¶ 5

1.1K 207 58
                                    

Perlahan-perlahan Minho melangkah masuk ke dalam bilik hospital yang Heejeong duduki.

Kelihatan Heejeong sedang terbaring kaku. Mukanya pucat. Begitu juga Minho mukanya, pucat setelah menangis di luar bilik bedah tadi.

Nasiblah author ada datang memujuk (๑ิټ ิ).

Minho duduk di kerusi bersebelahan dengan katil yang Heejeong tengah baring. Dia mengusap-usap lembut kepala author ehhh isterinya itu.

Perlahan-lahan Heejeong membuka matanya.

"Eh bila awak dah sedar?" (bijak en soalan (๑ิټ ิ) )

Soal Minho sambil sorok-sorok mengelap air matanya. Tak nak lah dia kelihatan sedih di hadapan isterinya itu.

"Em baru je.."

Heejeong yang baru sedar itu membalas lalu mengusap perutnya yang kini sudah kempis.

"Eh? Dah kempis?"

Soalnya.

"Awak, mana anak kita?"

Soal Heejeong lagi.

Minho menunduk. Sungguh, dia tidak dapat menahan air matanya dari mengalir lagi. Menunduk sahaja yang dapat menghalang isterinya dari melihat dia menangis.

"Awak, sabar tau. Anak kita dah takde"

Minho mengesat air matanya lalu melihat reaksi isterinya.

"Eh eh tak mungkin lah. Saya baru je pegang dia beberapa jam yang lalu. Tak mungkin dia pergi.."

Ucap Heejeong separuh sedih.

"Sabar awak"

Minho mengusap belakang Heejeong lembut.

"Tak tak... saya mimpi awak bawak dia balik rumah! Awak sengaja nak bergurau dengan saya!"

Balas Heejeong separuh marah.

"Dah! Jom balik! Jom balikkkkk!!!"

Sambungnya.

Minho hanya mengikut kata-kata isterinya itu. Yelah, kalau dibiar, entah apa yang jadi.

--

"Minjeong!! Omma dah balik!"

Ucap Heejeong sambil membuka kasutnya dengan penuh semangat. Dia senyum, seperti tidak percaya apa yang diucap Minho tadi.

Minho mengeluh perlahan.

Heejeong terus melangkah masuk ke dalam rumah sejurus sahaja membuka kasut. Setiap pelusuk rumah itu diterokainya, seperti dia mencari sesuatu.

Minho duduk di sofa di ruang tamu. Beberapa minit kemudian, Heejeong duduk di sebelahnya.

"Awak.. mana Minjeong? Awak sorokkan dia ke?"

Soal Heejeong perlahan.

Matanya menahan air yang sedang bertakung. Entah dia perlu percaya apa yang diucap Minho atau tidak.

"Saya dah cakap.. yang dia dah takde, awak kena tabah ye sayang"

Balas Minho sambil memeluk dan mengusap lembut belakang Heejeong. Cuba untuk meredakan kesedihan isterinya yang tersayang itu walaupun dia sendiri juga tidak dapat meredakan kesedihannya sendiri.

Tiba-tiba, Heejeong menepis tangan Minho dengan kasarnya.

Wow tetiba je hengko (๑ิټ ิ).

"Semua ni tak akan terjadi kalau kau tak balik! Selama kau takde, Minjeong je yang selalu temankan aku setiap kali aku sedih, aku gembira... kau pulak? Huh mesti kau tengah bergembira dengan perempuan lain kan sampai tak ingat nak balik!!"

Heejeong bangun dari duduk dan menaikkan suaranya.

Jangan meniru aksi ini di rumah, tak baik (๑ิټ ิ).

"Sampai hati awak cakap macam tu, saya balik sebab saya nak bersama keluarga saya, maafkan saya kalau kepulangan saya membawa malang kat keluarga kita..."

Ucap Minho lalu terhenti apabila air matanya mula mengalir.

Dun worry ya readers, author sedang mengesat air matanya (๑ิټ ิ).

"Awak tak balik pun tak pe la. Hidup saya lagi better la tanpa awak"

Heejeong berjalan melangkah masuk ke dalam bilik.

--

"Kenapa boleh jadi macam ni, Minho? Kau kan dah janji dekat diri kau sendiri yang kau akan gunakan masa dalam 3 bulan ni dengan sehabis baik"

--

*

pergi, lee know.Where stories live. Discover now