Loceng berbunyi menunjukkan tanda tamatnya waktu sekolah.Ary membuat keputusan ke kedai untuk membeli peralatan sekolah yg tidak mencukupi.Semasa Ary sibuk memilih peralatan sekolah dia melihat beberapa orang pelajar lelaki sedang melihatnya.Ary cuba melihatnya dengan mengecilkan matanya.Dia merasakan itu adalah kumpulan Hans.Ary terus meletakkan peralatan sekolahnya di kaunter untuk membayarnya.Dia tidak mahu bertembung dengan mereka.Setelah selesai Ary terus keluar dari kedai tersebut dan pulang ke rumahnya.
Setelah Ary selesai membersihkan diri dan menunaikan solat dia terus terbaring di atas katil untuk merehatkan diri.Ary mengingatkan peristiwa di sekolah .Sungguh membuatkan dirinya tidak mahu ke sekolah dengan rakan sekelasnya tidak mahu berkawan dengan nya.
pada malam itu Ary dan keluarganya menikmati makan malam."Ary,macam mana dengan sekolah baru?Tanya mama nya sambil memandang Ary.Ary yg mendengarnya hanya mengangguk.
Keesokan hari di sekolah Ary sedang memberikan tumpuan kepada guru yg sedang mengajar namun dia merasakan ada sesuatu sedang dilemparkan ke arahnya Ary terus menoleh ke belakang dia melihat Hans dan sekumpulannya sedang senyum ke arahnya Ary hanya membuat tidak tahu malas melayan mereka yg tidak pernah berhenti membulinya.Lalu Ary masih lagi merasakan dirinya tlh dilempar sesuatu dia tidak tahan Ary terus menjerit.Semua rakan sekelasnya dan guru yang mengajar berpaling ke arahnya.Ary terus menunduk dan berkata di dalam hati"alamak matilah aku".Lalu guru tersebut menuju ke arahnya dan bertanya"awak ada masalah ke Arylina Maisara?".Ary yang mendengarnya terus terkejut terutamanya apabila cikgu itu menyebut nama panjangnya.Ary hanya mengelengkan kepalanya tidak mampu berpaling kerana malu.Ary mendengar sekumpulan suara ketawa dia terus berasa panas di dlm hati itu pasti dari kumpulan Hans dia hanya mendiamkan diri.
setelah selesai mata pelajaran matematik Ary masih lagi dengan lukisannya.Semasa Ary sedang melukis Ary merasakan ada seorang lelaki sedang duduk di sebelah dia terus menoleh di sebelahnya Ary terus terkejut dia terus berpaling semula ke hadapan kerana di sebelahnya ialah Hans."Hey kau okey ke?kenapa tak boleh tumpukan perhatian dalam kelas?".Ary hanya mendiamkan diri malas mahu berbalas dengan Hans.
YOU ARE READING
Siapa saya dihati awak?
RomanceAry dan keluarga baru sahaja berpindah di kota kerana ingin memulakan hidup baharu.Begitu juga dgn sekolah Ary tlh berpindah ke sekolah baru.Namun setelah Ary memasuki sekolah itu sekumpulan lelaki yg diketuai iaitu Hans selalu membuli Ary.Hans seor...