Bab17

5.3K 128 0
                                    

Sebaik sahaja membuka mata,Lisa terkejut melihat Azif yang sedang lena di sebelahnya.Seingat Lisa,dia tidur di atas sofa semalam takkan la Azif yang angkat aku tidur atas katil semalam.

"Aku angkat kau semalam" ujar Azif.Lisa terus menoleh Azif yang sedang menggosok gosok mata.Bulat biji matanya,takkan la Azif boleh dengar kata hati aku.

"Tak payah nak buat muka terkejut kau tu,kau tau tak semalam kau jatuh dari sofa tu.Disebabkan aku ni suami yang prihatin aku bawa la kau naik atas katil ni.Best juga,bolehla aku jadikan kau ni bantal peluk"ujar Azif dengan senyuman nakal.Tidak semena mena,Lisa memukul Azif dengan bantal dan terus beredar ke bilik air.'padan muka' getus Lisa dalam hati.

Zul membawa masuk fail kerja ke bilik Azif.Semenjak Azif cuti dua hari,Zul terpaksa mengambil alih tugas Azif.

"Bro,kita ada projek baru kat johor.So petang kita ada meeting.Maybe esok atau lusa kita akan tengok tapak."

"Oh ya,yang ni prosedur kerja aku nak kau semak dulu" sambung Zul lagi sambil menghulurkan fail kepada Azif.

"Okk beres,kejap lagi aku check"

"Bro,aku nak tanya kau sikit ni" ujar Zul.

"Apa dia"

"Kau masih ada perasaan dekat Miya?"

"Apa kau merepek ni,aku dah ada bini dah.Nak tak nak aku kena belajar juga untuk sayang dia"

"Tapi Miya tu macam nak kat kau balik" ujar Zul.

"Biarla dia,aku takda hak nak suruh dia benci aku.Hati dia,suka hati dia la."

"Tapi aku nak kau tau satu pekara bro,jangan sampai kau kecundang"

Zul beredar sebaik sahaja meleparkan kata2.Azif hanya berdiam, 'apa maksud zul tu' bisik hatinya.

Lisa pelik sebaik sahaja mendapat incoming call dari nombor yang tidak dikenali.Nak angkat ke tak.Akhir nya Lisa mengambil keputusan menjawab pangilan,mana la tau ada urusan yang penting.

"Hello,ni Lisa ke"

"Ya,cik ni sapa?"

"I'm Miya,bekas kekasih Azif.I ada benda nak bincang dengan u.So can we meet?"

"Boleh cakap dalam phone ke sebab saya malas la nak keluar rumah"

"No,kita kena jumpa.Nanti I bagi location.I tunggu u kat sana"

Belum sempat Lisa berkata apa2,pangilan terus dimatikan.Kalau diikutkan memang dia tak nak jumpa perempuan tu.Tapi pada masa yang sama dia curious tentang pekara yang ingin dibincangkan perenpuan itu.Ada kaitan dengan Azif ke.Nak tak nak Lisa terpaksa keluar jumpa perempuan yang dia sendiri tak pernah nampak muka.

"Sampai pun" tegur Miya sebaik sahaja Lisa melabuhkan punggung di depannya.Miya terus menghulurkan pregnancy scan photos kepada Lisa.

"Apa ni" Lisa mengambil pregnancy scan photos.Hatinya mula mengesyak sesuatu.

"Tu anak Azif.Takkan u tak tau laki u tu pernah tidur dengan i" ujar Miya selamba.

"Tak kisah pun,sebab saya dengan Azif bukan kawin atas dasar cinta pun" balas Lisa.Dalam hatinya siapa yang tau.Walaupun mulut kata tak cinta tapi hatinya sudah mulai sayangkan suaminya.

"Kalau macam tu,u minta cerai la"

"Dahla cik,saya nak balik.Takda masa nak lepak sini bincang hal macam ni."
Lisa terus beredar dengan hati yang kecewa.Tak semena-mena air matanya mulai gugur.Mungkin ini balasnya sebab terima Azif lelaki yang dia tidak kenal dalam hidupnya.

~to be continue~

Hadirnya DiaWhere stories live. Discover now