Cerita ni aku masih ingat sampai masani. Pengalaman daripada kawan kerja aku cerita masatu dia sedang berbadan dua.
Hjh Nor sedang mengandungkan anaknya yang keempat. Memang suka sangat baca novel bila waktu kelapangannya, maksud aku bila dia dah habis buat kerja dia akan ambil novel dan baca diam-diam di tempat kerusinya. Sementara menunggu jam balik 4.30 petang, Hjh Nor leka dengan novel yang dibacanya. Kedengaran suara Aziz dari tingkat bawah sedang menaiki tangga sambil bercakap dengan seseorang. Tak tau apa bunyi omolannya, Hjh Nor sendiri tidak pasti. Aziz adalah seorang kakitangan dari Unit IT di Jabatan nya bekerja.
Tiba-tiba Hjh Nor disapa seseorang. "Kak Hjh baliklah" sapa AziZ sambil gopahnya Aziz melabuhkan punggungnya duduk di kerusi bersebelahan dengan Hjh Nor. "Eh kau ni Aziz, takde salam langsung" rengus Hjh Nor. "Hihi sorry kak, assalamualaikum" Sapa Aziz sambil tersenyum. "Waalaikumusalam. Ha, ada apa kau nak baiki pula ni. Setahu aku, kami takde complain apa2 pun tentang computer kami kat sini". "Taklah kak. Akak baliklah sekarang. Tinggal akak je kat atas ni, yang lain dah balikkan?" Aziz separuh mengarah. Dah pukul berapa ni, Hjh Nor menoleh jam ditangannya menunjukkan 4.10 petang. Hmm lama lagi nak habis waktu bekerja. "Belum lagi la Aziz" ujarnya selamba. "Akak, balik je la. Baliklah!" desak Aziz. Hjh Nor merasa hairan melihat raut wajah Aziz yang bersungguh-sungguh mahukan dia pulang awal. "Betulke orang semua dah balik Aziz?"dia memastikan lagi. Aziz hanya mengangguk serious. "Oklah, akak kemas buku dulu." Dalam hatinya meneka sesuatu yang pelik tetapi dia sendiri belum pasti apa. "Aziz tunggu akak kemas, kita turun sama2 kak" kata Aziz lantas berdiri dan menunggu dekat kabinet berhampiran meja Hjh Nor.Usai sahaja mengemas, "Jom!" Hjh Nor melangkah untuk turun tangga bersama Aziz. Di ruang parkir kereta, belum sempat Hjh Nor hendak membuka pintu kereta, Aziz menahannya. "Akak, maaf tadi Aziz mendesak suruh akak balik". Hjh Nor hanya menunggu penjelasan Aziz. "Akak, masa Aziz jenguk akak di atas tadi Aziz nampak sesuatu". Hjh Nor terkejut dengan apa yang didengarnya. "Ada apa Aziz?" "Apa yang kau nampak?"ingin tahunya membuak2 menantikan jawapan Aziz. "Takpelah kak, esok je Aziz bagitau". Aziz risau jika Hjh Nor terganggu dengan penjelasannya nanti. "Aziz, bagitau je. Akak ok" desak Hjh Nor. "Baiklah kak, kalau Aziz bagitau akak janji akak akan be ok, ok kak?" Hjh Nor hanya mengangguk faham. "Akak, tadi Aziz nampak Cik P ada betul2 berdiri dari dalam bilik Kerani Sulit tu". "Dia sedang merenung akak dari dalam, pasaltu la Aziz suruh akak balik". Ya Allah, meremang terus rasa bulu tengkuk mendengar penjelasan Aziz. Tapi disebabkan Hjh Nor memang seorang yang kuat semangat dan rajin mengamalkan surah-surah apalagi semasa beliau mengandung. Dia mampu mengatasi emosinya dan gagah menepis segala gangguan emosi berkenaan. Apa yang penting baginya ialah hanya kepercayaan yang kuat kepada Allah bahawa segala sesuatu yang baik itu datangnya daripada Allah s.w.t dan segala yang buruk datangnya daripada gangguan iblis laknatullah.
Kemudian Hjh Nor mempersiapkan dirinya dengan membaca surah-surah lazim sepanjang perjalanannya ke rumah. Terkenang kembali penjelasan Aziz tadi, memang mereka semua tahu Aziz adalah seorang yang terkadang mampu melihat 'sesuatu'. Ianya terjadi apabila Aziz seringkali merasa sakit kepala dan dari sejak itu Aziz mampu melihat 'sesuatu' yang orang lain tidak mampu melihat. Waallahualam.