Aku tuliskan nota ini buat diri aku,jika kamu mahu membacanya silakan,jangan ragu ragu,kerana mungkin perjalanan kita sama cuma nasib yang berbeza.
Buat Danish yang dilahirkan pada tanggal 21 november 1998 Di hospital kuala lumpur.
Aku tujukan surat ini kepada kamu,agar kamu tahu bahawa tidak semuanya akan mengikut,tidak kesemuanya akan menurut.Jika ada,jangan abaikan,kerana kesilapan semalam belum tentu dapat di baikikan.
Hiduplah dengan kehidupan yang sebaik baiknya.
Jika ada yang menyinggung jangan di hadam, biarkan ianya terus berjalan
Diri kamu bukan kamu,kamu hanya amanah yang diturunkan untuk mencari makna sebenar kehidupan.
Jangan sia siakannya
Kerana setiap hembusan nafas yang kita hirup,dirindu oleh mereka yang telah tiada.Akhir kata
Jadilah kamu yang mengubah aku,supaya aku tidak berulang lagi.Salam Dari aku Danish irfan bin Ahmad fauzi
YOU ARE READING
21 HARI
Short Storykisah ini tidaklah menarik,tidaklah memuja. cukuplah pengalaman yang menjadi jalan cerita. jika diberi pilihan sama ada untuk menamatkan segalanya dan perbetulkan semula atau berjalan teruskan sahaja,aku akan pilih pilihan kedua. kerana tanpa penga...