01

145 10 1
                                    

Seorang kawan yang baik ialah
Kawan yang selalu ada dikala
kita susah atau senang.

√√√

Aku memandang tiga orang lelaki yang mengelilingku dengan perasaan takut. Ini kali kedua dalam hidup aku dibuli selepas berpindah kesekolah ini disebabkan aku terjatuhkan buku tulis salah seorang dari mereka.

"Kau nak apa lagi? " Dengan tergagap aku berkata perlahan. Tetapi dapat didengari oleh mereka.

"Aku nak apa? "Alif atau nama panjangnya mohd alif Aiman  bertanya sinis. Dia bergerak mendekati ku lalu berdiri didepanku.

"Kau tanya apa tadi? Aku nak apa? "Dia bertanya sekali lagi. "Aku nak kau.." Dia tersenyum nakal lalu cuba menyentuh pipi aku.

Aku menepis tangannya kasar tetapi tanganku dipegang kuat oleh alif. "Jangan la kasar sangat sayang." Alif memegang pipiku dengan lembut.

"Jangan sentuh aku lah!" aku cuba menarik tanganku dari pegangannya.

"Kau diam boleh tak? "Tengking Akmal melihat aku ingin melepaskan pegangan alif.

Aku yang terkejut itu mula terasa ingin megalirkan air mata. "Hey hey, jangan la nangis. "Alif ingin mengelapkan air mataku (?).

"Jangan sentuh dia." Alif dan kawan-kawannya memandang kearah suara itu, aku pun tidak dikecualikan. Aku melihat seorang lelaki berjalan kearah ku.

"Rafiq...." Tergagap Alif dan kawan-kawannya menyebut nama lelaki itu.

"Ya, aku Rafiq. Rafiq Arif" Lelaki yang bernama Rafiq itu memandangku dengan wajah dinginnya.

"Kenapa kau datang?" Tanya Syakir iaitu kawan Alif dengan tergagapnya.

"Aku nak kau lepaskan dia." Tegas sahaja bunyinya lalu Rafiq menundingkan jarinya kearahku.

Alif memandangku lalu berbisik ditelingaku. "Aku lepaskan kau kali ni." lalu Alif meniup telinga ku perlahan.

Alif dan kawan-kawanya berlalu pergi dari situ. Tinggallah aku bersama Rafiq.

"Kau ok?" Rafiq bertanya lalu memandangku.

"Saya ok." Aku menjawab perlahan kerana takut akan panahan matanya.

"Dah kau pergi masuk kelas, kelas dah nak mula dah ni." Rafiq berlalu pergi dari situ meninggalkan ku keseorng.

Aku memandang sekeliling lalu bergerak menggikut Rafiq dari belakang.

Rafiq

Aku menahan senyum apabila melihat muka comel perempuan yang aku tolong sebentar tadi. Dia mengikuti aku dari belakang. Aku memperlahankan pergerakaan.

Dia yang terkejut itu memberhentikan pergerakaannya lalu memandang aku dengan muka kepelikkan. Aku membuat muka beku lalu memandangnya.

"Jalan la sekali." Aku berjalan perlahan-lahan menunggunya berjalan di sebelah ku.

"Em ye." Dia berjalan disebelahku dngan menundukkan kepalanya. Comel.

"Nama kau apa?" Aku bertanya.

"Orang selalu panggil saya Deeja. "

"Ouh, nama panjang?" Aku bertanya sekali lagi.

"Alya Khadeja."Dia menjawab ringkas.

"Kelas apa?"

"4A-C"

"Ouhh. "sampai sahaja diblok tinggkatan 4, aku mula berhenti. "Dah sampai. Aku pergi dulu tahu?" Aku melihat dia mengangguk dan berterima kasih kepadaku kerana menolongnya sebentar tadi.

"Ok." Aku bergerak ke blok tinggkatan 6 yang dipisahkan oleh blok tingkatan 5.

Dalam perjalanan ingin ke blok tingkatan 6, fikiran aku teringat kan muka comel Deeja.

Sampai sahaja dikelas 6D aku mengetuk pintu kelas dan melangkah kearah mejaku yang berada ditengah kelas. Semua pelajar yang berada didalam kelas itu memandangku pelik.

Didalam kelas 6D hanya mempunyai sepuluh orang pelajar dan kesemuanya ialah lelaki. Boleh dikatakan kelas yang agak belakang.

"Kau dari mana Fiq? "Tanya Khairul yang duduk didepan mejaku itu.

"Dari tandas, asal?" Aku mengerutkan dahi memandangnya.

"Ouh. Saja nak tahu sebab lama sangat kau keluar. "Balas Khairul.

"Tu lah pasal, selamat cikgu tak masuk kelas lagi. "sampuk Rayyan yang berada disebelah Khairul itu.

"Alah lek lek je. Lepas ni Bahasa Seni kan? Cikgu gerenti tak masuk sebab ada mesyuarat. "Raziq yang dari awal berdiam diri mula bersuara dan melihat aku. Raziq ni kembar aku, boleh dikira abang la sebab dia keluar 3 minit awal dari aku.

"Ye tak ye jugak kan? "Aku mula meletakkan kepala diatas meja dan membiarkan mereka berbual tanpa aku.

Mata aku mula memberat dan akhirnya aku terlena disitu.

Hadirnya seorang RafiqWhere stories live. Discover now