Bab 5 - Soal Hati -

59 2 1
                                    

Bab 5

Soal Hati

Disaat malam..Langit tanpa bintang…

Coba mengoyahkan ku…

Merapuhkan ku disini…

Ku cuba tegar kini tanpa diri mu kasih…

Yang selalu menemani…

 

Tap!.....

Sentap tangan Azka dengan pantas menutup radio keretanya yang sedang memainkan lagu dari Judika, apakah ini cinta. Lagu itu seolah tahu akan perasaan dan keadaan dirinya waktu itu. Azka tergaman dan cuba menahan dirinya dari mengeluarkan air mata yang tidak sudah sudah untuk mengeluarkan rasa kesakitan yang dirasanya didalam dada. Azka merasa seolah-olah dunia sedang menyindir dan mempermain kan dirinya yang dalam kesedihan, mentertawakan reaksi dirinya terhadap lagu berkenaan. Azka memandu kereta Nissan Latio berwarna hitam miliknya dengan laju dengan harapan ianya akan cepat sampai ke tempat ditujunya.

Kata-kata Suhaila masih bermain-main dikepalanya.

‘’Apakah salah ku ya Tuhan, sampai diperlakukan cemani?...’’

Hakimi menunggu Suhaila selesai jam bekerja pada petang itu dengan menunggunya didalam kereta.

’Hai Handsome…’’, sapa Suhaila dengan nada nya yang manja mencairkan hati Hakimi yang ketika itu dahaga akan perhatian dan kasih sayang dari seorang wanita, dia berasa begitu sunyi kerana meskipun berkali-kali dia memujuk Azka, Azka tetap dengan pendirian dirinya.

’Hai babe…’’, balas Hakimi Rayyan dengan senyuman.

 Hakimi membawa Suhaila ke suatu tempat untuk mendapatkan hi-tea, Hakimi rindu akan dirinya dimanjakan oleh seorang insan yang bergelar perempuan. Meski dia tahu hatinya untuk Azka, namun akibat kesunyian dirinya dia masih mencari Suhaila untuk mendapatkan perhatian yang dimahukannya. Suhaila begitu rancak dan senang memanjakan Hakimi, mereka membeli barang keperluan mereka disalah sebuah pasar raya dikawasan itu juga. Hakimi tahu, dia akan kehilangan Azka untuk selamanya jika dia tidak berhati-hati, tetapi dirinya sebagai manusia, tetap tidak mampu melawan godaan perempuan yang waktu itu menahan mindanya. Hakimi rindu akan waktu Azka menemaninya membeli barang keperluan dirinya sewaktu ketika dahulu, Azka juga tidak suka memakai wang Hakimi, meskipun dia ketika itu masih belum berkerja dan masih menunggu untuk kemasukkan ke Kolej Mara, Azka hanya akan menggunakan wang Hakimi apabila perlu dan terdesak seperti jika ada kerosakkan pada kereta Azka atau ketika Azka hendak pergi ke klinik swasta kerana sakit untuk mengelakkan dari menunggu untuk waktu yang lama dihospital kerajaan, itupun atas permintaan Hakimi yang berkeras Azka menggunakan wang nya sehingga Azka mengiyakan.

‘’Sayang! Manasatu yang harum baunya?...’’, rengek Suhaila pada Hakimi yang ketika itu berangan-angan melihat Suhaila yang diharapkannya sebenar Azka Azfora. Dihidunya shampoo yang dihala Suhaila kepadanya satu persatu.

‘’Yang ni….’’, tunjuk Hakimi kepada salah satu daripada shampoo berkenaan.

‘’Pandai you pilih… I like this too’’

Hakimi mengeluh keletihan, dia tahu dia sebenarnya berpura-pura. Dia sebenarnya mengharapkan kehadiran Azka, bukan Suhaila.

‘’Oh Tuhan….why am I even doing this?...’’, bisik Hakimi didalam hatinya.

Kebahagiaan mu adalah Tangisan DirikuWhere stories live. Discover now