11-Curang

8 3 0
                                    

1 Januari 2020- Seperti orang tua tua kata,bila bertunang ni banyak dugaannya,darah manis lah katanya. Jadi semasa kami bertunang,aku kurang beri perhatian terhadap Atikah. Dia banyak text aku,tapi aku tak layan,dia call aku,aku malas nak angkat,bila dia ajak jumpa, aku jumpa tapi sepanjang masa aku hadap phone je,bila dia tanya aku,aku jawab ya je. Tapi dia still bersabar dengan aku. Menyesal jugak aku.

Atikah ada juga bagitahu aku yang Khairin asyik text dia, call dia, ajak jumpa apa semua. So time tu aku marah gila, sampai aku sendiri sanggup pukul dia. Tapi aku tak sedar diri yang aku sendiri berlaku curang. Bila Sissy text laju je aku balas,bila Sissy call,aku angkat borak lama lama sampai 3jam lebih tapi kalau dengan  Atikah  semua benda jadi malas. Aku makin lama makin benci tengok muka Atikah. Mungkin kerana dia banyak berubah,dia sekarang mula melabuhkan tudungnya,pakai handsock semua lah. Tapi aku?aku berubah ke arah keburukan.

Satu malam tu,Atikah ajak aku keluar nak makan malam dekat Pizza Hut katanya dia teringin sangat nak makan mushroom soup dia. Tapi aku tak layan dia,sebab malam tu aku keluar dengan Sissy pergi club. Memang rancak malam tu kami berjoget, merokok. Ye,Sissy juga merokok. Aku jahil kerana aku sudah ada yang sempurna di hadapan aku iaitu Atikah,tapi aku tetap pilih Sissy yang perangai dia sebalik darinya. Aku menyesal

Puzzle CintaWhere stories live. Discover now