Aku melabuhkan duduk di dalam khemah selepas sahaja aktiviti camp fire habis .
Tak ada yang best . Menyanyi , cerita seram . Tu je , tapi yang aku teruja tadi bila Azril menyanyi wey .
Dia ... dia nyanyi sambil pandang aku . Aku terpaksa pandang lain . Tak nak mata kitorang bertaut sebab aku malu . Masa dia menyanyi tadi , muka aku pula yang blushing .
Tak guna ..
Memang tak dapat dinafikan yang suara dia sedap woi . Kalau masuk ujibakat kilauan emas confirm dapat .
Ahaks !
"Ayen . Jom tidur . Saya mengantuk lah ." Hani mendekati ku yang sedang termenung .
"Ayen ?" Hani memanggil namaku apabila aku tak bagi respon apa-apa .
"Ayen Qarmila !"
"Ap ...apa ? Janganlah jerit . Malulah orang pandang ." Aku berkata sambil mengurut dada . Terperanjat boboi .
"Hani panggil tiga kali tau . Asyik termenung je . Jom tidur ." Hani berkata sambil merungut kecil .
"Yelaa . Janganlah marah . " Aku berkata sambil melabuhkan kepala di atas bantal yang aku bawa . Warna pink . Huahuahua .
"Goodnight ." Hani memandang ke arahku .
"Okay . Goodnight to ." Aku berkata sambil memejamkan mata .
Mataku baru sahaja ingin terlelap dan menjengah ke alam mimpi , namun dengan tiba-tiba khemah kami , digoyangkan dengan kasar .
Aku dan Hani automatik terduduk secara drastik .
" Aduh , apa pula ni ? Orang nak tidur laaaaa ." Aku berkata dengan nada lantang agar orang yang mengoyangkan khemah kami tu , taubat sikit .
Namun , semakin aku marah malah khemah kami digoyangkan lebih kasar . Cari nahas ke apa manusia ni ?
Aku mencapai sesuatu yang berada di dalam beg ku lalu keluar dari khemah .
Memang nak maut orang nii . Habis kauu !
Kepala aku alihkan ke luar khemah dan tanganku secara automatik membaling 'benda' yang aku ambik tadi dalam beg ke arah orang yang mengoyangkan khemah kami .
" What the katak , busuk gilaaaa !" Orang itu berkata dengan nada kasar dan mengambil 'benda' yang aku baling ke mukanya .
Jap ! Siapa nii ?!
Aku cuba mengingati gerangan orang yang berada di hadapanku .
" Woi perempuan . Ambik stokin kau ni . Kalau wangi tak apelaa , niii . Busuk GILAAAAA ." Orang itu membaling kembali stokin tu ke arah aku .
" Jap , kau ni bukan vampire tak guna tu ke ? " Aku bertanya sambil mengarahkan jari telunjukku kearahnya .
Hani yang mendengar perbualan kami , mula menjengukkan kepalanya keluar .
" Eh , vampire tak gunaaaaaa ." Hani berkata dengan nada teruja sambil memandang ke arah Joey yang membuat riak muka benggang .
" Yang tak guna je aku . Yang aku je tak beguna . Korang ingat , kawan korang yang vampire tu , beguna sangat ke ?" Joey bertanya ke arah aku dan Hani .
" Ye laaa . Tengok muka kau pun , dah boleh tahu yang kau ni sepatutnya kena campak dalam sungai biar kena baham buaya sebab asyik nak kacau orang je ." Aku berkata dengan nada tak puas hati .
" Dah hati aku ni tak tenteram tengok orang aman . Mestilah aku kacau . " Joey melabuhkan duduk di tanah .
Cahaya bulan yang menerangi sekelilingi kami membuatkan mata Joey bersinar pada waktu ni .
YOU ARE READING
Kau?Vampire?
VampireGenre : Vampire+Fantasy Semenjak berpindah ke sekolah dan rumah baru , Ayen Qarmila atau dikenali sebagai Yen terasa pelik dengan seorang lelaki yang sering mengenggam penumbuk bila terserempak dengannya . Dia .. Dia .. Jiran dan Schoolmate nya . ...