Part 6

37 1 1
                                    

Besar keluarga si aina ni..  Penuh rumah itu dengan keriuhan kanak2.. Makcik2.. Dan pakcik2 aina...  Aku hanya menikmati pemandangan ini dengan rasa gembira.. Pertama kali dalam hidup ku di kelilingi dengan keluarga yang besar seperti ini.. Selalu kami hanya bertiga saja..Tiba2 ada satu suara menegurku dengan lembut..

" hey dokter nessa, buat apa disini" aku terkejut nasib baik aku tak melatah..

"Ohh!  Hi dokter rayyan..  Duduk sini sbb dekat dlm panas" jawab ku tanpa berfikir..  Sebenarnya aku tak selesa berdua dengan rayyan takut aina salah paham.

"Aik dekat dalam punya lah sejuk dengan aircond still panas jugak ke dokter nessa?  " tanya dengan wajah hairan..  Aduhhh!!  Aku mati kutu..

" hehe kejap lagi saya masuk" jawab ku mendatar.. Berharap dia paham maksud ku.. 

" ehh takpa lah duduk luar pun okay tak ramai orang..  Ni dah makan ke belum? Kalau belum rayyan boleh ambilkan" tanya padaku dengan muka ikhlasnya. 

" dah makan tadi" nampaknya memang mamat ni tak paham..aduhh kalau aina nampak ni..

" nessa masuk dulu ya" aku pun berlalu masuk kedalam rumah agam tu semula. Aku betul2 rasa tak selesa bila rayyan cuba berbaik denganku.

Sedang berjalan menuju ke dapur, mama pulak memanggil ku untuk ke ruang tamu dengan alasan untuk memperkenalkan keluarga2 aina.. Aku pun menurut kata mama tadi. Sampai di ruang tamu kulihat aina sudah duduk di satu sudut sebelah rayyan sambil senyum kearahku. Aku balas senyuman itu dan aku duduk di sebelah mama..  Papa pula menyuruh ku untuk bersalam dengan pakcik2 makcik2 aina..  Pun aku turutkan..
Aku senyum dengan semua yang kusalami tanda hormatku pada mereka. Dan..  Bermula lah sesi soal jawab dari semua orang.. 

Mama  mulakan dengan memperkenalkan aku sebagai anak angkat nya.. 

"Siapa nama anak angkat maria ni?" tanya Puan Mariam.

" namanya Fanessa Laila, kami panggil dia nessa " jawab mama dengan ceria..  Sambung mama lagi

"Nessa kerja part time di hospital abang adam.  Sama dengan Aina " aku diam lagi..  Tak berminat untuk menyampuk.

"Ohh Dokter lah ni yea nessa" tanya  Puan Mariam.. Aku anggukkan saja kepala..

"Nessa yang ni kak long mama tau,  panggil umie.. " . Aku lihat dan senyum

" saya nessa kawan aina " jawab ku jujur.. Puan Mariam pulak mengangguk tanda paham.

" Umie ni ada 2 orang anak kembar tau!  " beritahu mama pada ku.. 

" seorang pilot seorang dokter" sambung nya lagi..  " Tengku Rayyan dan Tengku Riyyan" mama menerangkan kepadaku. Puan Mariam yang diam dari tadi hanya memerhatikan

Mama bercerita terlalu banyak sampai aku tak boleh nak ingat semua.. 
Aina langsung tak berkepit denganku harini..  Maklum lah rayyan ada..  Aku dilupakan...  Aku kedapur untuk bantu kak Eton bawakan buah buahan ke laman.. Di situ ada semua sepupu2 aina..

 "nessa letak dimeja tempat aina duduk sana.. Budak2 ni kalau berborak pasti lupa makan" arah mama padaku..  Aku pun teruskan langkah kearah mereka.

Aku hidangkan buah tadi dan ingin berlalu.. Tp dihalang oleh aina

" beb!  Sini lah duduk lepak dengan abg2 sepupu aku" aina tepuk2 kerusi disebelahnya..

"Meh lah aku nak kenal kan kau dengan diaorang" tambah nya lg..  Aku duduk dan senyum..

 "Okay yang ni abg aku Aiman kau panggil abg aiman..  Yang tu abg riyyan abg kepada abg rayyan.. Diaorang kembar.. Sengih aina..  Yg sbelah tu pulak kak hana, isma n farah. " katanya padaku..

