13-Sedih

8 2 0
                                    

3 Jun 2020- Sehari sebelum pernikahan aku dan Atikah,masih lagi   aku diuji dengan ujian yang berat.
Sissy datang kepada aku, dia kata "Bahran, i dah mengandung, ni anak you!" Time tu, Ya Allah terkejutnya aku, sejak bila aku tidur dengan dia? Dia siap tunjuk lagi pregnancy test dia. POSITIF! Tapi anak siapa?
Aku buntu!

Aku merayu kepada Sissy,tolonglah jangan buat hal ketika pernikahan aku berlangsung.Namun,dibalasnya dengan "tengok keadaan". Habislah aku!

Pada pagi pernikahan kami, di rumah Atikah, apabila aku baru sahaja nak melafazkan "aku terima nikahnya" tiba tiba muncul seorang perempuan yang aku seperti kenal orangnya,tidak lain tidak bukan. SISSY!

Berdegup kencang  jantung aku,dalam hati aku "nak apa dia ni datang?"
Sissy menjerit "berhenti"! Tok Kadi pun berhentilah dengan urusan dia.

"Aku mengandung!dia lah yang buntingkan aku!" Sambil dia menuding jari dia pada aku. Atikah dengan muka terkejut dia,aku dah cuak. Perasaan aku masa itu hanya Allah sahaja yang tahu.

Atikah berlari lari anak meninggalkan ruang tamu itu. Aku tidak dapat mengejar dia kerana setiap orang memerhati aku. Aku terkaku. Apa nak jadi?

Aku pun bersuara, "Tok Kadi,saya berani bersumpah bahawa bukan saya yang membuntingkan perempuan ini. Perempuan ini terkejarkan saya dari zaman universiti lagi Tok Kadi,dia juga pernah menggunakan ilmu hitam ke atas saya."

Namun lakonan Sissy membuatkan semua orang percaya bahawa aku yang membuntingkan dia. Sissy minta aku bertanggungjawab.

Aku sebenarnya malas nak layan kerana aku ingin mencari Atikah, aku tak sangka Atikah sanggup pergi tanpa mendengar penjelasan dari aku. Aku buntu lagi!

Puzzle CintaWhere stories live. Discover now