"dah kenapa makin banyak yang keluar dari tray out ni"! aku mengeluh resah. Mataku mengerling jam di dinding menunjukkan ke pukul 11.28 pagi. Sekejap lagi Syafini dan Syafina hendak habis kelas, sudah pasti anak-anak comel miliknya merajuk jika lewat diambil dari sekolah misi kindergarten.
Usai sahaja meneliti dan membahagi-bahagikan minit-minit arahan Ketua Pejabat ke pegawai tertentu, aku mengambil salah satunya ditujukan kepada Kp1 (kerani bos kedua). Sebab kedudukan meja Kp1 ni dekat, satu unit denganku. Cuma dia sebelah hujung sekali melewati bilik Unit Perhubungan Awam kami. Jadi ianya mudah bagiku menyiapkan serba sedikit kerjaku pagi itu.
Dengan tidak membuang masa aku segera ke meja Kp1 dengan membawa minit tadi. Di dalam perjalanan menuju ke meja Kp1, telingaku cepat menangkap bunyi gerakan kumpulan kunci (bunch of keys) sepertinya seseorang ingin membuka laci meja dan kabinet. "Ah kak nor, sebelum aku balik ini minit untuk akak".."bos cakap perlu segera untuk tindakan". Setelah kakiku menapak di depan meja Kp1, keadaan sunyi sepi. Tiada seorang pun disitu. Aku masih kaku hairan. Dalam masa yang sama, fikiranku terdetik sesuatu yang pernah kak nor beritahu kelmarin. "Esok pagi akak tak masuk office, ada ujian ambil darah untuk med-check up phy". Tiba-tiba terasa bulu tengkukku berdiri tegak dan...akupun berlari kembali ke mejaku. Peluh dingin kurasakan disetiap badan dan mukaku. Aku segera mengemas dan mengambil beg sandalku. Pada masa itu aku sedar yang hanya aku seorang sahaja disitu. Yang lain telah awal balik untuk rehat lunch. Aku melangkah kaki dengan cepat menuruni anak tangga untuk keluar dari pejabat itu.