Bab 1
Khilaf
“ Jom…kita buat sesuatu untuk ayah dan mama.”
Qusyairi hanya megganguk kepalanya dengan senyuman sepertinya tidak tahu apa-apa akan tujuan kami berbuat demikian. Qusyairi adalah adik kedua kepada Azka Azfora, dia sering mengikuti kakaknya dalam apa jua aktiviti atau keadaan dan mencontohinya dalam setiap apa jua kelakuan kakaknya. Dia melihat Azka yang sedang membuat rantai daripada bunga yang dikenali sebagai bunga Ixora berwarna merah pucat itu dengan teliti. Azka kemudian memaling mukanya pada Qusyairi dengan penuh harapan yang dia memahami akan tujuan perbuatan mereka itu. Satu persatu kuntuman bunga Ixora itu dicantumkan Azka hingga ianya menjadi sebuah rantai yang unik lalu mereka mengantungnya di tombol pintu bilik orang tua mereka. Kemudian Azka menulis perkataan “ Ayah love mama” di sebuah kertas kecil lalu disimpan oleh Azka diatas meja solek mereka.
“HOI!!
“Apocot!” teriakan Fatimah itu cukup untuk mengejutkan Azka dari lamunannya yang panjang sedari tadi. Dia sengaja berbuat demikian kerana Fatimah tahu akan perangai Azka yang kuat melamun semenjak dari mereka berada di bangku sekolah rendah lagi. Fatimah juga masih ingat akan kejadian Azka yang dimarahi dengan teruk oleh cikgu kerana Azka sering didapati sedang berangan-angan ketika waktu pembelajaran.
“Apa yang kau melamun kan tu Azka?...”
“Mana ada papa..kau ni mengacau aku sahajalah”, rengus Azka dengan marah pada Fatimah.
“Inda pandai lain kau ani, melamun…melamun…melamun sahaja kerja mu dari sekolah rendah sampaitah kan mengambil HND dikolej Mara ani…”, ujar Fatimah dengan nada sinis pada Azka yang buat endah tak endah pada soalanya itu.
“Bah, jadi kita makan dimall hari ni? Aku kan terus melihat tudung di sana untuk acara perkahwinan aunty ku minggu depan”
“Bah au jadi, lakastah…tapinya pakai kereta siapa ne dulu? Kitani berdua sahaja kah?”, balas Azka dengan senyuman manis nya kepada Fatimah.
“Hmmh….bah au, pakai keretaku tah sahaja…jangantah senyum-senyum kambing sana atu, tahu ku tu kau atu malas kan memakai kereta mu pasal aircon inda baik”, ujar Fatimah dengan nada sinisnya lagi.
Mereka pun menaiki kereta Fatimah berjenama Toyota swift berwarna kelabu dan terus meninggalkan perkarangan kolej Mara dengan laju.
Azka melambai tangannya kearah Fatimah yang sedang menuju ke keretanya yang terletak tidak jauh dari Azka. Mereka terus meninggalkan perkarang Kolej Mara yang terletak di Menglait Gadong itu sejurus selesai menghadiri kuliah mengenai Information Technology and Communication pada petang itu.
...
Azan Asar telah pun berkumandang didalam radio pada ketika Azka menuju kerumahnya yang berada di Selayun Jerudong waktu itu. Sejurus sampai kerumahnya dia terus meletak barang-barang kuliahnya diatas meja didalam biliknya dan tanpa berlengah-lengah lagi dia pun terus mengambil air wudhu untuk mengerjakan solat asar dibiliknya sendiri. Azka adalah seorang perempuan yang kuat berfikir, gadis yang berbadan sederhana dan berkulit sawo matang itu semakin mendekati dirinya dengan Allah Swt dikala dia diberi dugaan bertubi-tubi dari Allah Swt, dia beranggapan melalui dugaan itulah Allah Swt menyampaikan rindu kepada hambanya kerana disaat dia berdepan dengan apa jua dugaan yang melanda dirinya Allah Swt lah pendengarnya yang setia dan juga memberikan dirinya ketenangan yang tiada siapa dapat memberinya diketika dia sangat memerlukan. Disaat melakukan solat juga ianya mendapatkan ketenangan dari berfikir walaupun sejenak. Melalui solat juga dia dapat melepaskan segala-galanya termasuk air mata yang begitu puah bagi seorang perempuan yang bernama Azka Azfora.
Bing….Bing….
Azka lantas membuka kekunci smartphone kepunyaan dirinya dan membaca mesej ringkas kiriman dari seseorang yang begitu bermakna buat dirinya tetapi bukan kepunyaan dirinya lagi.
