6-Atikah

14 2 0
                                    

Januari 2015-First year aku sebagai seorang senior,terasa pelik kenapa aku masih tersangkut dalam sekolah ini.Okay,bagi aku senior year ni mesti best sebab aku dapat berambus dari sekolah bodoh ini.

Oh lupa nak beritahu,aku telah memutuskan hubungan dengan Farah disebabkan dia telah berlaku curang ke atas aku. Tapi aku tak kisah sangat sebab aku sendiri dah tak sayang dia. Namun,Sissy tetap ada di hati aku ni.

Disebabkan berlakunya pertukaran kelas,aku dipindahkan ke kelas yang lain tetapi alirannya masih sama. Di kelas itu,suasana macam biasalah tak pernah diam HAHAHA. Aku pun buat jelah hal sendiri. Sedang aku leka membuat kerja yang patut disiapkan pada cuti dahulu sebelum dikerjakan oleh Cikgu Izzah yang gempal tu. Aku ternampak kelibat seorang perempuan yang sedang duduk dengan tenang dan ayu di sudut kelas sana. Pada mulanya aku tidak kenal siapa tu,tapi lepas aku pergi dekat sikit baru aku perasan tag nama dia. Dekat tag nama dia tertulis "Atikah". Aku pun pelik, eh? Atikah bukan ke dulu dia ni selekeh hitam tudung tak betul semua time tingkatan 1? Aku macam terkaku tengok keanggunan Si Atikah ni sambil membaca novel "KETUK-KETUK SAMBAL CINTA". Dia ni macam telah mengetuk hati aku untuk masuk ke dalam hati aku hehe.

Semasa aku terkaku memerhatikan dia, dia terperasan dan menegur aku. "Kenapa ni Bahran?Dari tadi berdiri dekat situ, nak apa?"  Kelam kabut lah aku time dia tanya tu. Disebabkan nak cover line dan malu aku tanyalah dia "Aik, peliknya nama novel kau baca ni." Lalu Atikah pun tergelak dengan kuat. Dalam hati aku, comelnya Ya Allah bila dia gelak,indahnya ciptaanmu Ya Allah. Atikah pun balas "Novel ni nama macam ni sebab dia berdasarkan satu pasangan yang suka sangat sambal belacan sehingga bergaduh untuk menghabiskan sambal tersebut." Ohh,jawab aku. Sebenarnya aku tak kisah sangat pasal novel tu,aku cuma nak borak dengan Atikah ni,comel sangat!

Beberapa ketika selepas itu,datanglah si mamat kerek bernama Khairin. Dengan muka berlagak dia tu, dia cakap kat aku "kau buat apa kacau awek aku?" Eh,tertanya tanya pulak dalam hati aku,sejak bila mamat kerek ni couple dengan Atikah si comel ni? Tiba-tiba Atikah tutup buku dia,bingkas dia bangun dari tempat duduknya dan berkata "sejak bila aku jadi makwe engkau? Kalau kau nak tahu khai,sebenarnya Bahran ni pakwe aku. Dia yang mengambil berat pasal aku dan dialah yang sentiasa ada untuk aku!" Khairin tersentak dan berlalu pergi dengan perasaan yang penuh geram dan marah.

Aku bertanya kepada Atikah, "kenapa kau cakap macam tu dekat khairin?sejak bila aku jadi pakwe kau?tapi kalau kau nak,aku boleh je jadi pakwe kau sebab terpikat dengan keanggunan kau."

Atikah tersenyum malu, lalu berkata "kau serius ke? Kita baru berkenalan,tak cepat sangat ke?"

Aku dengan penuh berianya berkata "takpe kita boleh berkenalan kemudian,takut si Khairin tu mengacau kau lagi."

"Okay awak!" itulah perkataan yang terkeluar dari mulut Atikah.

Tersenyum malu aku hehe. Aku pun ambik semua barang aku dan duduk di sebelah dia. Aku perasan yang ada perasaan dengki dan cemburu di muka Khairin. Aku dengan selambanya abaikan dia dan meneruskan langkah aku kepada Atikah.

Puzzle CintaWhere stories live. Discover now