AW part 12

69 3 0
                                    

Kelihatan seseorang sedang menghembuskan asap rokoknya ke udara. Sudah beberapa kali dia berbuat begitu. Entah kenapa dia rasa 'benda' itu boleh menghilangkan tekanannya.

"Takkanlah kerja yang senang pun tak boleh dibuat." rungutnya lagi sambil mengetap bibir. Geram tak terkata. Rahangnya tergerak-gerak menahan amarah daripada menguasai diri. Semua orang suruhannya tidak berguna.

"Ada apa² yang boleh saya bantu, Tuan?" soal Raff kepada tuannya yang kelihatan betul² tertekan. Gerun dirinya apabila terpaksa berhadapan dengan lelaki yang kejam itu. Sesekali ada juga dia mengeluh kenapa dia sudi bekerja dengan lelaki itu.

"Aku nak kau dapatkan aku girlfriend kesayangan dia tu. " ujar lelaki itu sambil tersenyum sinis penuh makna ke arah Raff, orang suruhannya itu.

Raff sudah menelan air liurnya dalam². "Apa yang Tuan nak buat dengan girlfriend dia tu." soal Raff sedikit tergagap.

Mahu sahaja dia ingin menampar mulutnya yang suka menyibuk itu.
Mulut ni kan, suka benar cari pasal dengan Tuan dia tu.

"Tu kau tak perlu tahu. Yang penting ku nak kau dapatkan dia jugak" kata lelaki itu dengan tegas agar orang suruhannya itu akur dengan arahannya. Serta-merta matanya bertukar warna orange reddish. Matanya itu tepat memandang Raff.

Setakat ini, hanya Raff saja yang akur dengan arahannya. Yang lain hampeh. Sebab itulah dia memberikan tugasan ini pada Raff. Hanya Raff sahaja orang suruhannya yang dapat dipercayai. Tambahan lagi, Raff ini merupakan pembantu nya yang setia dengannya berbanding yang lain.

Raff hanya menggangukkan kepalanya. "Baik, Tuan!" ujar Raff , kemudian dia berlalu pergi dari situ.

Gerun dirinya dengan pandangan Tuan nya sebentar tadi. Boleh lemah lutut dibuatnya dengan suara lelaki itu tadi.

Tahu-tahu lah apa yang dia nak buat pada girlfriend Aqeef tu. Lelaki itu tersenyum sinis sekali lagi.

"Siap kau, Aqeef." ujarnya lagi. Kemudian dia melihat gambar gadis itu dengan teliti

"Cantik juga eh, girlfriend kau ni, Aqeef. Pandai kau pilih" ujarnya sambil ketawa jahat. Suaranya bergema di rumah itu.

🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁

Hana baru teringat yang dia belum memaklumkan lagi kepada mummy yang dia sudah boleh keluar dari wad pada esok hari. Kemudian dia mencapai iPhone x nya dan menelefon mummy nya tentang itu.

"Helo, mummy. Hana ni. Esok Hana dah boleh keluar" ujar Hana dengan gembira.

Kalau boleh, dia mahu membuat lompang bintang di situ juga sebab dia sangat gembira. Akhirnya boleh juga dia keluar dari wad yang bagaikan penjara baginya. Bukan lama mana pun dia duduk dalam wad ni. 3 hari je pun.

"Oh, yeke. Hana nak mummy jemput Hana pkul berapa nanti besok?" soal Puan Sri Julia. Teruja apabila dapat mengetahui anak daranya itu sudah boleh discharge esok.

"Ikut mummy la. Nanti kalau mummy datang jemput Hana, mummy call Hana eh" ujar Hana.

"Okey, kalau dalam pukul 10 pagi mummy datang jemput boleh?" soal Puan Sri Julia. Lagi cepat anaknya pulang lagi bagus. Dia mahu melepaskan rindu yang terletak di sudut hatinya.

Maklumlah dia hanya mempunyai 2 orang anak sahaja.
Yang sulung tu Hariz, sedang study di oversea dalam bidang bussines untuk mengambil alih tempat suaminya yang merupakan CEO di syarikat JH Holdings.
Nama syarikat itu dinamakan sempena gabungan nama kedua nama mereka iaitu,  Julia dan Haikal.

