Part 1

77 2 0
                                    

Sudah 2minggu berlalu selepas tamat kan degree, nessa begitu selesa berada dikampung halaman nya bersama mak dan adik bongsunya.

Puan Zurina sedang menonton tv bersama nessa.

"Nessa tak teringin ke kamu nak berkerja di Kuala Lumpur? "

Nessa yang tadi leka menonton tv terus menoleh kearah emaknya.

" alaa nessa nak tolong mak dekat kampung ni je, lagipun nessa nak rehat dulu lah mak, kan baru je habis degree"

Sambil minum air milo di tangannya.. Puan Zurina tersenyum mendengar jawapan anak daranya itu

" takpe lah nessa,kan ada luffi yang tolong mak dekat kedai..  Sekarang lah waktu nessa buktikan dekat mak kebolehan nessa tu.. "

nessa hanya senyum tak mahu menjawab lagi, terus berdiri berjalan kedapur sambil membawa gelas milo yang diminumnya tadi.

Puan zurina sudah masak dengan perangai anak daranya itu jadi dia pun hanya mampu mengelengkan kepala saja.

***

***2bulan sebelum habis degree ***

Aina kawan bilik nessa juga sahabat karibnya sepanjang tempoh belajar di universiti itu.

" nessa habis degree ni kita kerja dengan papa aku nak tak?? Sementara tunggu result kita.. Kita boleh buat part time.. Hehehe"

kata aina sambil betulkan tudungnya di depan cermin.

"Aku nak balik kampung dulu..!  Rindu dekat mak aku yang comel tu..!  Kalau aku kerja cepat cepat tak puaslah aku nak bermanja.. Hahaha "

Rasa lucu dengan jawapan nya itu.

" betul juga tu nessa kau kan anak manja.. "

Sambil mengejek di depan cermin. Tidak puas dengan jawapan nessa aina cuba lagi memujuk..

" nessa jomlah kerja dengan aku..  Nanti aku mintak lah papa aku bagi gaji special dekat kita "

" lagi pun hospital papa aku doktor pakar ramai..  Sambil tu kau boleh ambil peluang tambah ilmu"..

Berharap agar kawannya bersetuju dengan kemahuan nya.
Nessa rasa terharu dengan niat aina yang bersungguh sungguh memujuknya.. Ikutkan hati memang mahu saja dia menambah pengalaman tapi kerana segan dan rendah diri buat dirinya berfikir berpuluh kali,  mana tak nya keluarga aina bukan keluarga yg biasa biasa papanya memiliki hospital sendiri, mamanya mempunyai butik high class yang hanya untuk orang vip.. Walaupun keluarga aina menganggap nessa macam keluarga sendiri tapi nessa masih kurang selesa.

"Aku fikir dulu boleh aina?  Nanti kita bincang balik okay beb? "

kata nessa pada aina yg sudah monyok muka nya.. 

***

Dikamar aku masih belum lelapkan mata terfikirkan kata kata emak tadi, kerana bukan sekali emak bertanyakan soal kerja tu..  Setiap hari.. Katanya orang kampung bertanyakan tentang aku yang masih belum membina kerjaya diusia 25tahun..  Ikutkan hati aku mahu saja pergi ke setiap rumah tanyakan apa masalah mereka yang suka hal ehwal keluargaku.. 

Kerana malas mahu melayan perasaan nessa pun memasang lagu kegemarannya dan nessa pun tertidur..

***

***keesokkan harinya.. Sewaktu bersarapan***

"Mak..  Nessa nak minta pendapat mak, aina ajak nessa kerja sementara di hospital papa aina, patut ke nessa setuju? "

sambil main main dengan nasi di pinggannya.

"Haa..!  Eloklah tu nessa, boleh ambil pengalaman tambah ilmu nessa tu, nanti mudah nak mohon hospital mana mana dengan pengalaman nessa tu. "

sambil merenung anak dara nya itu.. 

" mak memang bangga dengan anak mak seorang ni.. Terima kasih nessa belajar setinggi ni untuk penuhi impian mak, mak memang berharap nessa jadi dokter ubah hidup keluarga kita ni nak"

mata  Puan zurina dah mula berair..  Sedih campur gembira.
Nessa memandang wajah tua emaknya itu sambil rasa sedih kerana mak yang bersusah payah sediakan seorang diri tanpa bantuan sesiapa pun, walaupun puas orang kampung mengata tapi mak diamkan aja..

" makk ni suka buat nessa rasa sedih lah..  Makk nessa memang nak jadi dokter pun sebab nessa nak jaga mak sampai bila bila.. Nanti nessa tanyakan aina ya mak? "

Puan zurina senyum senang dengan jawapan anaknya itu.

Luffi yang baru sampai dari kedai rasa pelik kenapa mak nya menanggis sambil senyum,

" akak buat mak ke?  Akak ni suka buat mak nanggis lah"

luffi suka menyakat kakaknya itu..
Luffi duduk di sebelah mak nya sambil meletakkan barang yang dibeli nya tadi.. 

Puan zurina melihat wajah anak bongsu nya itu.. 

" tak lah,  kakak dah nak mula kerja nanti tu yang mak terEmo tu..  Nanti bibik yang jaga kedai mak dah takde..  Luffi lah ganti bibik tu boleh? "

sambil ketawa Puan zurina mengusap kepala anaknya itu..  Wajah luffi memang iras dengan wajahnya..  Wajah nessa seiras sungguh dengan ayahnya..  Tiba tiba sebak rasa di hati Puan zurina.

" alahh memang adik lah kena tolong mak lpas ni.. "

dikenyitkn mata kirinya ke luffi

" adik spm tahun ni buat yang terbaik okay"

"kakak nak adik kakak ni pun berjaya nanti boleh belanja kakak makan.. "

Luffi senyum dan menjawab

" mesti lah kakak..  Kakak idola adik tau!!  Tapi tetap rasa nervous lah kakak.. Cikgu cakap soalan tahun ni memang mencabar.. "

cuba mengadu pada kakaknya..
Puan zurina yang dari tadi mendengar terus berdiri

" banyak lah alasan kau luffi, kalau hidup beralasan memang tak berjaya lah gamaknya"

sambil berlalu ke ruang dapur.
Nessa pun turut berdiri

" adik kan bijak, don't say that dear".. " kakak selalu doakan kejayaan adik kakak seorang ni"

membututi makcik zurina ke dapur.

***

Cinta Dalam DiamWhere stories live. Discover now