Day 1 , Second Hour

1.3K 84 0
                                    

Studio Lukisan.

Semua pelajar fokus dengan lukisan masing-masing. Kecuali Jae Joo yang tak ada idea langsung hendak melukis siapa. Dia memandang ke kiri dan kanan mencari idea manalah tahu ada yang masuk ke dalam otaknya.

Taehyung yang duduk di sebelah Shin A memerhatikan gadis itu yang fokus melukis. Terpegun melihat kecantikan Shin A menyanggul rambutnya yang panjang. Selalunya Shin A membiarkan rambut panjangnya yang lurus berwarna hitam tidak berikat. Tapi, bila melihat dia mengikat rambutnya, terserlah kecantikan dan keayuan sebenar Shin A.

Perhatian Taehyung tertarik apabila terlihat lukisan Shin A. Gadis itu melukis potret seorang jejaka kacak. Timbul rasa ingin tahu dibenaknya. Taehyung mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menghantar pesanan ke Kakao Talk milik Jae Joo. 

Walaupun Jae Joo duduk di belakang antara Shin A dan dia , Taehyung terpaksa buat begitu kerana takut mengganggu konsentrasi Shin A.

Jae Joo yang sejak tadi termenung mendapat pesanan dari Taehyung.

Taehyungie : Jae Joo-ah, cuba tengok 'anak beruang' lukis apa ?

Jae Joo cuba melihat lukisan Shin A. Timbul juga rasa ingin tahu dibenaknya sama seperti Taehyung.

Jung Jae : Tae, siapa ?

Taehyungie : Entah . Kau rasa ?

Jung Jae : Boyfriend dia kut ...

Taehyung berkerut memandang ke arah Jae Joo di belakang. Dia ni terfikir ke tidak ? Satu lagi pesanan dari Jae Joo diterima.

Jung Jae : Tak payahlah tengok aku macam tu . Main teka je tu ... Boyfriend ? Mustahillah 'anak beruang ada boyfriend.

Taehyungie : Haha xD Tau tak apa ! =P

Jae Joo menghalakan kamera telefonnya ke arah lukisan Shin A. Dia ingin menangkap gambar lukisan gadis itu secara senyap-senyap. Itulah yang selalunya dia lakukan setiap kali kelas lukisan. Dia obses dengan hasil seni Shin A.

Klik ! Shutter telefon Jae Joo berbunyi. Dia lupa untuk menukar mood silent telefon tersebut terlebih dahulu. Semua perhatian beralih padanya termasuk Taehyung dan Shin A. Taehyung menepuk dahi melihat gelagat Jae Joo menangkap gambar 'selfie'.

Perlahan-lahan Jae Joo meletakkan telefonnya. Nasib baik guru mereka tiada ketika itu. Shin A menggeleng-geleng kepala. Sengal ! Kutuknya dalam hati. 

Jae Joo tertunduk-tunduk meminta maaf. 

Taehyungie : Kau dah kenapa, setan?

Naik darah Jae Joo semeter membaca pesanan Taehyung. Dia dipersetankan?

Siapa suruh cuai sangat ?! Salahnya juga tidak hati-hati tadi. Jae Joo menghantar gambar lukisan Shin A kepada Taehyung. Terkejut Taehyung sebaik sahaja membuka pesanan dari Jae Joo.

Taehyungie : Ahh~ Ini rupanya kerja kau ? Tangkap lukisan je apa barang ? Meh, aku tunjuk macam mana orang pro ambil gambar senyap-senyap ;)

Jung Jae : oOOHh, Kim Taehyung~

Taehyung menghalakan telefonnya ke arah Shin A. Dia tahu gadis itu sangat fokus apabila melukis bagai tak ingat dunia. Sekejap saja dia menangkap gambar gadis itu tanpa disedari oleh sesiapa kecuali Jae Joo yang kerisauan di belakang. Taehyung pantas menghantar gambar Shin A sedang melukis kepada Jae Joo.

Taehyungie : See ? What did I say ? Senang je~

Jung Jae : Tahniah, Kim Taehyung! Anda berjaya naik ke level BOSS. Anyway, thanks ... baru ada ilham nak lukis siapa.

Taehyungie : Aik, trick jenis apa ni?! Ingat free? Bayar okay.

Jung Jae : Ewah, kau~ Dah aku tak tahu nak lukis siapa .

Taehyungie : Eleh, kau suka makhluk ni kan ?

Pipinya merona merah. Belum sempat dia bersembunyi, kedengaran kekekkan tawa Kim Taehyung di hadapan. Pemadam getah dicapai lalu dihumban. 

Kim Taehyung berpaling ke belakang. Tidak puas hati. Bertuah!

***

We Are Not Romeo Or Cinderella ; jung hoseokWhere stories live. Discover now