(5)

1.9K 7 2
                                    

"Ugh... panas betullah harini kan Hana?" Shah menaikkan tingkap keretanya untuk mendapatkan
Penghawa dingin  kereta supaya dapat menyejukkan dirinya Kemudian Shah bersandar pada tempat duduk sambil melihat kehadapan. Hana disebelahnya hanya merenung contengan-contengan pada buku notanya bagi merangka beberapa idea yang boleh dicedok untuk menjayakan drama tersebut.

" Saya rasalah kan, orang yang masuk Universiti dan menjadi seorang penulis ni, memang merugikan.. yelah... macam sia-sia je..." Kata Shah sambil merenung ke hadapan.
Hana berhenti melihat buku notanya dan perlahan-lahan memandang Shah. ' dia ni sedar tak yang dia cakap apa?'.
Hana mengecilkan mata. 'Ingat senang ke nak graduate lepastu sampai tahap ni?' Desis hatinya membengkak. Sakit hati pulak dengan Si Shah ni..

" Heh.. lainlah kalau masuk Universiti lepastu dapat gaji yang besar... hidup mewah..
Orang-orang yang sia-sia tadi macam berjalan dalam trowong gelap  yang tak de penghujungnya.." Lantang Shah bersuara.

Hana melirikkan mata melihat Shah, lelaki kalau marah memang tak sedar diri ke masa tengah bercakap..?
Lalu segera Hana berkata." Semua rezeki tuhan dah tentukan, nak buat macam mana kalau takdapat kerja semewah yang kita nak, janji kita rajin berusaha."

" Ah, rezeki ada je. Kita ni yang malas awal2 memang patut pun kerja tak mewah. Memang tak guna..." Shah mengeluh bosan. Hana disebelahnya lagi meluat mendengar rintihan berunsurkan sindiran itu. Lantas, Hana membuka pintu dan terus berjalan jauh daripada kereta Shah dan pulang kerumah.
"Uh..Okey..?" Gumam Shah.

Platinum Victory 23

"Shah tu muka je hensem tapi mulut ikut sedap dia je! Dia tak sedar ke apa yang dia cakap tadi? Ugh.." Gumam hatiku. Aku memasuki rumah dan menolak pintu. Kemudian aku ternampak Naqeeb  sedang kusyuk menonton televisyen. Aku memerhatikan dia dari jauh. Dia lain daripada lelaki yang lain, tak merokok, bersopan, matang.. untungnyaa kalau aku yang kahwin dengan dia.. ehh apa yang aku fikirkan ni. Dia tu tuan rumah! Hormat lah sikit Hana.

Naqeeb menoleh kearahku. Dia hanya memandang aku dengan muka ' ya ada apa?'. Aku tersenyum padanya dan terus masuk kedalam bilikku. Hatiku berdebar sedikit apabila kami bertentangan mata. Cepat2 aku membuang pandangan tersebut.
Selesai membersihkan diri, aku bercadang untuk menulis drama tersebut dengan bersemangat. Aku membuka laptop dan mula menaip laju. Spek ku kenakan pada muka agar mataku terlindung daripada skrin komputer riba yang cerah itu. Aku menulis dengan penuh fokus sehingga lewat malam. Aku hanya makan untuk mengalas perutku dengan makanan segera dan kopi panas. Bilikku juga mula berselerak dengan pelbagai kertas disini sana, baju-baju aku longgokkan di suatu sudut dan tanpa aku sedari sudah menaip skrip hampir pukul 3 Pagi, lalu aku mengeliat dan terus tidur. Tanpa mengemas apa-apa dan barangkali aku juga tak mandi.

Naqeeb POV

Aku terjaga daripada tidur kira-kira pukul 6 pagi. Lalu aku terus mengerjakan solat subuh. Selesai mendirikan solat, aku mencapai komputer riba dan menyiapkan beberapa tugasan pejabat ditemani kucingku, kucing.
"Meow.."kucingku
meng-eowpadaku.
"Lapar ke..?" Aku membelai dengan penuh kasih sayang bulunya  dan aku mengendong kucing untuk ke ruang tamu. Aku meletakkan kucing dan mengisi makanan kucing kedalam bekas makanannya. Si kucing makan dengan lahapnya. Aku tersenyum melihat kucing. Aku menoleh ke arah jam, hampir pukul 7. Aku pun tanpa  berlengah pergi mandi dan membersihkan diri kemudian membuat sarapan untuk diri.
Ting!
Bunyi microwave berbunyi menandakan makananku telah siap dan boleh dimakan. Aku seperti biasa turut menyediakan kopi susu buat diriku pada pagi itu. Aku mengerling sekeliling untuk mencari kucing. 'Mana kucing ni..?' Omelku sendiri.
Aku memanggilnya beberapa kali kemudian ternampak si Kucing berlari masuk kedalam bilik si penyewa. Aku ingin mengambil kucing untuk memberi snek padanya. Aku melihat pintu bilik penyewa perempuan itu terbuka luas dan  paling terkejut sekali apabila aku melihat bilik dia bersepah-sepah seperti baru ribut. Aku menelan air liur dan tercari-cari kucing yang bewarna hitam itu.. aku juga mencari dimanakah penyewa aku itu. Agaknya dia telah
tertimbus dalam timbunan kertas dan baju-baju.. aku membuat keputusan untuk berhenti mencari kucing dan mencapai tombol pintu biliknya.

