kau karang,dari tadi kitaorang teman kau shopping,nak dekat 2 jam dah,dah lah kitaorang jadi kuli kau angkat barang! "marah Daniel

"Macam lah korang tak kenal aku, siapa suruh ajak aku pergi Mall " ujar aril

"Cepatlah aril nanti Mall ni tutup tak sempat kita nak makan" pujuk Ardell

"Kalau tutup kita pergi makan mamak je lah " selamba aril menjawab

"Kita datang sini nak makan sebenarnya bukan nak shopping yang nak shopping tu kau sorang je kitaorang hanya teman jadi sekarang kitaorang nak makan tak puas lagi ke kau shopping? "Marah Mia

"Okay ni kedai last ,aku janji" Jawab Aril

"Satu kedai pun kau spend time hampir setengah jam " kata Daniel

"Tapi -"percakapan Aril dipotong oleh Hanif

"Aril!KITA PERGI MAKAN SEKARANG SEBELUM KAU YANG AKU MAKAN!"Marah Hanif

Hanif kalau dah marah semua takut. Ibarat mak kita dah mengamuk Haa berani melawan time tu .Kalau tidak makan kuali lah jawabnya .

"Okay kita pergi makan, rileks-rileks " aril mengusap dada Hanif

"Jangan nak usap sangat,nanti orang ingat kau gay "kata ardell

"Dah jom pergi makan dekat Fish Manhattan "ajak Mia

Tiba-tiba kedengaran bunyi loceng yang panjang .

Kringggggggg

"Time ni jugak loceng tu bunyi !lapar tahu tak!"bentak Ardell

"Dah jom ,cari tempat menyorok"ajak Hanif

"Ni mesti ada perompak masuk "kata daniel

Pengunjung yang hadir mula panik. Masing-masing berlari untuk selamatkan diri .Pengawal keselamatan yang ada segera mengumpulkan semua pengunjung di satu tempat .Mereka dikumpulkan di ground floor .Hanif,Mia,Ardell,Aril dan Daniel pula sibuk mencari tempat menyorok .

"Semua pengunjung diminta bertenang,semua pengunjung tak dibenarkan keluar atas faktor keselamatan ,selagi punca sebenar loceng dibunyikan tidak dikenalpasti semua pengunjung tidak dibenarkan keluar " kata seorang lelaki beruniform hitam putih.

Semua pintu keluar Mall telah ditutup .

Das!
Das!
Das!

Sekelip mata pegawai tadi telah mati ditembak segerombolan lelaki bersenjata .Semua orang mula menjerit ketakutan .

"Semua diam kalau tidak mati korang aku bunuh!"Jerit seorang lelaki berbadan tegap

Pengunjung dikumpulkan dalam satu bulatan .Beberapa orang lelaki menuang minyak sekeliling mereka dan api dinyalakan .Mereka dilingkari oleh api yang marak .Oksigen semakin berkurang menyebabkan mereka sesak nafas .

The Stalker [On Hold]Where stories live. Discover now