1

239 16 0
                                    


Bulan purnama berwarna merah memunculkan dirinya di sebalik awan tanpa bertemankan bintang. Kilat saling sambar menyambar menerangi kegelapan pada waktu malam diiringi bunyi dentuman guruh tetapi hujan masih belum turun untuk membasahi bumi.
Suara seorang gadis meraung kesedihan memecahkan kesunyian malam sementara itu rakan-rakannya yang lain sedang bergembira diantara satu sama lain di dewan.

Gadis bergaung merah dihimpit rasa kekecewaan selepas luahan perasaan yang terpendam di dalam hatinya ditolak oleh lelaki yang dicintainya sejak hari pertama belajar di sini. Kini dia berseorangan di atas bumbung sekolah yang sangat tinggi.
Gadis itu mula membenci terhadap lelaki itu, tidak , dia mula membenci terhadap seluruh pelajar di universiti itu.

Perasaan benci semakin membuak-buak di dalam dirinya. Gadis itu mengambil sebilah pisau di sebelahnya lalu bangun dan berjalan ke hadapan selangkah demi selangkah dan berhenti di penghujung bangunan itu. Hanya dengan satu langkah sahaja dan dia akan terjatuh dari bangunan itu. Pergelangan tangannya dihiris tetapi gadis itu langsung tidak menjerit kesakitan. Darah yang mengalir dengan dititiskan pada gaunnya.

"Aku, Claudia Bishop akan sumpah sesiapa yang memakai gaun merah ini seumur hidupnya sehingga maut menjemputnya!!!"

Itulah kata-kata terakhirnya sebelum gadis itu jatuh dan terhempas ke tanah dan mati. Guruh berdentum dengan kuat sebelum hujan lebat turun membasahi permukaan bumi.

The Red Dress | KSJ ♡ JISOOWhere stories live. Discover now