OY 31

3.6K 127 29
                                        

Khai P. O. V

Kami bertiga sama-sama terkaku.

"Sya?" Panggil Elly.

Aku masih memeluk Syakila dari belakang, manakala Elly pula tampak terkejut dihadapan pintu bilik.

Seperti baru terjaga, Syakila terus sahaja menolak tubuhku dan bergerak menjauhi aku. Walaupun tolakan itu perlahan, tapi cukup meremukkan hati aku. Aku terasa sakitnya.

"I'm sorry Elly. Aku tak bermaksud nak buat macam tu dengan Khai. Aku... Aku minta maaf." Tanpa diduga ayat tersebut keluar dari mulut Syakila.  Aku mengetap bibir.

Elly jelas menunjukkan riak wajah dalam kebingungan.

"Hah! Apa maksud kau Sya?"

"Jangan risau, Khai milik kau sepenuhnya. Aku dah takde apa-apa dengan dia. Aku datang sebab nak melawat dia je. Tadi tu, bukan macam yang kau fikirkan. Aku minta maaf." Tambah Syakila.

Aku menggenggam penumbuk, menahan hati yang semakin terguris.

"Melawat Khai? Maknanya kau dah tau perkara sebenar?" Soal Elly nyata terkejut.

"Tau apa?" Soal Syakila pula.

"Yang Khai sa..."

Mata aku membuntang.

"Sayang!" Sebut aku pantas.

Mereka berdua memandang aku serentak.

Tak!  Syakila belum tahu dan tak perlu tahu.

"Yang Khai sayangkan Elly, betul tak Sya? Kau dah tau kan aku sayangkan Elly?" Sambung aku tersenyum paksa memandang Syakila.

Aku perasan Syakila menunduk sedikit, dan riak wajah dia berubah mendung. Hati aku semakin sakit memandang riak wajah dia. Aku ikut sama terluka.

Elly memandang aku, seperti bertanyakan soalan melalui pergerakan mata. Kami berbalas-balas jawapan dengan pergerakan mata dan reaksi muka sahaja.

"Aku rasa aku kena balik. Hisyam mesti dah tunggu aku dekat bawah." Syakila tiba-tiba sahaja meminta diri. Aku dan Elly serentak memandang Syakila semula.

"BTW,  jangan lupa minggu depan majlis aku. Jemputlah datang dengan Khai sekali. Aku harap korang dua boleh datang sama. " Sudah seperti berbisik pada ayat terakhir yang keluar dari mulutnya. Usai berkata, Syakila terus sahaja melangkah ke arah pintu melepasi Elly.

"Sya!" Panggil Elly ikut melangkah, cuba untuk mengejar Syakila.

Dengan pantas aku menangkap pergelangan tangan Elly. Langkah nya terhenti. Dia memandang aku.

"No need. Biarkan dia." Beritahu aku. Dahi Elly berkerut.

"Sya dah tau atau tak sebenarnya?" Tanya Elly.

"Tak, dia tak tahu apa-apa. Dia datang sebab nak ingatkan majlis dia minggu depan je." Aku melepaskan pegangan pada lengan Elly.

Aku bergerak kearah katil aku semula, mengemas kapas dan ubat yang ditinggalkan tadi.

"Habis tu, dia kata dia datang melawat tu apa?"

"Dia datang mungkin sebab muka aku yang luka-luka ni. Dia nampak dalam kelas tadi." Kapas yang telah digunakan aku buang ke dalam tong sampah. Manakala ubat-ubat tersebut aku sekadar meletakkan diatas meja belajar.

"Khai, sampai bila awak nak sorokkan dari Sya?"

Aku mencapai kad jemputan yang telah aku lekatkan pada papan belajar. Tarikh yang tertera aku pandang.

Only you, my love! (GxG) {COMPLETED}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang