"Bye-bye , leklok kat sana tau"
Itu je ayat aku seingat akulah. Ada la rasa sedih dan sebak dalam hati tapi nak buat cemana kan? Lepas je dia pindah, aku rasa macam kosong je hari aku. Nak pergi sekolah pun macam malas. Yelah, sumber semangat aku dah takde. Aku ada mesej dia
"Jangan lupa orang kat sini, orang kat sini sayang orang kat sana tau"
Dia balas
"Iye jangan risau ye"
Kami pun hanya berhubung melalui telefon dan mesej. Dalam masa 5 tahun tu jumpa pun 3-4 kali je sebab dia datang johor kejap nak beraya. Aku percepatkan sehingga aku masuk ke degree sekarang. Tahun pertama aku , sem satu. Aku masih dengan dia lagi. Aku ni jenis bising. Jadi aku agak menonjol dalam mana-mana aktiviti. Ada satu event tu aku kena buat benda pelik kat depan dewan. Kat situ, ramai kenal aku dan ada seorang gadis ni jatuh hati kat aku. Mana - mana aku pergi kalau ada dia dan geng dia. Geng dia kacau dia sambil panggil nama aku.
YOU ARE READING
First Love
Teen FictionRandom story for you all to read. Do follow me on twitter : @BroNaiki_