"Hai boleh panggil i nessa" jawab ku sambil tundukkan sikit kepala.. 

"Hi dokter Nessa" sapa rayyan padaku..

"Kawan kau ni bisu ke aina? " salah seorang sepupu aina kurang senang dengan kehadiran diriku

" dari tadi angguk2 senyum2 nonsense tau tak" farah bertanya pada aina.. 

Amboi bahasa boleh tahan perempuan ni... Aku Senyum pun salah?  Aku bermonolog dalam hati..

"Okay lah tu tak byk ckp, dari kau tu suka bazir air liur je" jawab lelaki yg diam dari tadi..  Ohh itu dia Tengku Riyyan..

" hehehe rilex lah dia baru kenal kita nnt lama2 okay lah" jawab abg aiman. Cuba membela ku.. 

"Kawan aku ni mmg pemalu, sbb tu takde boy friend sampai sekarang" sambil ketawa besar aina menjawab.. Amboi aina kurangg asam kau ya! Tapi hanya hati je yang mampu bercakap sekarang ni. Mulut memang dah terkunci dari tadi.

"Aina..  Tak baik ckp kawan mcm tu " marah rayyan pada aina.

"Mommy!! " semua terdiam memandangku dengan kehairanan aku menoleh. Ada budak perempuan yang comel cuba menarik ku ke arahnya.

" amara..  Don't do that sayang" abg aiman mendukung budak itu..  Tapi budak itu terus menangis dengan kuat memanggil ku dengan panggilan mommy!.. 

"Abg aiman..  Takpe nessa handle.. " pinta ku lembut, keluar juga suara ku.. 

Amara berlari kearah ku dengan riang..  " mommy!  I miss u" aku senyum dan aku tak tahu untuk beri reaksi apa pada anak ini.

ku balas "miss u too baby girl" .. Supaya anak ini lebih tenang dan tidak menangis lagi.

" mommy pergi mana lama amara tunggu tau" tanya nya padaku.. 

 Aku serba salah " mommy pergi kerja sayang" jawab ku lembut itu saja idea yang terfikir di otak ku saat ini.

Aku betulkan rambut nya yg agak kusut itu. " mommy jgn tinggal amara lg okay.." Dipeluknya leherku dgn kuat.

Aku terkedu. "Sorry nessa anak abang tu.... " aku terus jawab " its okay..  Abang tak perlu explain" aku tak mahu Abang Aiman merosak suasana hari ini.

Amara Terlalu comel!!  Tiba2 rasa sayang pada amara membuak2. Aku cium pipinya.. 

***

Puan Mariam merasa sesuatu pada gadis bernama fanessa itu, raut wajah dan cara percakapan sangat seiras dengan kawan baik suaminya itu. Dan dia juga berkenan sungguh dengan gadis muda itu. Hatinya membuak2 ingin bertanya pada suaminya..

Di laman belakang rumah, selepas nessa pergi bawa amara kedalam rumah mereka sambung berbual semula.

"Aina, nessa tu memang pendiam ke? " rayyan bertanya.

"Tak lah dia okay je, tapi dia susah nak berkawan..  Dia akan diam kan diri kalau dia rasa tak selesa..  " jawab aina sambil makan buah yang dihidang tadi.

"Yeke?  Dekat hospital pun dia diam aje, tak kan tak selesa jugak.. Pelik betul" si rayyan masih bertanya lagi

"Dekat hospital memang lah dia diam, kan dia fokus kerja, apa lahh abang rayyan ni" aina ketawa dengan soalan rayyan tadi.

"Betul ke dia takda boy friend?  Rasa macam banyak jee" tiba2 riyyan bertanya..  Semua fokus memandang kearah riyya kerana pelik riyyan tak pernah ambil tau kalau mereka berbual.

"Kenapa??  Abang riyyan berkenan ke?  Woahhh nasi minyak lah kita tahun ni " jawab aina.. Yang semua ketawa kerana merasa lucu.

"Ntah2 aina dengan rayyan dulu kot" abang aiman menduga. Aina merasa malu dengan statement abang nya itu terus di cubit peha abang nya itu.

Rayyan membiarkan soalan itu tidak terjawab. Hati nya sekarang hanya berminat tentang gadis bernama fanessa.

***

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 23, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta Dalam DiamWhere stories live. Discover now