“Assalamu’alaikum…”
Sepatah mesej yang cukup membuat dirinya merasakan perasaan yang bebaur untuk diungkapkan dan dirasai dirinya ketika itu, sepatah mesej yang mebuat Azka terbayang-bayang akan apa yang patut dibalas oleh dirinya pada seseorang yang pernah memberikan Azka erti kebahagiaan, kesedihan dan air mata dari sebuah kecurangan.
“Walaikumsalam….”, balas Azka dari dalam hatinya walau dirinya teringin untuk membalas mesej ringkas itu namun ditahan oleh akal fikiran dirinya, takut untuk terhasilnya sebuah pengkhianatan buat dirinya sekali lagi. Diletaknya semula smartphone milik nya itu diatas meja, dengan nafas yang dihela panjang.
(Baitul Ra’fazi)
Hakimi masih merenung telefon bimbitnya yang berjenama Sony Erricson berwarna merah hitam dengan harapan mesej pesanan ringkas yang disampaikan dirinya kepada seorang gadis yang pernah menawan hatinya itu dibalas, dadanya berdegup kencang menantikan balasan pesanan ringkas dari Azka Azfora namun hatinya hiba apabila dua jam sudah berlalu tetapi tiada balasan apa-apa atau sebarang notifikasi tertera pada skrin telefon bimbit nya. Hatinya hampa disertai sebuah penyesalan yang tiada penghujungnya. Hakimi sedar akan kesalahan dirinya, dia telah menghampakan insan yang bernama Azka Azfora dan dia juga telah mengkhianati ketulusan cinta Azka kepada dirinya.
“Oh bodohnya aku….”, tangis Hakimi sambil menutup mukanya dengan bantal bilik kamarnya. Dikepalanya bermain-main kejadian yang tidak diingininya yang telah berlaku apabila Azka mendapati yang Hakimi telah merobohkan benteng kesetiaan dirinya dengan bermain kayu tiga dengan teman lamanya yang bernama Suhaila. Pada waktu itu Azka sedang menghadiri latihan badminton tetapi dibatalkan kerana tidak ramai orang yang telah hadir, Azka diajak teman-temannya untuk minum petang disebuah restaurant tidak jauh dari tempat itu tetapi ditolak oleh Azka kerana ianya merasa sungguh letih selepas menghadiri kuliah dipagi hari. Pada ketika Azka memandu keretanya dengan perlahan di highway Jerudong menuju kerumahnya, kereta Hakimi terlihat sedang melalui jalan dari arah yang bertentangan dan Azka telah melihat Hakimi dan Suhaila bergurau senda pada ketika itu.
“Dimana ni sayang?...”,ujar Azka pada Hakimi didalam telefon.
“Ni sedang buat kerja kenapa by?...”, balas Hakimi dengan bersahaja.
“Mulut dapat lagi menipu Muhammad Hakimi Rayan! Tapi mata inda mungkin berdusta!....”, teriak Azka kepada Hakimi dengan suara sayunya menangisi keadaan yang menimpa dirinya
Hakimi dapat membayangkan betapa hancurnya impian dan berkecainya sebuah kepercayaan Azka terhadap dirinya ketika itu. Semenjak itulah Azka mula menjauhi dirinya dari Hakimi dan tidak lagi ingin berkaitan apa-apa dengan dirinya. Sudah enam bulan dirinya berpisah dari Azka namun perasaan menyesal masih membeku didalam dirinya, mungkin kerana itulah dirinya tidak memperolehi ketenangan. Tidak lama dari kejadian itu dia kemudian menyedari, Azka lah yang ditakdirkan untuk dirinya, pengajaran itu ada lah cara Tuhan mengajarnya untuk menghargai sebuah kesetiaan dan Hakimi berjanji akan memenangi hati Azka semula walau dengan apa cara sekalipun. Hakimi teringat bahawa ianya telah bersusah payah untuk mengambil dan memenangi hati Azka pada suatu ketika dahulu, dia tahu Azka fobia dengan apa-apa ikatan yang melibatkan cinta, Hakimi juga tahu fobia itu adalah akibat dari kegagalan rumah tangga orang tua Azka namun Hakimi Berjaya juga meraih cinta Azka namun disia-siakan dirinya kerana Suhaila.
“Aku alpa…… aku khilaf….maafkan aku Azka…”
YOU ARE READING
Kebahagiaan mu adalah Tangisan Diriku
RomanceBerdirinya keteguhan sebuah percintaan...adalah melalui akar-akar kecurangan yang diakhiri dengan seribu penyesalan dan kekuatan kasih-sayang yang terlahir kerana seseorang tidak akan menghargai sesuatu yang bernilai sehingga dia sendiri yang meras...