Bab 118-Kena Serbuk Tulang

1.8K 41 0
                                    

Saya tergamam, bila melihat datuk agak terkejut. Datuk terus mengerutkan dahinya, saya kira datuk seperti keberatan untuk memenuhi permintaan Haji Taslim nSingsari.

"Bila haji nak pergi?"

"Tiga empat hari lagi."

Datuk menyentuh uujung kening kirinya dengan jari telunkuk kanan. Haji Taslim Singasari menggaru-garu pangkal telinganya yang tidak gatal. Ekor matanya masih tertumpu kea rah saya.

"Begini haji."

Haji Taslim SIngasari segera memalingkan wajahnya ke arah datuk. Mereka bertukar senyuman untuk seketika.

"Apa dia?" Soal Haji Taslim Singasari .

"Kalau begitu, biar saya balik ke kampung dulu. Dah lama sangat saya tinggalkan orang rumah"

"Dah tua-tua begini rindu lagi ke?" Usik Haji Taslim SIngasari seiring dengan ketawa sinis.

"Bukan apa-apa, adat bersuami bertanggungjawab pada makan minum isteri, kesihatannya juga perlu diperhatikan. Hidup jangan mementingkan diri sendiri, tak mahu memikirkan kebajikan isteri, itu bukan suamai yang baik," tutur datuk. Saya lihat Haji Tasli Singasari menganggukkan kepala.

"Cakap awak tu betul, kita harus menjadi suami yang baik mengikut hukum hakam Islam," Haji Taslim SIngasari memberikan semangat.

"Hajat tu memang begitu" celah datuk.

"saya tak menghalang, terpulanglah kepada awak. Saya sedia menanti awak" itulah kata-kata yang datuk nantikan dari Haji Taslim SIngasari.

"Awak ikhlas ke Haji?"

"Saya ikhlas"

"Ke mana kita nak pergi sebenarnya Haji, boleh tak awak beritahu tujuan sebenarnya Haji nak mengajak saya ke situ, bila orang kampung bertanya, senang saya nak menjawabnya," tutur datuk dengan tenang.

Lagi sekali saya lihat Haji Taslim Singasari tersenyum sinis.

"Awak ni selalu menggunakan nama orang rumah, katakan saja awak yang nak tahu," dalam senyum Haji Taslim Singasari menyindir datuk.

"Dua-dua boleh pakai" sahut datuk.

"Begini," Haji Taslim mengemaskan silanya, " saya ajak ke kampung saya supaya awak boleh berkenalan dengan orang tempat saya"

"Itu saja," wajah datuk Nampak kesal. Haji Taslim dapat membaca apa yang tersirat dalam hati datuk dan dia terus bersuara lagi.

"Kita pergi sebuah kampung yang aneh, saya nak ajak awak tangkap hantu hidup-hidup"

"Awak ni cakap betul atau nak bergurau dengan saya" datuk minta kepastian. Saya juga terkejut mendengar cakap Haji Taslim itu.

"Saya tak bergurau, saya tak berbohong," Haji Taslim memperlihatkan kesungguhannya. Saya dan datuk saling berpandangan.

"Hantu apa yang nak ditangkap?" datuk tatap wajah Haji Taslim. Begitu juga dengan saya.

"Nak tangkap hantu susu"

Saya jegilkan mata bila mendengar Haji Taslim. Entah mengapa secara mendadak saja bulu roma saya terus berdiri.

"Hei, macam cerita budak-budak je" kali ini giliran datuk tersenyum sinis kearah Haji Taslim. Ternyata Haji Taslim kurang senang dengan kata-kata yang diluahkan datuk.

"Benar kawan, sudah dua tiga orang dah menyampaikan cerita tu pada saya. Khabarnya cerita tu dah tersebar luas seluruh pulau ini. Saya sendiri belum dapat menentukansejauh mana benarnya cerita tersebut," Haji Taslim merenung muka datuk. Say lihat datuk masih lagi tersenyum sinis, mungkin datuk berfikir, mana ada hantu susu dalam dunia yang serba moden ini.

Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Jilid 8 ) (COMPLETE)Where stories live. Discover now