(1)

6K 16 0
                                    

Aku meregangkan badan ke kiri dan ke kanan untuk menghilangkan rasa letih setelah sekian lama menaip panjang. Terasa dalam kurungan untuk 5 tahun memerliku. Aku menolak spek mata yang terlucut hingga hujung hidung ke atas. Aku menarik nafas dan menghembus kembali lalu Aku mengerling pada jam yang menunjukkan pukul 2:34 Pagi pada hari itu. Semangatku sudah semakin hilang sejak 5 tahun lalu sebagai seorang penulis. Kini aku duduk di sebuah apartment yang aku berkongsi dengan 3 orang lagi. Buat masa ini yang ada dirumah adalah aku seorang sahaja. 3 orang housemate aku masing2 terlalu sibuk. Aku mengeluh, kemudian aku bangun dari kerusi dan berjalan ke dapur. Aku menggeledah peti ais untuk makan sesuatu sebagai alas perut. Aku teringat akan sebuah bekas aiskrim yang baru dibeli kelmarin. Aku capai sudu, cawan berisi air kosong dan kembali dalam bilik ku. Aku menonton cerita drama kesukaan ku pada laptop sambil makan aiskrim berseorangan.
Aku berhenti seketika. Hati kecilku berkata " Ini ke yang aku mahu lakukan sepanjang hidup aku? Makan aiskrim masa waktu pagi, sambil layan drama.. Ugh!! Aku ni memang betul2 tak berguna.. Usia aku pun semakin lanjut.. 28 tahun hidup, tapi ini je yang aku mampu buat ?? Amat menyedihkan.."
" Orang lain pun makan aiskrim jugak tapi kerja diorang lebih lumayan daripada gaji penulis mentah macam aku ni!.."
"Emak mesti marah dan sedih sebab anak dia ni terlalu menyedihkan..."
Air mataku berlinang... aku sedaya upaya untuk tidak menangis ... lagi..
Kata2 abah dulu jelas dalam telingaku. Katanya, hidup sebagai Sasterawan tiada berguna.. Malah gaji yang sedikit.. perlukan pengalaman yang bagus..Semua itu, orang kaya je boleh buat..
Aku menyelak rambut dengan rasa menyesal kerana tidak mendengar nasihat abah.. sementara dua kawan karibku telah hampir mengejar impian mereka ...

"I'm fu*king useless..."

PERKENALKAN

Raysha

Seorang yang lantang berbicara, pandai dalam perlaburan antara syarikat, seorang yang garang tetapi ayu, bercita-cita untuk menjadi CEO syarikat. suka membuat sesuatu yang menguntungkan dan suka bergembira.

Amirah

Seorang yang manja, mengada-mengada, bekerja sebagai pelayan di Restoran lima bintang dan menjadi seorang pembantu manager, bercita-cita untuk berkahwin dengan kekasihnya 5 tahun itu , Daniel. Tidak sabar ingin ada anak dan keluarga yang bahagia.

Aku termenung mengingati bff aku. Rasa cemburu dan bangga mekar dalam diri.. terasa disindir oleh orang lain kerana aku hanyalah seorang pembantu penulis. Rakan sekerjaku sangat cerewet dan kadang kala sakit hati juga bekerjasama dengan dia. Semua tak kena, plot tak menarik, scene mesti mantap. Memang tidak tahan dibuatnya... tetapi apa boleh buat.. itu sahaja yang aku mampu buat selama 28 tahun ini... sebagai pembantu penulis..untuk mencari pendapatan..

Aku membersihkan cawan dan sudu, kemudian terus tidur dibuai mimpi....

KEESOKAN HARINYA

Loceng pintu kedengaran menandakan housemate aku telah pulang ke rumah. Aku terus keluar dari bilik dan menyambutnya dengan senyuman. Melinda, senyum kembali kepada ku. Dia membawa banyak beg kertas ditangan agaknya baru lepas membeli barang.

" dari mana..? "
" beli barang dapur ni ha.. boleh tolong letak dekat atas kaunter sana tak?"
Aku terus mengambil beg-beg kertas itu dan letak dengan kemas di atar kaunter di dapur.

"Thanks" Katanya ringkas.
Aku memandangnya lagi sebelum masuk ke bilik, kemudian Melinda memanggilku.
"Hana..., sebenarnya ada sesuatu Mel nak cakap... dan ni sebab drama yang kita tulis bersama...".

My First Time Where stories live. Discover now