“Dear Diary….
Here I am again writing you the not-so-interesting story of my life. Aku rindu…rindu akan sesorang insan
Bernama Hakimi Rayyan. Kesakitan ini, aku hanya mampu berdoa, berdoa sekuat hati ku untuk kesembuhan yang tidak ada penawar nya di waktu ini. Time will heal, that is what they usually say…how they say it sounds easy but try doing it, try handling it or better yet…try facing it.
Cinta?
Cinta ialah anugerah yang diberikan oleh Allah swt kepada setiap makhluk yang diciptakan untuk dirasai dan memperolehi ketenangan sewaktu kita menghadap yang maha esa. Tetapi, ianya jua yang telah membuat kita alpa, lupa untuk seketika yang kita adalah hamba kepada Allah swt.
Doaku, ku meminta pada yang maha kuasa untuk menghilang kan kerinduan ku ini jika dia bukanlah diciptakan untuk ku…namun dekatkan lah diri ku padanya ya rabb jika dialah jodoh yang kau tetapkan untuk ku ya rabbi.
Aku hanya berserah pada mu Ya Allah….
Sincerely, Azka…”.
Dengan air mata yang mengalir Azka menutup buku diari yang telah dimiliki dirinya selama bertahun-tahun dengan sebuah harapan, harapan yang pastinya mengenalkan dirinya erti kesakitan. Kesakitan yang lahir dari satu percintaan yang mereka katakan sepatutnya digelar….. kebahagiaan.
……
Syukri membelek-belek mukanya dihadapan cermin kamar Baitul Rafa’zi milik ibu saudaranya aunty Rosmah, ‘’Handsome pun muka aku ni…tapi masih nada girlfriend…hmm’’, bisik Syukri Danish kecil.
“Memang pun handsome…ala-ala model seluar dalam Calvin Klein…badan pun not bad…ada chance…’’, balas Hakimi berseloroh. Hakimi sedang memerhatikan gelagat saudara nya dari pintu kamar yang bergaya macho sambil bercekak pinggang dihadapan cermin.
“Eh…ada stalker lah…Kau silap bro…bukan aku yang ala-ala model seluar dalam Calvin Klein…diorang yang ala-ala aku bro!’’, ujar Syukri dengan menyepetkan dua belah matanya kepada Hakimi.
Syukri yang mempunyai saiz badan sederhana tetapi mempunyai ketulan otot six pack yang timbul dari bahagian perutnya itu sengaja mengerakkan lagi otot-otot dada nya dihadapan Hakimi Rayyan. Kedua-dua mereka tertawa memecahkan kesunyian Baitul Rafa’zi di siang hari menghairan kan org tua mereka yang ketika itu sedang menikmati sarapan pagi dihalaman rumah Hakimi.
“Good to have you back bro…good to have you back….’’, ucap Hakimi pada Syukri Danish dengan gembira.
….
Suhaila Adriana melihat jam tangan nya berkali-kali disertai dengan hembusan nafas nya yang lelah, dia sudah menunggu Hakimi lebih dari 30 minit disebuah hotel restaurant terkemuka di Brunei Darussalam yang bernama Rizqun Hotel , Suhaila hampa dengan kelakuan Hakimi Rayyan namun hatinya tetap kuat untuk menunggu jejaka idaman hatinya itu.
“Mana kan ia ani?...”, keluh Suhaila Adriana.
Hakimi kelihatan segak memakai office attire nya yang berlengan panjang berwarna biru gelap dan berseluar hitam, dia memasuki perkarangan restaurant itu sambil mencari kelibat Suhaila yang tidak kelihatan. Suhaila mengangkat tangannya untuk menunjukkan lokasi dirinya pada Hakimi yang ketika itu berdiri tidak jauh dari buffet serving table berdekatan pintu utama.
YOU ARE READING
Kebahagiaan mu adalah Tangisan Diriku
RomanceBerdirinya keteguhan sebuah percintaan...adalah melalui akar-akar kecurangan yang diakhiri dengan seribu penyesalan dan kekuatan kasih-sayang yang terlahir kerana seseorang tidak akan menghargai sesuatu yang bernilai sehingga dia sendiri yang meras...