Bab 18

5.2K 132 2
                                    

"Kenapa muka monyok ni,datang rumah aku pun tak bagitau" bebel Shalin sambil membawa cawan dan dihulurkan kepada Lisa.

"Saje nak lepak ngan kau,rindu"

"Aku kenal sangat kau ni,muka macam ni mesti ada masalah kan" Shalin cuba membaca air muka Lisa.Dulu,gadis itu seorang yang ceria.Jarang nampak muka masam kalau lepak sama.

"Beb,aku tak tau la sama ada perkahwin aku dengan Azif ni betul ke tak"

"Kenapa boleh jadi tak betul pula"

"I don't know" Lisa kelu lidah.Dia tidak tahu nak menjelaskan kepada kawan baiknya itu.Selama mereka berkahwin,Azif tidak pernah memberikan nafkah batin kepada nya.Lisa hanya mampu mengalirkan air mata.Kalau dulu dia menolak pinangan keluarga Azif.Dia tidak akan mengenal lelaki itu.Sakit bila dia merasa cintanya hanya bertepuk sebelah tangan.Ternyata Azif masih sayangkan kekasih lamanya.

"Lisa,cuba kau cerita dengan aku.Apa masalah kau dengan suami?"

"Azif..azif pernah tidur dengan Miya.Perempuan tu sekarang ni mengandung anak Azif" ujar Lisa teresak-esak.

"Lisa,cuba kau tanya Azif dulu.Minta penjelasan dari mulut dia"

"Buat apa,dia tak cintakan aku.Kadang aku rasa macam tak ada hak nak halang dia bersama perempuan lain"

"Beb,kau sedar tak kau tu isteri dia yang sah.Memang patut pun kau marah bila dia ada skandal dengan perempuan lain"

Lisa tidak mampu berkata apa2.Dia rasa bersalah menuduh Azif tanpa minta penjelasan dari lelaki itu.Mungkin dia difitnah.

Sebaik sahaja kereta dipandu Lisa sampai di rumah dia terkejut melihat kereta Azif sudahpun terpakir di hadapan rumah.Selalunya Azif balik lambat.Pukul 7 malam baru sampai rumah.

"Dari mana?" Soal Azif sebaik sahaja melihat kelibat Lisa masuk ke dalam rumah.

"Rumah mama" balas Lisa selamba.

"Awak,saya tau saya takda hak nak marah.Tapi saya just nak tau kebenaran" sambung Lisa.Dia rasa dia patut mendengar dari mulut Azif sendiri.

"Apa?"

"Awak masih berhubung dengan bekas kekasih awak tu ke"

"Kalau ya,kau nak buat apa?"

"Tadi Miya jumpa saya,dia cakap dia mengandung anak awak."

"Aku mengndungkan Miya?" Azif terkejut macam mana Miya boleh jumpa Lisa.

"Yes,i admit she's my ex girlfriend.Tapi pasal anak tu aku rasa tu bukan anak aku"

"See,bermakna awak pernah tidur dengan dia la"

"Apa hak kau nak halang aku tidur dengan perempuan lain?sekali lagi aku cakap,kita kahwin pun bukan atas dasar cinta.Jadi kau tak payah beri ceramah dekat aku dan peningkan kepala aku.faham!" Marah Azif.Lisa tidak mampu berkata apa2.Memang betul,dia tidak berhak menghalang Azif menjalinkan hubungan dengan mana2 perempuan.Azif terus mencapai kunci kereta dan keluar rumah.Lisa hanya berdiam melihat Azif beredar,dalam hatinya ingin tahu ke manakah Azif pergi.Air mata yang sudah lama ditahannya sudah mulai gugur.Lisa menangis teresak-esak selama mereka bergelar suami isteri,Azif tidak pernah meninggikan suara terhadapnya.

Lisa duduk bersendirian di rumah.Azif belum balik sejak petang tadi.

'Berdosa kah aku tanya macam tu sampai begini sekali dia merajuk dengan aku' getus hati Lisa.Perasaan risau mula menyelubungi hatinya.Dia takut apa2 terjadi pada Azif di jalan raya.Dia takut untuk menelefon Azif.Traumanya masih belum hilang,dia takut Azif menengkingnya macam siang tadi.

~to be continue~

Hadirnya DiaWhere stories live. Discover now