Waktu rehat bagi pelajar tingkatan 5 dan 6 sudah mula. Pelajar mula keluar dari kelas bila mendapat izin dari cikgu mereka. Mereka semua bergerak kearah kantin sekolah.
"Rafiq, kau belikan aku makanan Boleh? Aku nak carikan tempat untuk kita ni. "Raziq memandang sekeliling untuk mencari meja yang kosong untuk mereka.
"Bagi duit." Rafiq menadahkan tangannya di depa Raziq.
Raziq mengeluarkan RM5 dari poket seluarnya dan meletakkan diatas tangan Rafiq. "Baki aku ambil." Tanpa mendengar balasan dari Raziq, Rafiq melarikan diri.
'Haihla, susah dapat adik yang tak ikhlas ni. 'Bebelnya didalam hati.
Rafiq berjalan dengan santainya kearah tempat membeli makanan (?). Dia mengambil dua pingan nasi lemak dan dua gelas air teh lalu meletakkan didalam dulang yang disediakan.
Rafiq memberi duit RM10 kepada makcik mah yang menjaga kawasan itu. Makcik mah memberi baki RM3 ringgit kepada Rafiq.
Rafiq membawa dulang itu kearah Raziq, Rayyan dan Khairul yang baru dijumpainya. Mereka duduk di meja tengah, dimana kipas berada dibawah mereka.
"Nah." Rafiq meletakkan dulang diatas meja lalu mengambil sepingan nasi lemak dan segelas air teh dan meletakkan didepannya.
"Baki?" Raziq memandang Rafiq dengan tajam. Tangannya dihulur kearah Rafiq.
"Baki hilang."Rafiq berpura-pura memandang sekeliling tanpa memperdulikan Abangnya didepan.
Rafiq menjeling adiknya geram. Rayyan dan Khairul yang dari tadi melihat mereka hanya ketawa kecil. sudah biasa melihat mereka bergitu.
"Dah dah la gaduh tu, makan cepat. "Tegur Khairul bila melihat Raziq dan Rafiq berbalas pandangan begitu lama (?).
Selesai makan, mereka bergerak ke kelas bersama-sama.
"Weyh Ziq, pinjam buku sains boleh? Aku nak salin kerja yang cikgu bagi minggu lepas. Lupa nak salin. "Rayyan membuat muka comel didepan Raziq yang berada disebelahnya itu.
"Euw, kau asal buat muka jijik ni?" Raziq menampar muka Rayyan yang berada di depan nya.
"Sampai hati kau." Rayyan membuat muka terkejut lalu berpura-pura merajuk dengan Raziq. Rayyan bergerak menjauhi Raziq lalu berjalan disebelah Rafiq.
Lengan Rafiq dipeluk oleh Rayyan. "Rafiq, Raziq dah tak sayang kita. "Bermulalah drama kingnya..
"Tak apa, kita kann ada? "Rafiq mengenyitkan matanya lalu tergelak besar.
"Korang ni, nak buat drama kunyit dekat sini ke apa? "Tegur Khairul yang dari tadi memerhatikan mereka.
"Bukan selalu. "Rayyan membuat fly kiss kepada Khairul lalu mencuim pipi khairul.
"Euw kau! "Khairul menolak muka Rayyan lalu mengelap mukanya yang tidak suci disebabkan Rayyan.
Tergelak besar mereka melihat aksi Khairul itu.
Deeja
Aku memandang anis disebelahku. Aku mencuit tangannya perlahan.
"Kenapa?" Anis memandang kearahku lalu berkata sambil mengangkatkan keningnya perlahan.
"Saya nak pergi tandas. Teman boleh? "Ajak Aku.
"Malas nak berjalanlah. Kau pergi sorang boleh?"Tolak anis lembut.
"Okeyla. "Aku bergerak kedepan lalu meminta izin cikgu untuk ketandas.
Selepas mendapat izin, aku berjalan keluar dari kelas dan kearah tandas yang berada di blok tingkatan 5. Jauh sikit dari kelasku. Aku berjalan perlahan-lahan, sampai sahaja di tandas. Aku masuk kedalam.
Selesai membasuh tangan apa semua. Aku keluar dan bergerak ketangga. Aku mendakit tangga sambil membaca-baca nota yang berada di dinding.
Tanpa aku sedari, aku terlanggar seseorang dan menyebabkan buku yang dibawaknya jatuh dari tangannya.
"Sorry akak, saya tak Sengaja. "Aku memohon maaf kepada senior ku. Aku dapat tahu dia seniorku disebabkan terlihat buku tingkatan 5 yang dibawaknya.
"Siapa kakak kau? Kau tahu tak aku ni siapa? Senang-senang ja nak langgar aku? Lepas itu minta maaf macam tu je?" Tengking orang yang aku langgar tadi. Aku tersentak lalu menundukkan kepalaku memandang lantai.
"Saya tak tahu akak siapa.." Jawab aku tergagap-gagap.
"Hey! Aku ni Nalesya Nadia! Semua orang takut kat aku "marah Orang yang bernama Nalesya itu.
"Saya mintak maaf akak, saya bukan sengaja nak langgar akak. "Aku memintak maaf sekali lagi dengar suara yang tergagap-gagap akibat ditengking olehnya sebentar tadi.
"Maafkan kau? "Dia memandang aku. Lalu tersenyum sinis dan mula menampar mukaku. "Huh, dalam mimpi kau!" Dia mula meninggalkan ku keseorangan.
Aku mula menangis disitu akibat tamparan yang diterima oleh Nalesya. Terasa pedih bibirku, luka mungkin?
YOU ARE READING
Hadirnya seorang Rafiq
Teen Fiction-setiap kali aku di buli, di pukul, di hina dan didalam kesakitan HADIRNYA SEORANG RAFIQ ARIF "setiap pertemuan pasti ada perpisahan" -aku tersenyum kearahnya "kalau dah jodoh, kemana pun kau pergi. kita pasti akan bertemu kembali" start; 30/10/1...