Aku pun acah buat tak tahu tapi masa tu aku tak kenal lagi siapa perempuan tu. Jadi kebetulan kami kelas sama masa sem tu. Macam biasa la ada group whatsapp kan? aku nampak kawan kawan dia sekelas kacau dia bila aku whatsapp dalam group. Aku pun macam nak tahu la. Siapa perempuan yang selalu dikaitkan dengan aku tu kan? Jadi aku pun tau dah siapa dia. Comel orangnya dan sangat peramah.
Sama macam yang dengan aku masa tu. Tinggi mereka sama. Memang jenis perempuan yang aku sukalah. Aku pun tegurlah dia dalam whatsapp tu.Kami pun jadi kawan dan hari hari borak dalam whatsapp. Pada masa yang sama aku pun masih whatsapp yang lama tu. Sampai satu masa, aku jatuh hati pada perempuan yang baru tu. Jadi kiranya, aku suka dua orang pada masa yang sama tapi masa ni si baru tak tahu lagi pasal perasaan aku.
Aku jadi serba salah sebab suka dua orang sekali dalam satu masa. Setiap hari fikir siapa yang harus aku pilih betul betul. Aku betul pening dan serabut masa tu.Perangai mereka sama je cuma yang baru lebih banyak luang masa bersama dengan aku berbanding yang lama. Iyelah, yang lama kan jauh. Masa ni aku belum luahkan perasaan aku kat si baru lagi. Jadi sampailah satu masa, aku taknak serabut. Aku kena jugak pilih salah satu.
YOU ARE READING
First Love
Teen FictionRandom story for you all to read. Do follow me on twitter : @BroNaiki_