Cinta - Part 2

13 0 0
                                    

Aku hanya perhati dia dari jauh je. Kadang kami ada jugak borak tapi itulah, aku cuba buat gaya seolah aku tak minat dia. Macam kawan biasa. Aku tak suka dilabel orang yang terhegeh-hegeh. Aku hanya nak dia suka aku atau bagi perhatian pada aku dulu, baru aku mulakan langkah.

    SETAHUN BERLALU

Kami pun di tingkatan dua. Aku teruskan gaya aku yang acah-acah tak suka dia dan tak minat dia tetapi tahun ini ada beza sedikit berbanding tahun lepas. Kami berdua seolah lebih rapat. Aku dapat rasakan, tapi aku takut aku syok sendiri. Jadi aku kekalkan cara aku layan dia. Masa tu bulan 1, dan tak silap aku, kami sekelas, kebetulan sangat. Makin banyak la masa aku untuk pandang dia huhuhuhu

Entah kenapa, aku rasa dia makin banyak tegur aku, borak dengan aku, kacau aku. Semakin hari, aku perasan kami semakin rapat. Jadi, aku pun semakin yakin nak luah. Satu hari tu, aku minta nombor dia secara depan depan atas alasan nak tanya kerja rumah. Dia pun bagi, entah macam mana, mudah sangat dapat. Dia kata kat aku, takde lelaki yang ada nombor telefon dia melainkan yang rapat dengan dia je. Masa ni kami tengah sms la.

First LoveWhere stories live. Discover now