*bunyi berdengkur*

Terkejut aku mendengar bunyi dengkuran pada pagi itu, lagi tak percaya ia dengkuran daripada seorang perempuan... aku terdiam seketika.
*bunyi dengkuran lagi*

"Okaay ..." kataku perlahan sambil menutup pintu.

Restoran Keluarga terkenal.

Amirah bekerja sebagai pelayan disitu sedang mengambil pesanan pelanggannya.

"Baiklah, nanti saya bawakan makanan awak." Dia menguntumkan senyuman dan beredar dari situ.

...

Balik daripada kerja, Amirah dan beberapa rakan kerjanya berjalan beriringan bersama sampai mereka berhenti pada sebuah kedai yang mempamerkan beg berjenama yang sangat mahal. Amirah berhenti dan melihat beg itu daripada display .
"Cantikkan beg tu.. aku nak sangat." Katanya sambil membayangkan dirinya menggayakan beg tersebut dengan sangat bergaya.
" yalah.. memang cantik, tapi mahal lah, kann" kata kawannya. Mereka semua setuju. Amirah mengambil sampel kertas disitu dan menunjukkan beberapa keping gambar kepada kawan2nya. "Tengoklah ni, kalau pakai beg ni sesuai sangat dengan aku kan?" Puji Amirah kepada dirinya. Dia sibuk menggayakan beg tangan mewah itu pada lengannya sambil terseyum senyum berangan. "Cantik.. sangat sesuai lah" kata rakan sekerjanya.
Amirah sangat berpuas hati dan ingin sangat memiliknya. Tetapi, beg tangan itu semahal separuh gajinya. Memang tak mampu kalau dia seorang yang korbankan duitnya itu. Daniel menghubungi teman wanitanya untuk menjemputnya daripada kedai tersebut.
" Daniel, lama tunggu?"
Daniel menoleh ke kanan." Baru je sampai, jomlah kita balik dah malam sangat ni."
Daniel membuka pintu kereta dan Amirah masuk ke dalam perut kereta. Amirah ingin benar berkongsi tentang beg tangan yang digemarinya itu kepada Daniel, supaya dia lebih lega dan berharap akan keajaiban untuk memiliki beg tersebut.
Daniel duduk di tempat pemandu dan mula memandu. Mereka berdua senyap sahaja.
Amirah bersuara. "Daniel, Amirah nak bagi tahu something ni. Amirah harap perkara ni jadi kenyataan, nanti Amirah send gambar dekat Whatsapp tau."
Kata Amirah dengan riang, lalu Daniel pun mengangguk dan menumpukan pada pemanduannya...

"Beg tangan?"
Amirah mengangguk, matanya bersinar-sinar sambil tersenyum memandang Daniel. Daniel mengerutkan keningnya.
' Mak Aih, mahal lah pulak harga beg ni! '
Amirah mendekatinya dengan lebih rapat.
" Nak macam ni?"
"Yup"
Daniel menarik nafasnya untuk bertenang. Dia ingin cari alasan yang baik supaya Amirah disebelahnya tak berasa kecil hati terhadap tindakannya.
"Amirah, Dani tahu yang Amirah suka benda2 ni semua tapi.."
"Tapi..?"
"Boleh tapi lambat sikit..?"

Amirah yang tadi senyum sudah sedikit muram tetapi dia taklah terlalu sedih, lebih tepat lagi hampa. Amirah menoleh ke tempat lain dan Daniel cepat2 memujuknya. " Amirah kene sabar sikit..je Nanti Daniel tunaikan.. Daniel janji."
Daripada muram tadi dia kembali tersenyum lebar. " Betul?!" Tanya Amirah inginkan jawapan, dan dia menjerit gembira apabila Daniel menjanjikan dengan sepenuh hatinya.
" Ya, asalkan Amirah bahagia."

--&--

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 13, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

My First Time Where stories live. Discover now