AW part 2

137 14 8
                                    

"Tok ..  Tok..  Tok"

Kedengaran bunyi ketukan yang kuat dari luar pintu biliknya.

"Hish, sape pulak yang ganggu aku pagi² ni. Nak tidur pun tak boleh" kata Aqeef sambil menyarungkan sweater yang berwarna putih dan menutup kepalanya dengan hoodie.

"Sape kat luar tu" soal Aqeef lalu menuju ke pintu biliknya.

"Tuan!" panggil Zack sambil mengetuk pintu bilik bosnya lagi.

"Oh, kau ke zack. Aku ingat sape." omel Aqeef." kata Aqeef setelah dia membuka pintu.

"Kau dah siap cari maklumat tentang mia bella aku tu?" soal Zack kepada penyiasat upahannya itu sambil menjongketkan kening sebelah kanannya.

"Dah, bos" jawab Zack sambil menghulurkan fail yang mengandungi tentang maklumat mia bella bosnya itu.

"Bagus" puji Aqeef kepada penyiasat upahannya itu sambil membelek fail itu.

"Nama dia Nur Hanania binti Tengku Afiq.Dia seorang yang berdikari. Dia tinggal di Taman perumahan di kawasan elit, iaitu 'Taman Golden'.Dia berumur 25 tahun dan tinggal bersama kawan baiknya iaitu Arissa Zulaikha binti Abdul Rahman. Makanan favourite dia pizza. Minuman favourite adalah Jus epal. Dia tak suka orang tipu dia." terang Zack dengan teliti kepada bosnya itu.

"Nah, ni upah kau. Bagus kerja kau. Kau boleh diharap" kata Aqeef sambil menghulurkan sampul yang berisi wang sebanyak Rm 5k.

"Terima kasih bos." kata zack sambil tersenyum lebar sehingga menampakkan giginya yang putih sebelum dia pergi dari situ.

"Wait for me mia bella." kata Aqeef sambil tersenyum sinis.

💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜

"Hana, jom kita pergi ke taman. Aku nak jogging lah pagi² ni." ajak Arissa kepada kawan baiknya itu.

"Aku malaslah, rissa." kata Hana.

"Alaahh.. Jomlah" pujuk Arissa sambil membuat muka cute nya itu.

"Yelahh². Jom.Cepat sikit." kata Hana lalu berlalu biliknya untuk bersiap.

Dia memilih Long sleeve shirt yang berwarna putih dan dipadankan dengan seluar puma yang ber stripes putih.

Dia menyarungkan mengikat rambutnya gaya bun dan menyarungkan kasut sukan berjenama Adidas yang berwarna hitam. Sesudah melihat penampilannya di cermin dia turun ke bawah.

"Rissa, kau dah siap ke?" soal Hana kepada kawan baiknya itu.

"Kejap, aku nak pakai kasut jap." jawab Arissa menyarungkan kasut adidas nyadengan kalut.

Arissa mengambil kunci kereta Honda civic nya yang berwarna putih. Dia dan hana memasuki kereta itu dan meluncur pergi ke taman rekreasi.

Perjalanan ke taman rekreasi itu mengambil masa selama 15 minit sahaja.

15 minit kemudian mereka berdua tiba di taman rekreasi.
Hana dan Arissa bingkas keluar dari kereta itu.

"Takdelah ramai sangat orang datang kat sini waktu ni" omel Hana seorang diri.

"Nak bertanding tak?.Sape sampai kat sini semula, dia menang." ajak Arissa sambil menjongketkan kening sebelah kanannya itu kepada Hana.

"Okeyy. Aku boleh jer" kata Hana.

"Jom, 1..2..3...Start!" jerit mereka berdua secara serentak.

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
"There are you, mia bella." kata Aqeef sambil mengukirkan senyuman lebarnya sehingga menampakkan giginya yang tersusun putih.

Dia hanya memerhatikan perempuan itu yang sedang berlari dari tadi.

Perempuan itu berehat sebentar sambil mengambil nafas sebelum meneruskan lariannya.

"Aku nak pergi tegur dia lah. Takkanlah selamanya macam ni. Betul tak kawan²?" bisik hati Aqeef.

Aqeef menutup kepalanya dengan memakai kaca mata hitam rayban
dan menyarungkan hoodie di kepalanya.

Jikalau dia tidak menutup kulitnya. Kulitnya akan kering dan mengelupas teruk.

Dia mendekati perempuan itu perlahan-lahan dan menegur perempuan itu dengan mesra.

"Hai, awak. Rajinnya awak jogging. Awak akan selalu jogging camni eh setiap hujung minggu?" soal Aqeef sambil memandang ke arah perempuan itu.

"By the way, nama saya, Aqeef Walid.Awak boleh panggil saya Aqeef saja." ramah Aqeef sambil tersenyum manis ke arah perempuan itu lalu dia menghulurkan tangan.

"Muka lelaki ni macam aku pernah kenal je. " bisik hati Hana. Dia menyambut huluran tangan lelaki itu sambil tersenyum nipis.

"Nama saya Nur Hanania. Awak boleh panggil saya  Hana." kata Hana sambil memandang ke arah lelaki itu.

"Sejuknya tangan dia. Macam ais batu jer.Muka pun pucat semacam jer.Seram aku dibuatnya." omel Hana dalam hatinya. Namun, dia tetap mengukirkan senyuman buat lelaki itu. Dia takut lelaki itu terasa hati.

"Hana!!!" jerit Arissa dengan kuat sehingga semua orang berpaling kepadanya.

"Ish, kacau line je lah dia nihhh. Aku baru je nak kenal² dengan mia bella aku ni." omel Aqeef  sambil mengetap bibirnya.

Sejurus itu dia berlalu pergi dari situ dengan pantas kerana risau orang ramai tahu akan identiti sebenarnya itu.

"Hana, ! jom balik. Aku pun dah penat ni" ajak Arissa sambil memicit pehanya yang terasa kebas akibat lama ber jogging tadi.

"Jom!" balas Hana. Mereka berdua menuju ke arah kereta dan pergi dari taman.

"Weh, jom breakfast. Kau pun tak breakfast lagi kan?" soal Arissa sambil menjongketkan kening sebaik sahaja mereka pergi dari taman itu.

"Aku ikut kau jer. Aku tak kisah kalau nak pergi makan kat maner²" kata Hana.

"Jom pergi makan roti cana.Dah lama tak makan. Craving lah pulak." kata Arissa sambil membuat muka cute nya itu. Sesiapa pun pasti akan cair dengan renungannya itu even perempuan sekalipun.

"Kau ingat aku cair ke kau buat muka camtu.Aku masih perempuan normal lagi lah" kata Hana sambil menggelengkan kepalanya.

"Yelah" balas Hana mahu mengalah.

"Yesss!" jerit Arissa dalam kereta itu.

AQEEF WALIDWhere stories live. Discover now