Bab 4
Rindu…
(East Dunbartonshire, Glasgow Scotland 2003)
Azka menyingkap tabir kamarnya dengan riang, dia kemudian membuka jendela dan menarik menghirup nafas sedalam-dalamnya untuk menikmati keindahan yang luar biasa dinegeri sejuk itu. Musim panas telah tiba dan musim itulah yang ditunggu-tunggunya semenjak dirinya menjejak kaki dinegeri orang itu, dia mencapai baju panas berwarna merah jambu dan bergegas keluar untuk pergi ke suatu tempat dengan berlari dan wajah penuh gembira.
‘’This is awesome….’’, ucap Azka sambil memberi makan beberapa ekor itik yang mendekati dirinya untuk mendapatkan makanan.
‘’You’re awesome…’’, bisik Hakimi yang berdiri tepat dibelakangnya.
‘’Excuse me?’’, toleh Azka untuk mengetahui siapa kah gerangan yang membalas percakapannya dari belakang itu.
‘’Hey… You are the one I have met the other day at the candy shop right?’’
‘’Perhaps you are right…’’, senyum Hakimi memandang Azka tepat ke mata nya.
‘’How did you…..buat apa disini?...’’
‘’Oh…I was sitting right there on the bench when I saw an angel feeding the ducks…then I come to realize the angel was you…’’, ujar Hakimi pada Azka sehingga membuat pipinya merah merona sehingga buku yang dipegangnya terjatuh dari tangannya. Hakimi dan Azka tunduk bersama-sama untuk mendapatkan buku milik Azka itu.
‘’Hmmm…..What’s this?’’
‘’Nothing….it is just a book I got from the local library…’’
‘’Can I have a look?...’’, Hakimi menerkam buku itu dari pelukan Azka.
‘’The Chinese Cinderella?...must be an interesting story’’, senyum Hakimi.
(Wad 4 RIPAS Hospital)
Azka merenung buku yang bertajuk The Chinese Cinderella hasil tulisan Adeline Yen Mah itu dengan mata yang tidak berkelip-kelip, hiba dan sayu. Buku itu lah yang membuka lagi tirai perkenalan Azka dan Hakimi sewaktu berada di tanah seberang. Azka sudah berkali-kali membaca buku itu semenjak dia mendapatkannya, buku itulah penawar dan pengubat lukanya ketika dia merasa sedih atau hampa. Azka yang sering merasa dirinya adalah seseorang yang paling malang kerana kegagalan rumah tangga orang tua nya, dia sering mengalami kegagalan dalam perperiksaan sekolahnya semenjak perpisahan orang tua nya dan Azka selalu merasa tidak yakin akan dirinya sendiri. Azka juga pernah dimarahi cikgunya dengan teruk ketika dia berada diDarjah 3, Azka sering berangan-angan yang dia mampu mengubah keadaan untuk orang tuanya berbaik semula sampai cikgu Azka sudah tidak tahan dengan sikap Azka dan menunjukkan amarahnya dengan membaling buku Azka dihadapan kelasnya. Kejadian itu meninggalkan bekas dalam ingatan Azka.
Sehinggalah Azka terjumpa buku yang berjudul ‘’ The Chinese Cinderella’’ itu, dia mula merasa tidak keseorangan, dia juga mula merasa kebenaran yang tidak semua orang bertuah sejak mereka dilahirkan, setiap insan diciptakan tidak sempurna oleh Allah swt dan buku itu juga menyedarkan Azka yang ada lagi insan yang kurang bernasib baik dari dirinya sendiri, buku itu juga mengajar Azka yang kadang-kadang, kelemahan seseorang itu tidak semestinya selalu memberi kesan buruk terhadap hidup seseorang, kelemahan seseorang itu boleh juga dijadikan kelebihan untuk mencapai sesuatu yang kita fikir mustahil dan semangat untuk kehidupan kita sehari-hari, buku itulah yang menguatkan semangat Azka untuk terus maju kehadapan dan untuk tidak menoleh kebelakang lagi.
‘’Lai…Azka…apa tu direnungkan atu?...’’, ujar ibunya yang bersusah hati melihat tingkah laku anaknya yang sering membatu semenjak dia bangun dari tidurnya dikatil wad Acute Medical Unit RIPAS itu.
‘’Nada papa ma…’’, tipu Azka namun dia sedar dia tidak mungkin dapat menipu ibunya sendiri.
‘’Semalam Hakimi ada datang…’’ ibunya bercakap perlahan.
‘’Hah?Buat apa lagi ia kemari…nyaman tah hidupnya tu melihat aku macamani ma?...’’
