Part 4

35 1 0
                                    

Maka bermulalah hari pertamaku di hospital milik papa Aina. Tengku adam basir, memperkenal aku dan aina pada para doktor ,nurse dan semua kaki tangan yg berkerja disitu..  Aku dan aina ditempatkn bagian klinik pesakit luar..  Keadaan di hospital itu boleh tahan busy nya..  Aku hanya diam dan memerhati..  Kemudian kami ke bahagian sumber manusia utk dptkn tag n kad..  Bermulalah aku menjadi FENESSA

Aku mulakan tugas ku..  Dengan berhati2..aku bertuah kerana dibantu dgn nurse2 yg cekap dan banyak pengalaman. Aku teruskan sehingga jam 2petang. Aku betulkn rambutku..  Yang kurasa sudah mulai serabut..  Perlahan aku kluarkan telefon..  Untuk menelefon mak..

Aku lepaskan keluh kesah ku pada mak, dan mak mendengar serta beri semangat..  Aku tak sedar yang diri diperhati dengan seorang lelaki yang hanya diam dan mencuri dengar perbualan ku.. Sehingga aina datang dan menegurku. 

"Kau buat apa nessa?  Sampai x sedar dr rayyan kat sini?"  Tanya aina padaku..

" aku telefon mak aku.. Tak perasan pulak bila dr rayyan datang..  " jawabku senada.. Rasa janggal tiba tiba bila ditanya begitu.

"kenapa dr rayyan tak tegur i tadi?" Soalku minta kepastian.

Kerana malas menunggu jawapan dari lelaki itu aku terus berlalu pergi untuk ke cafe.

"Ak kluar dulu lah nak makan, jumpa nanti k aina".. Ak trus kluar tanpa pandang dr rayyan atau pun aina.

***

Aku menjamah nasi berlauk perlahan, tiba2 datang seorang dokter perempuan singgah menyapaku.

" hey, boleh i join table you? " dokter perempuan itu bertanya. 

" yeah, sure.. " sambil senyum aku menjawab pertanyaan itu.

"By the way i Lisa, " sambung dokter tadi.

"Oh, i fanessa.. " jawab ku lembut.

" you baru join hospital ke fanessa? "

" ya,  today it was my first day" jawab ku lagi.

"I pun masih baru jugak dekat sini, baru 3bulan" jawab si dokter Lisa.

Aku hanya senyum dengan penjelasan  nya tadi, sebenarnya aku tidak tahu mahu bertanyakan apa lagi dengan dokter Lisa ini,  orang nya ramah dan cepat selesa dengan semua orang.

"Ehh itu bukan dokter Rayyan ke? "

tanya dokter Lisa padaku. Aku menoleh kearah mulutnya itu. Aku hanya toleh sepintas lalu kerana aku kurang berminat dengan hal2 sebegitu.

"Entah, iye lah kut" jawab ku bersahaja.

"Tapi sape pulak perempuan disebelahnya tu? "

"jangan2 girl friend dia kut"

"alahh melepas lah kalau macam ni" dokter Lisa rasa gelisah tak menghiraukan aku yang melihatnya. Aku hanya mampu sengihkan saja

"ramai jugak peminat dokter Rayyan tu ek? " soalku pada dokter Lisa.

" mesti lah, gila tak minat.. You kalau jumpa mesti cair punya lah! " dengan semangat dokter Lisa menjawab.

"Hehe, i tak terfikir pulak nak minat2 orang ni..  " sambungku lagi.

"Mesti sebab you dah ada kekasih kot, sebab tu you macam tak berminat" jawab dokter Lisa.

Aku diam kan saja dengan tidak menidakkan nya..  Lebih bagus mungkin.
Dokter Lisa melihatku terus bertanya,

" you ni mix ke fanessa? "

"nama you jarang orang guna"

" lagipun muka u takda ciri2 melayu pun"

Aku ketawa dengan soalan dokter Lisa itu, bukan dia seorang saja yang bertanyakan hal itu..  Setiap tempat baru aku pergi mesti itu lah soalan2 yang kerap ku dengar. Aku minum air yang ku pesan tadi dan ku jawab,

" yea i have a lot of mix" ku tiru lagak instafamous KINGCOCO sambil selorohkan dokter Lisa.