Dia sangat rapat dengan anak bongsunya iaitu, Hana. Manakala dengan Hariz kurang sedikit mungkin sebab anak lelakinya itu sedikit busy dengan pengajiannya di universiti Oxford yang terkenal di dunia. Hanya orang bijak sahaja yang menyambung pelajaran di sana.

"Boleh, mummy. Hana ikut je. Asalkan baik untuk Hana dan Mummy." ujar Hana.

Dia menamatkan panggilannya dengan mummy nya setelah setengah jam berlalu. Banyak perkara yang dibualkan dengan mummy nya. Termasuklah tentang perkembangan tentang pengajian abangnya di luar negara.

Dia amat rindukan abangnya. Abangnya sangat prihatin akan dirinya. Entah apa la apa abang dia tengah buat sekarang.
Dah lama dia tidak berhubung dengan abangnya setelah sebulan yang lalu. Mungkin kerana abangnya sibuk dengan pengajiannya.

Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja dia menelefon abangnya tetapi apakan daya abangnya itu terlalu sibuk.

"Takpelah, nanti kalau aku ada masa aku boleh call Abang Hariz." ujar Hana dalam hati.

🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁

"Abang, boleh tak nanti Unaa dan Anis nak jumpa dengan Kak Hana?" soal Unaa dan Anis serentak kepada abang mereka, Aqeef.

Abang mereka tidak memberikan jawapan malah dia hanya menghadiahkan senyuman nipis kepada kedua adik kembarnya.

"Boleh ke tak ni? Unaa nak sangat jumpa dengan Kak Hana. Mesti dia baik dan cantik kan?" gesa Unaa sambil memikirkan rupa paras bakal kakak ipar mereka.

Mesti cantik kan? Kalau tak, takkanlah abang Aqeef boleh terpikat dengan Kak Hana itu.

"Isy, serabutlah Unaa dan Anis ni. Abang nak berehat dengan tenang pun tak boleh!" ujar Aqeef. Dia menjuihkan bibirnya. Geram betul dengan budak kembar ni. Tak habis² nak mengacau dirinya.

"Alaaa, kitorang cuma nak jumpa dengan Kak Hana je. Salah ke?" soal Anis. Suaranya dibuat-dibuat seperti kecewa dan sedih.

"Nanti ada masa, abang bawaklah Kak Hana ke sini, okey?" ujar Aqeef. Dia tersenyum apabila memikirkan tentang Hana.

"Yeayyy!!!. terima kasih abangku sayang" jerit Unaa dan Anis serentak di tepi telinga Aqeef. Mereka sengaja ingin mengenakan Abang mereka, Aqeef.

"Arghhh Unaa, Anis. Sakit telinga abang tau tak? Siaplah korang nanti!" jerit Aqeef. Suaranya sudah naik seoktaf. Geram dengan perangai kembar yang tak matang itu

Dia mengejar adik kembarnya. Unaa dan Anis pula sudah memboloskan diri ke dalam bilik tidur mereka.

"Argh, siaplah korang nanti !!!" jerkah Aqeef di luar pintu bilik Unaa dan Anis.
Manakala Unaa dan Anis hanya ketawa terbahak-bahak dalam bilik mereka.

"Ahahahahahahahh, bengang lah tu" Unaa dan Anis ketawa. Suara mereka bergema di dalam bilik itu. Aqeef yang mendengar suara ketawa adik kembarnya itu mendengus sebelum pergi dari situ.

Mujur saja telinganya tidak pekak mendengar jeritan adik kembarnya tadi. Tak guna punya adik.

Puan Sarah yang melihat kelakuan anak² nya itu hanya menggelengkan kepalanya. Dah besar tetapi perangai masing² masih tak berubah.

Dia berniat untuk meminang gadis itu pada hujung minggu ini juga.
Tak sabar rasanya ingin berjumpa dengan gadis itu. Mesti cantik dan baik kan? omelnya dalam hati.


    


AQEEF WALIDWhere stories live. Discover now