PAK!satu pukulan mendarat di dahi Taehyung. Taehyung meringis sakit. Lalu wajah Jin dipandang dengan kerutan dahi. Kesal. Sambil tu dia mengusap dahinya yang sedikit sakit
"Sakit la hyung!" kesal nya. Jin di hadapan nya mencekak pinggang.
"Ha! Tau pon sakit. Sekarang ni, ada yang tahu kita ada kuasa magic. Nanti kalau dia bagitahu satu sekolah, ha macam mana. Tak ke mati kita" bebel Jin.
"Tae, kalau betul kamu nak selamatkan budak perempuan tu, tapi kenapa kamu guna kuasa kamu, kuasa sampai energi kamu hampir habis" tanya Yoongi sambil tangan nya di silangkan. Taehyung mengeluh.
"Bukan apa hyung, dia ketuk saya dekat leher, ingat tak sakit ke? " kesal Taehyung.
"Sampai keluarkan kuasa tu? Bahaya Taehyung, kuasa tu akan beri kesan pada Jimin. Kamu serap sekali kuasa dia. Kamu tengok dia sekarang? Belum sedar lagi" kata Namjoon pulak.
"Haih! Hyung, sudah la. Tae pon pengsan kut tadi. Bangun² dah kene bebel. Apa ni " sedih nya. Sambil wajahnya di cemberut kan.
Hyung nya yang lain mengeluh.
Jungkook yang duduk di katil Jimin terus memandang Jimin. Kerana dia terasa gerakan dari Jimin.
"Hyung? " panggil Jungkook. Jimin serta merta membuka matanya dan mendudukkan dirinya. Jungkook yang berada di sebelahnya terkebil kebil.
Mereka yang berada di katil Taehyung terus memandang Jimin.
"Jimin, kamu okey? " tanya Hoseok. Jimin tidak menjawab melainkan dia menatap ke hadapan dengan tatapan kosong. Jin berjalan ke arah nya.
Jin memegang tangan Jimin. Dengan pantas Jimin memandang Jin dengan tajam, matanya berubah menjadi mata ular. Gigi nya menjadi taring ular. Jin tersentak.
"SSHHH!! "
Desingan ular di keluarkan dari mulut Jimin, serta merta Jimin menerkam Jin. Mereka terjatuh ke lantai. Semua terkejut.
"YA! JIMIN-AH! " jerit mereka. Taehyung turun dari katil dan menarik Jimin. Jimin meronta.
"LEPAS KAN AKU! "
jerit Jimin. Tapi yang menghairan kan itu bukan suara dia.
"Hoseok, perlindungan Untuk Moonbin dan budak perempuan tu! " arah Jin. Hoseok mengangguk lalu dengan hentakan kaki, ada dinding di keliling mereka.
"Siapa kau?! Kenapa kau msuk dalam badan Jimin! " sentak Yoongi. Cuaca di luar menjadi riuh. Angin kencang berlaku.
Kedengaran suara mengilai.
Dengan satu hentaman, badan Taehyung melayang ke dinding.
"Argh! " jerit Taehyung. Bilik rawatan itu menjadi kucar kacir. Jimin memandang Taehyung.
"KORANG.AKAN.TERIMA.BALASAN! "
selepas itu Jimin terus rebah. Semua ke arah Jimin.
"Tadi tu apa? " gumam Taehyung perlahan, tapi didengari oleh Yoongi.
"Tu ahli sihir. Ketua ahli sihir. Dia Lisa" jawab Yoongi. Semua terkejut dengan apa yang dikatakan Yoongi.
"apa?! Bukan dia dah mati ke? "
"Tak, dia tak mati lagi. Dia melarikan diri" jawab Yoongi.
"Macam mana hyung tau? " Jungkook bersuara.
"Kuasa bayangan. Kuasa itu akan lenyap bila tuan dia mati. Kecuali kuasa itu diserap oleh musuh nya. Sedangkan waktu kita pertempuran, tiada siapa yang menyerap kuasanya. Dia lari. Lari ke sini. Dan saya dapat rasakan aura itu" ujar Yoongi.
"Jimin, mangsa pertama. Semua tau, Jimin tadi sangat lemah, itu sebab dia mengambil kesempatan untuk serap kuasa Jimin. Tapi tak dapat. Mungkin sisi Jimin yang separuh sedar tu dapat melawan dia. " katanya lagi sambil menatap Jimin. Rambut hadapan nya basah di sebab kan keringat.
"jadi macam mana? Kuasa bayangan tu kita tak tau siapa yang ambil. Ke dah musnah masa kat dunia sana" kata Hoseok.
"Kuasa itu, dimiliki oleh Moonbin. Hyung dapat rasa tu dan sekarang kita kene jaga Moonbin dan budak perempuan tu." kata Yoongi lagi .
"Jadi macam mana hyung. Sekarang waktu belajar lagi. Kita nak balik nanti susah. "
"Telepot ke rumah. Taehyung jaga Jimin nanti. Moonbin akan di sini bersama Jin hyung, dan saya. And yang lain pun sama. "
"Arrasso!! "
TBC...
Sorry kalau kurang memuaskan.. Hehehe saya cuba yang terbaik. Btw maaf kalau ada yang tak faham. Thanks sebab baca heheh
...............
YOU ARE READING
Real World (OG)
RandomCerita ini adalah season 2 bgi crita Fantasy world. tapi di tukar tajuk. cerita ini mengisahkan 7 putera kayangan yang hampir dibunuh oleh ahli sihir sewaktu di dunia fantasi. tapi sesuatu berlaku pada mereka... mereka telah pon berada di dunia. dun...