Bilik Perhubungan Awam

13 1 3
                                    

Jam menunjukkan pukul 6.20 pagi.
Maslinda pembersih pejabat memulakan kerja membersihkan bilik-bilik bahagian/unit di tingkat dua.

Usai sahaja membersihkan bilik Ketua Pejabat dan bilik-bilik berhampiran, akhir sekali ialah di bilik Perhubungan Awam. Maslinda membuka pintu bilik berkenaan sambil menarik nafas dan melepaskan perlahan sambil berkata "moga-moga takde lah banyak sangat yang kotor dalam ni, lekas juga siap kerja aku nanti" omolnya kecil. Alangkah terkejutnya dia melihat seseorang duduk sambil kepala tertunduk tanpa memperlihatkan wajahnya. Lagaknya seperti sedang membaca buku tetapi tangannya lurus kebawah, tidak menyentuh sesuatu bacaan diatas meja. Maslinda menyapa memberi salam. "Assalamualaikum". Tiada balasan. Hanya membisu disitu. Pada fikiran Maslinda, seseorang yang duduk disitu mirip sekali dengan bentuk badan Ain. Walhal Ain tak mungkin tidak memperdulikannya, jika sesiapa menyapanya setentunya Ain akan menjawab. "Bappp!" Daun pintu dilepaskan. Segera Maslinda berlari menuruni anak tangga. Tanpa memperdulikan lagi segala penyapu, mop dan baldi di bilik tersebut.

Tempat KerjaWhere stories live. Discover now