"Tak lah mana ada mix2 , kalau nama tu i tak tau nak jawab mcm mna sbb mak i xpernah cerita pulak macam mna i dapat nama ni... " jawab ku lembut. Aku tidak mahu panjangkn lagi perbualan ini. Aku minta diri untuk meneruskan tugas ku.. 

Hari pertama selesai ku lalui.. Banyak yang masih aku perlu pelajari.. Aku pejam kan mata yang ku rasakan terlalu letih. Tadi aku pulang sendiri kerana aina kluar bersama Rayyan lelaki yg di sukai kawan baikku itu.
Aku buka mataku semula kerana aku harus selesai solat maghribku..  Selepas segarkan diri dan solat, aku turun perlahan ke dapur niat di hati nak bantu mama sediakan makan malam, tapi bila aku sampai semua sudah terhidang kemas di meja makan.. Aku rasa bersalah kerana tak dapat membantu untuk sediakan makan malam.. 

"Haa nessa panjang umur, mama baru nak panggil makan" sambil pandang kearahku.

"Mama tak panggil nessa pun tolong mama masak.."  Tanyaku lembut.

"Bukan mama yang masak pun kak Eton yang masak" matanya masih kearah ku..

"Yeke?  Takpe nanti next time nessa tolong yea ma, xkan nessa duduk saja kat rumah ni..  Segan lah nessa" .

"Tak payah mengada lah nessa, fokus dengan kerja aje, masalah rumah dah ada part masing2 jangan ganggu kerja mereka" jawab mama mesra sambil mengarahkan aku duduk di sebelah nya.

Kami makan malam bertiga saja malam tu, bersama papa dan mama aina...  Mereka berbual dan aku hanya diam mendengar, aku mengunyah makanan dengan perlahan..

"Yang, hujung minggu ni aiman balik ,katannya dia nak tinggal terus dimalaysia dengan amara" beritahu papa .

" yang tahu dah tadi dia call, rindu pulak dekat cucu sorang tu" luah mama gembira.

"Nanti jangan pulak yang tanya kat dia masalah dia tu, biarkan dulu, tunggu dia cerita sendiri. " dengar seperti arahan dari papa.

"Iye lah abg yang tahu, meriah semula lah rumah ni nanti, boleh lah buat gathering nanti"..kata mama.

Aku diam seribu bahasa..  Aiman abang aina dah nak balik.. Bertambah tak selesa lah aku rasa. Aku berdiri dan berlalu untuk menyudahkan makan ku. Aku minta izin untuk naik keatas bilik.

Sampai di bilik aku terus teringatkan mak di kampung, laju tangan ku mendail no telefon mak.. Macam biasa rutin ku setiap kali berbual dengan mak akan ku ceritakan segala kekusutan yang aku alami, mak pulak memainkan peranan sebagai pakar motivasiku. Kata2 mak sedikit sebanyak membantu aku untuk rasa tenang.

Baru aku letak panggilan tadi, aina pun masuk kebilik dengan wajah yabg sangat bahagia, yelah keluar dengan lelaki idamannya..  Aku rasa lucu melihat aina begitu..

"Amboiii bahagianya dia ni.. Seronok dating tadi makcik oii? " sapaku pada aina.

"Mestilahh harini hari paling banyak aku borak dengan rayyan tau.. Makin aku dekat dengan rayyan makin aku jatuh cinta lah nessa!!. " kata2 aina tu buat aku rasa menakutkan.. Aku berdoa dalam hati semoga allah mudahkan urusan hatinya.

"Ehh aina seram lah aku tengok kau ni..  Dah macam orang gila tau.  Meluat pulak aku tengok"

"aku tau kau bahagia sekarang ni.. Tapi kau jangan lupa mandi"

" aku nak tidur dulu..  Good night makcik gila" selorohku.

"Hehehe okay lahh aku mandi, good night cik nessa"..

Hari pertama selesai.

Cinta Dalam DiamWhere stories live. Discover now