AW part 6

94 6 3
                                    

Hana sedang tekun membuat kerjanya. Tiada siapa pun boleh mengganggu tahap fokus nya terhadap kerja yang diberi oleh senior Faiz tuh.

Sebenarnya bukan kerja dia untuk mencari research tu tapi senior Faiz tu saje ingin membuli dia apabila melihat dia sedang berehat di pantri. Entah kenapa dengan senior Faiz tuh. Perangai dia berubah sejak ini. Tak boleh tengok dia senang lansung

"Arghhh, Damn it! shit!" carut Hana sambil meraup rambut ikal mayangnya. Sudah berapa kali dia berbuat begitu. Kusut masai habis rambutnya yang terurus rapi tadi

Dia melihat jam tangan berjenama casio yang terletak di pergelangan tangan kirinya.

"Alamak, dah pukul 12 tengah malam dah ni.Esok dah lah kerja." rungut Hana sambil mengetap bibir.

"Siap lah kau, senior Faiz.Mentang² aku ni junior senang kau nak buli aku ya? Sebab kau lah aku tak cukup tidur.Kau belum kenal lagi Nur Hanania yang sebenarnya. Esok aku akan kerjakan kau" kata Hana sambil tersenyum sinis seolah-olah senior Faiz itu berada di hadapannya.

Setengah jam kemudian, Hana tersengguk-sengguk di hadapan laptop nya.

"Huarghh.. Ngantuknyaa" kata Hana sambil menguap kepenatan.

"Yeahh, dah siap pun kerja ni. Menyusahkan betul" rungut Hana sambil menutup laptopnya itu.

Dia menyimpan laptop itu di dalam beg khas.Setelah itu dia bingkas naik ke atas katil untuk tidur.

Keesokan paginya, dia bangun awal seperti biasa. Dia mencapai tuala mandi nya dan menuju ke arah bilik air untuk mandi.

Setelah itu dia memakai blouse berwarna pink dipadankan dengan seluar denim berwarna hitam. Dia mengikat rambut nya gaya bun

Dia menuju ke bawah untuk bersarapan bersama ahli keluarganya.

"Mummy masak apa pagi² ni?" soal Hana sambil menjenguk mummy nya di dapur untuk melihat menu pada pagi itu

"Mummy masak nasi lemak hari ni. Mari tolong mummy hidang kat meja makan" arah Datin Sri Julia sambil membawa nasi. Kakinya melangkah ke meja makan yang

"Okey mummy" jawab Hana. Tangannya mencapai sambal ikan bilis dan pinggan mangkuk. Dia juga menurut langkah mummy nya ke meja makan.

" mummy, Hana makan dulu ya? Dah lambat dah ni, Hana nak pergi kerja" kata Hana sambil mencapai senduk untuk mengambil nasi.

"Ya, Hana makanlah dulu, Mummy nak panggil daddy jap" pamit Datin Sri Julia. Kakinya melangkah ke atas untuk memanggil suaminya agar turun bersarapan

Dia mencedokkan nasi dan sambal ikan bilis ke dalam pinggan nya dengan berhati-hati.

"Sedapnya nasi lemak made in mummy ni. Rasa cam nak tambah 2 pinggan lah pulak" omel Hana sambil menikmati kesedapan nasi lemak itu.

Matanya melihat ke arah jam tangan Casio yang berwarna putih di pergelangan tanganyya.
Automatik bebola matanya menjadi bulat apabila melihat jam kesayangannya itu

"Hah! dah pukul 7.45 dah? Aku salah tengok ke ni?" soal Hana kepada dirinya sendiri.Matanya dikerdipkan beberapa kali sebelum melihat jam tangannya semula.

Aduhh, camner ni. Aku dah lewat ni. Nanti kena marah dengan Mamat poyo tu pulak.

Setelah itu, dia membawa pinggan nya ke sinki. Kakinya melangkah ke luar rumah untuk mengambil heels nya.

"Mummy, Hana pergi dulu tau. Dah lewat sangat ni" pamit Hana sambil menyarungkan Heels pada kakinya. Dia mencapai kunci kereta Honda jazz dan menghidupkan kereta dengan cepat.

Kalut sungguh dirinya pada waktu itu. Kereta nya menuju ke Hospital Queen Elizabeth.

Sesampainya dia di Hospital Queen Elizabeth,  dia terkocoh-kocoh keluar dari pintu kereta Honda Jazz nya.

Dia menuju masuk ke dalam hospital itu. Apabila dia memasuki hospital itu dia terkejut apabila mendapati seorang lelaki sedang merenung dia dengan pandangan yang tajam.Tepat  menikam anak matanya.

Gulp, habislah aku kali ni.

Nur Hanania memandang jam tangannya.

Patutlah mamat poyo tu marah, rupanya dah hampir pukul 8.30 pagi.

Nur Hanania kembali memandang lelaki itu sambil tersengih bak kerang busuk.

"Erk, haii." tutur Hana sambil tersengih sehingga menampakkan kedua lesung pipitnya.

Lelaki itu berpeluk tubuh sambil menghadiahkan senyuman sinis buat Hana.

"Awak tak nampak ke sekarang ni pukul berapa?" jerkah Faiz sambil mengetap bibirnya. Sungguh dia geram dengan gadis di hadapannya kini.

Kelihatan rahangnya tergerak -gerak menahan kerana sedang menahan marah terhadap gadis itu

"Vaffanculo! (Fuck!)" carut Faiz dalam hati. Sabar je la dengan gadis ni. Kalau bukan sebab sayang dah lama gadis ini....

Hana hanya mengerutkan keningnya. Sungguh dia tidak faham perkataan yang dikatakan oleh lelaki itu.

Mungkin dia mencarut kut

"Say.. Saya... Mm... Minta maaf senior Faiz. Saya tak bermaksud nak..." tutur Nur Hanania sambil menunduk ke bawah. Sungguh dia takut dengan keadaaan sekarang ini.

Kelihatan ramai orang yang sedang melihat mereka.
Faiz mendengus apabila mereka melihatnya

Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya lelaki itu berlalu pergi dari situ.

Eiisiap kau mamat poyo.Tak habis² nak kenakan aku

Setelah agak lama dia berdiri di situ dia menuju ke bilik kerjanya.

Sesampainya di bilik kerjanya dia menyarungkan kot putih ke badannya. Kemudian dia mengemaskan sedikit rambutnya. Kakinya menuju ke arah wad kanak² yang tidak jauh dari situ

Kelihatan seorang budak perempuan dalam lingkungan 5 tahun sedang bermain dengan teddy bear nya.
Ralit sungguh dia bermain sehingga tidak sedar dengan keadaan sekelilingnya.

Nur Hanania melabuhkan punggungnya di kerusi yang berdekatan dengan katil budak perempuan itu. Dia tersenyum nipis ke arah budak perempuan itu.

Kalau boleh dia ingin menjadi seperti kanak² kecil semula. Mereka tidak perlu menghadapi masalah di sekeliling mereka.

"Kalaulah aku boleh jadi kanak² semula? Mesti best kan?" omel Nur Hanania









AQEEF WALIDWhere stories live. Discover now