(4)

1.9K 7 0
                                    


"Gempak juga kau ni Hana.." kata Hatinya riang.

"Oh...my... God...."
aku peluk lelaki ke tadi? I mean..... peluang tu sekali seumur hidup je. Aku pun takkan jumpa dia lagi, sebab aku pun tak kenal dia.. tapi nasib baiklah tak de orang pun yang nampak tadi. Fuh...

Hana tersengih mengingati kembali saat dia memeluk badan lelaki yang tak dia kenal. Tapi entah bagaimana nalurinya membenarkan perkara itu berlaku. Otaknya kian teringat betapa hangatnya berpelukan walaupun hanya sekejap.

Bas berlalu pergi dengan pantasnya..

Platinum Victory 23

Hana membuka pintu rumahnya, dan kelihatan kosong.
"Assalamualaikum."
Hana memberi salam dan menutup pintu dibelakangnya. Lampu ruang tamu dipetik.

"Meow.." bunyi kucing tuan rumah itu dalam kesunyian.
"Kucing.. Meh sini meh..." Hana memanggil kucing hitam itu untuk datang kepadanya. Kucing itu pun perlahan-lahan mendekati tangan Hana yang sedang menghulur untuk mengusap badannya...
Hana tersenyum melihat gelagat kucing itu, dia membelai-belai bulu kucing itu dengan lembut sekali..daripada mencangkung tadi,
Hana bangun dan bergegas ke biliknya untuk bersiap sedia untuk tidur.

...

Lama Naqeeb termenung dan cuba memproses apa yang telah terjadi tadi. Dia menyentuh dadanya. Hatinya begitu berdebar-debar..seakan tidak dapat berhenti. Itu pertama kali dia dipeluk oleh perempuan yang dia tak kenal. Matanya dibulatkan.. kemudian dia memandang kekanan dan ke kirinya tetapi tiada orang pun ada pada ketika itu.. Dia mengeluh dengan panjang sambil berjalan ke tempat ambil teksi...

...

Keesokkan Harinya..

Naqeeb keluar daripada biliknya untuk membuat secawan kopi susu panas buat dirinya. Kopi susu dan roti berkrim sudah memadai sarapannya pada pagi itu. Naqeeb terpandang pada pintu teman serumahnya yang  terbuka luas, ikutkan dia tak mahu pedulikannya tetapi Naqeeb tetap juga menghampiri bilik itu.
Dia melihat katil single bed itu terurus rapi tetapi ada beberapa buku bersepah di atas lantai. Naqeeb terus mencapai tombol pintu dan menutup pintu. Nampaknya housemate Naqeeb telah keluar. Tetapi tak diberitahu pula. Dia menutup pintu dan masuk kedalam biliknya untuk menyambung kerja.

Econsave

Hana mahu membeli beberapa barang dapur untuk dirinya kerana mungkin dapat berjimat dan teringin untuk membeli sesuatu bagi teman serumahnya.
Hana meneliti setiap rak-rak yang tersusun daripada rak makanan sehinggalah rak kecantikan. " housemate aku tu lelaki, takkan aku nak bagi pencuci muka pulak...hm.." gumamnya bercakap seorang diri. Matanya melilau mencari barang yang sesuai untuk dipakai dan berguna pada mereka. Tetapi.. apa?
Hah ! Tiba-tiba dia terpandang peralatan mencuci. "Bagus apa, lelakikan tak suka sangat mencuci, kalau aku bagi dia pun dia mesti akan pakai jugak benda ni. Yelah nak jugak jaga kebersihan rumah sendiri..kan?" Hana membelek-belek barang pencuci yang serbaguna itu dan letak didalam trolinya. Barang2 seperti berus, pencuci lantai, pembasmi kuman, Pasti lelaki itu menyukai pemberiannya.

Whatever
Hana menolak trolinya menuju ke kaunter bayaran.

...

Blisston Hotel.

Raysha menguap sambil mengeliat panjang untuk meregangkan badannya setelah lama dia tidur.
Raysha menyibak rambutnya yang kusut akibat aksi yang hangat semalam, dia tersengih pagi-pagi itu.. mungkin dia mabuk kerana dia tak dapat mengingati apa-apa, dan badannya terdedah penuh dalam selimut. Dia memandang kesebelahnya, ada seorang lelaki masih sedang nyenyak tidur tetapi berpaling ke arah lain. Muka berkerut kerana masih pening dan mengantuk. Raysha tak dapat ingat siapa lelaki itu.Dia membiarkan sahaja dengan tekaan Mungkin stranger.. Raysha memang tidak kesah kerana dia telah lali dengan perkara itu. Dia terus mandi dan bersiap sebelum keluar daripada bilik 507 itu dengan selambanya.

My First Time Where stories live. Discover now