Day 5, Third Hour.

623 55 0
                                    

Di sebuah kedai cenderamata.

Selepas makan tengahari, Jae Joo membawa Shin A ke sebuah kedai cenderamata. Sebenarnya, dia sendiri pun tidak tahu apa motif sebenarnya membawa Shin A ke situ tapi hatinya memaksa supaya membawa gadis itu ke situ. 

Shin A pula hanya ikut ke mana Jae Joo pergi. Itupun sebab dia tak tahu nak pergi mana jadi dia ikut jelah. Shin A terpandang sebuah patung dolphin kecil berbentuk keychain tergantung di satu sudut di dalam kedai tersebut.

"Comelnya ...,"ujar Shin A membelek-belek keychain tersebut. Hatinya tertarik dengan keychain tersebut. Jae Joo mendekatinya. 

"Suka ?,"soal Jae Joo. Shin A mengangguk. Dia sukakan ikan dolphin sebab kecomelan haiwan tersebut. Jae Joo juga mahukan keychain yang sama seperti Shin A. Dia memilih keychain dolphin yang sama warna dengan keychain dolphin pilihan Shin A, biru.

"Yah ! Kau ambil lah warna lain. Nanti kau terambil aku punya macam mana ?,"Shin A geram. Apa yang dia nak mesti Jae Joo pun nak !  Jae Joo memandang Shin A sambil berkerut. 

"Lah ... Apa salahnya ? Meh sini. Aku jadikan keychain kau berbeza dari yang aku punya,"ujar Jae Joo merampas keychain yang dipegang oleh Shin A.

"Jae Joo-yah !,"marah Shin A. Jae Joo memasukkan sebentuk cincin silver ke keychain tersebut. Shin A berkerut. Sekarang, keychainnya tersangkut sebentuk cincin dan sebuah patung dolphin kecil. 

Boleh tahan kreatif ! Puji Shin A di dalam hati. Memanglah ... Dorang berduakan bersekolah di sekolah seni. Mestilah kreatif.

"See ... Tak susah kut. Sekarang, keychain kau ada cincin ngan dolphin, aku punya pulak cuma ada seekor dolphin kecil. Jadi, jom pergi bayar. Aku belanja,"ujar Jae Joo membawa kedua-dua keychain tersebut ke kaunter bayaran. 

Shin A merengus geram. Entah kenapa dia tidak pernah berjaya menghentikan Jae Joo daripada membuat benda sesuka hati lelaki itu.

Selepas membayar, Shin A meminta semula keychainnya dari Jae Joo. Jae Joo memberikan keychain tersebut. Shin A menggantung keychain tersebut di begnya. Tiba-tiba pulak begnya nampak lebih menarik bila dia menggantung keychain tersebut di situ. Boleh tahan ! Shin A bermonolog.

"Jangan hilangkan keychain tu tau,"pesan Jae Joo. 

"Kenapa ? Keychain murah je kut ...,"ujar Shin A memandangnya. Jae Joo tersenyum. 

"Itu sebagai kenangan kita berdua. Lagipun, aku cuma ada dua bulan lagi untuk jadi kekasih kau,"jawab Jae Joo selamba. Shin A terpana. Dia lupa tentang cinta kontraknya bersama Jae Joo.

"Okay,"jawab Shin A perlahan. Entah kenapa dia rasa sedih yang teramat. Sebelum ni dia tidak pernah rasa sedih seperti itu. Bila teringatkan tentang kontrak antara dia dan Shin A, itu sudah cukup membuat Jae Joo rasa seperti atmosfera di sekelilingnya terasa lain. Dia mengamati wajah Shin A yang sedang berjalan di sebelahnya itu. 

Dia mula faham kenapa hatinya teringin hendak membawa Shin A ke kedai tersebut. Rupa-rupanya dia inginkan sebuah memori. Dan juga, sebuah benda penting sebagai kenangan memori tersebut.

Sekuat mana aku genggam tangan kau. Kau tetap sama seperti yang orang yang aku kenal dari dulu. Boleh tak, kau berubah walaupun sehari jadi seperti yang aku harapkan sebelum aku lepaskan kau ?

***

We Are Not Romeo Or Cinderella ; jung hoseokWhere stories live. Discover now