04

59 6 0
                                    

Aku terbangun apabila terdengar pintu bilik ku diketuk sari luar. Aku memandang jam di dinding.

'Fuh lamanya aku tidur, dah pukul 4 lebih. 'Bisikku.

"Yaya?" Panggil seseorang dari luar.

Aku tersentak lalu bergerak membuka bilik dan terlihat mama sedang memandang ku. "Kenapa tak mandi lagi ni?" Terkejut mama melihat ku masih memakai baju sukan.

"Tertidur." Balasku singkat.

"Dah, pergi mandi. Nanti turun makan. "Arah mama.

Aku hanya mengangguk malas lalu menutup pintu kuat.  Aku bergerak mengambil tuala yang berada di penyidai dan masuk kedalam bilik mandi.

Siap memakai baju aku keluar dari bilik. Meja makan aku tuju lalu duduk selepas menyedok nasi kedalam pinggan ku. Aku makan dengan senyap seorang diri.

"Baru bangun ke?" Tegur MakCik Mah.

"Haah Makcik Mah. Tadi tertidur sampai lupa nak makan. "Aku menayang sengihan kepada Makcik Mah.

"Ouh. Takpe la, makan la dulu. Makcik Mah nak kemas stor belakang sekejap." Makcik Mah bergerak ke belakang. Aku hanya mengangguk dan meneruskan suapan ku.

Selepas siap makan dan basuh pinggan aku bergerak keluar dari rumah. "Wah, cuaca hari ini sungguh indah. "aku tergelak mendengar ayatku sendiri. 'Sungguh klasik.'

"Pergi taman best ni. "Aku masuk kedalam rumah kembali. Bilik Along ku tuju.

Aku mengetuk pintu bilik along lalu masuk kedalam bilik along. "Along... "Panggil ku manja.

"kenapa Sayang?" Tanya Along yang hnya memakai tuala. Baru lepas mandi mungkin.

"Jom pergi taman?" Ajak ku manja.

"Taman? Along baru balik je ni. "Balas Along. maklum la along aku ni budak kolej. Balik lambat.

"Ala..."Aku mencebikkan bibirku.

"Ah ye la. Jom jom. Pergi bersiap. Along nak pakai baju ni. "Halau along.
"Yeay! Sayang along. "Aku membuat fly kiss kearah along lalu berlari ke bilikku.

"Pakai baju apa ye? "Aku mengambil t-shirt hitam dan seluar jean biru gelap.

Selesai menukar baju, aku keluar dari bilik dan turun kebawah mencari along kesayangan ku.

"Alongggg. "Jeritku.

"Ha, along dekat luar ni. "Balas Along dari luar.

Aku berjalan keluar dari rumah lalu pergi kearah along yang memakai baju sama sepertiku.

"Jom!"Aku berkata riang.

"Kita naik motor la. Along malas nak berjalan." Along naik keatas motornya lalu startkan motor 125zr biru kesayangannya. Nak pergi dekat, naik motor biasa je lah.

"Boleh. "Aku panjat motor itu dan mula duduk dibelakang along.

Along menarik klash(?) dan menekan gear. Motor mula bergerak perlahan keluar dari perkarang rumah.

"Along jangan laju tahu. Adik nak usya orang. "Aku berkata sedikit kuat akibat bunyi motor yang agak kuat itu.

"Ye. "Balas along.

Sampai sahaja ditaman, along memarkingkan motornya ditempat yang disediakan. Klash ditarik lalu along membuang gear. Motor dimatikan.

"Along! Jom pergi kat sana. "Aku menunjuk ke arah tasik yang berada di sebelah taman permainan itu.

"Haihla sayang ni. Jangan active sangat boleh tak? Jalan sekali dengan along sini. kang hilang adik kesayangan along ni."marah along melihat ku berlari ingin pergi ke tasik.

"Yela. "Wajah dimasamkan.

"Alololo, jangan la sedih sedih. Sayang kita ni tak comel la kalau sedih. "Along memeluk bahuku lalu mencubit pipiku lembut.

"Tak nak!"Aku mengacah alongku.

"Iyela sayang oi. Jom kita pergi tasik. "Along menarik tanganku kearah tasik.

"Along. "Aku berhenti mengejut apabila melihat seorang pakcik sedang menjual aiskrim.

"Kenapa berhenti?"Tanya along pelik.

"Nak tu boleh?" Aku memeluk lengan Along. Tangan ku sibuk menunding pakcik aiskrim itu.

"Nak tu? Haihla adik ni. Macam-macam. Selamat sayang. Dah jom. "Aku menarik tangan along kearah Pakcik Aiskrim itu.

"Nak aiskrim apa?" Tanya Along.

"Nak Coklat campur vanila. Pastu campur durian. "

"Ha yela. Pakcik bagi perisa Coklat, Vanila dan Durian. campur nak Dua. "Along memesan.

Aku hanya melihat pakcik aiskrim itu meletakkan aiskrim diatas kon. "Nah!" Aku mengambil lalu menjilat sedikit aiskrim itu.

"Terima kasih."selepas membayar dan mengambil baki. Aku dan along meneruskan perjalanan ke tasik.

"Adik ok tak dekat sekolah tu? "Tanya along.

"Okey je. "

"Ouh. Ni nk balik pukul berapa? "tanya along lagi.

"Baru je sampai. Tak kan nak balik dah?"soal ku.

"Tak de la, along saja je tanya"Along tergelak.

"Ingat kan nak balik dah. Baru nak merajuk."sengihan ditayang.

-----

hai! Camne, okey tak ff kite? Ada ayat pelik tak? Ke ada typo? klau ada tolong gitau tau. Thanks❤

Hadirnya seorang RafiqWhere stories live. Discover now