"kau jangan nak kacau aku boleh tak!" Ros menepis2 tangannya menghalau seekor lalat didepan mukanya. "Laa..bau apa pula ni!" Rungutnya dalam hati. Bau semerbak seperti bau ubat-ubatan. Sepertinya berada di dalam ruangan hospital.
Terkenang kembali ingatannya mengenai cerita kawan-kawan sekerjanya yang senior. Misah adalah salah seorang rakan kerjanya yang senior telah lama bersara pernah mengongsikan sejarah mengenai pejabat mereka ini. Dahulunya pejabat mereka ini adalah sebuah tapak hospital lama. Dan tempat bahagian Ros bertugas sekarang adalah di tingkat dua yang mana ianya dahulu adalah wad bersalin.
Kring kring! bunyi telefon menerjah sekaligus mematikan ingatan Ros mengenai hospital tadi. "Assalamualaikum, bahagian pentadbiran." "Apa boleh saya bantu?" Ros memulakan perbualan di telefon. Senyap. Tidak ada suara yang menjawab. "Hello?! Ros berkata lagi. Tidak ada jawapan. Ros meletakkan gagang telefon. "Siapa jugak yang main telefon ni" rungutnya. Tiba-tiba bau semerbak kembali memenuhi ruangan. Ros membiarkan sahaja bau tersebut. "Ah, malaslah nak fikir"! Tangannya pantas menekan punat 'mouse' dan menaip resepi kek di kotak carian Google yang tertera di skrin komputer. Suasana sunyi pada masa itu, hanya kedengaran sayup-sayup suara rakan-rakannya Nana dan Ain ketawa di dalam bilik Perhubungan Awam.
Ros masih leka dengan carian resepi kek. Tiba-tiba sahaja ia merasakan seperti bahunya ditepuk seseorang. Lantas Ros memandang kebelakang. Tiada seorang pun disitu. Ros bingkas bangun dan mencari kalau ada rakannya yang berniat untuk nenakutkannya. Tiada sesiapa pun dilihatnya. Apabila Ros mahu kembali ke mejanya terlihat dari ekor matanya sesuatu sedang berdiri disebelahnya. Sangat hampir dengannya. Ros memberanikan diri untuk memandang 'sesuatu' itu. Nyata! Ianya adalah sebiji kepala berwarna hitam pekat. Tiada memiliki mata dan tiada raut wajah. Hanya hitam. "Arrghhh!!" Ros menjerit ketakutan. Seketika itu kelihatan rakannya Nana baru sahaja keluar daripada bilik Perhubungan Awam menyapa kehairanan. "Kak Ros, kenapa?" "Ada tikus lagi ke?"tambah Nana sambil ketawa. Ros seraya menggerakkan tangannya tanda tidak ada apa2. "Tak perlu bagitau Nana perkara ni." hatinya berkata. Risau jika Nana tahu pasti Nana akan lebih ketakutan daripadanya. "Nana, cepat balik sekarang." "Bawa Ain pulang bersama" tegasnya. "Ain dah lama balik kak". "Aku sorang je kat dalam ni" Nana berseloroh. "Akak baliklah dulu, aku nak siapkan kerja sikit je lagi ni." Nana menambah. Nana kembali masuk ke dalam bilik. Tanpa menunggu lama, Ros bergegas menuruni anak tangga.
Hatinya berteka-teki sendiri. "Siapa yang berbual sambil ketawa tadi kalau bukan Nana dan Ain?!" Namun, fikirannya tetap ligat memikirkan tentang 'kepala hitam' tadi.