‘’Astaghfirullahal’azim…beristighfar Azka…’’
‘’Lain kali ma…kalau ia ada…tolong suruh balik sahaja…benci saja ku melihat mukanya…’’, ucap Azka pada ibunya, ibunya hanya berdiam diri dan menggeleng kepalanya melihat tingkah laku anaknya Azka yang meradang apabila mendengar nama Hakimi Rayan.
‘’Esok kita boleh balik sudah kata doktor…doktor suruh makan ubat yang diberinya…sama Azka mesti cukup rehat nanti sudah balik kerumah…surat cuti ada doktor bagi….nanti mama hantarkan ke kolej Azka untuk membagitahu cikgu Azka yang Azka kurang sihat..’’, ujar Norleha pada anak kesayangan nya itu.
…….
(Dukes Holding Sdn Bhd)
Hakimi Rayan membaca mesej yang tertera pada telefon bimbitnya, dia mendapat berita yang Azka akan keluar dari hospital pada keesokan hari dari ibu Azka. Seperti Rosmah juga, Norleha sudah terlanjur sayang kepada Hakimi seperti anak nya sendiri. Managing Director Dukes Holding Sdn Bhd itu tidak dapat memfokus kan minda terhadap kerjanya waktu itu lantas dia menekan punat-punat telefon bimbitnya dan menghantar mesej pada Azka.
“I miss you…Maafkan aku Azka, please come back to me.’’
…
Azka sepatutnya berehat dirumah selepas keluar dari rumah sakit dipetang kemarin, dia tidak mahu-mahu untuk menghadiri kuliah nya pada keesokan harinya kerana bimbang akan ketinggalan pelajaran nya pada minggu itu. Kawan-kawan Azka, terutama sekali Fatimah tidak berhenti menyoal Azka jika dia merasa tidak sihat sepanjang kuliah mereka. Azka berasa rimas kerana dia merasakan yang kesihatannya ketika itu baik-baik sahaja. Azka mencari-cari smartphone miliknya didalam tas ketika dia menuju ke kereta yang diletaknya dibelakang bangunan berkenaan, sejurus Azka mendongak kepalanya untuk membuka pintu keretanya, kereta volkswagen beetle berwarna kuning berhenti dengan laju dihadapan kereta milik Azka.
‘’Suhaila…’’, jerit Azka didalam hati.
‘’Eh perempuan…!’’, ujar Suhaila dengan nada tinggi dan jari tunjuk nya dihala kepada muka Azka Azfora.
‘’Excuse me…tolong bersopan sikit, perempuan ani ada nama ok…incase you don’t know…my name is Azka Azfora!’’, balas Azka sambil menepis tangan Suhaila yang terlampau hampir dengan mukanya.
‘’Atu aku tahu…Jangan kan berlagak disini ani, kalau ganya baru student…’’
‘’Kau terdapat cermin kah inda dirumah mu?... Siapa yang kau kata berlagak disini?Aku?...Habis kau datang sini, inda membagi salam, sukahati saja berhentikan kereta macam kan melanggar kereta orang…atu namanya apa?...bukan berlagak?’’
‘’Kau jangan kan banyak cakap disini, aku bukan kemari kan mendengar ceramah mu…Apa lagi kau mahu dari Hakimi??, Ia sudah meninggalkan kau untuk aku yang vogue ani…aku tahulah ia atu handsome, wealthy, indakan lapas kau ludah kau jilat balik?’’
Muka Azka sudah merah merona menahan marah.
‘’Bila masa aku mahu ia balik hah!?, apa buktinya aku mahu ia balik!?’’, jerit Azka.
‘’Atu inda payah kau susah kan minta bukti, yang ku mahu kau jangan lagi kacau Hakimi…! Faham!?’’
Belum sempat Azka membuka kata membalas peracakapan Suhaila yang menyakitkan hati, Suhaila sudah berlalu pergi dengan keretanya. Azka yang begitu geram dengan tindakan Suhaila dengan pantas menekan punat mesej dan mengirimnya kepada Hakimi. Azka sudah hilang sabar dengan perbuatan Suhaila yang semakin menjadi-jadi.
![](https://img.wattpad.com/cover/21118565-288-k250899.jpg)
YOU ARE READING
Kebahagiaan mu adalah Tangisan Diriku
RomanceBerdirinya keteguhan sebuah percintaan...adalah melalui akar-akar kecurangan yang diakhiri dengan seribu penyesalan dan kekuatan kasih-sayang yang terlahir kerana seseorang tidak akan menghargai sesuatu yang bernilai sehingga dia sendiri yang meras...