Danish menuju ke dewan makan sambil ditemani oleh rakannya Akil.
Cuaca agak mendung. Entah mengapa Danish melihat suasana sekelilingnya agak muram.
Dosa barangkali.
"Bro,kau orderlah dulu,aq nk chop tempat"
Danish menujukan Thumbs up kepada Akil.
Ikan masak merah,ayam masak kicap,ikan goreng belacan.dan bermacam lagi juadah yang dihidangkan.
Selera itu bukan tiada,cuma,suasana menunjukan mukanya semula.
Entah mengapa diri ini terasa kosong.Kebingitan suara pelajar yang membuahkan lagi intonasi di dalam dewan itu,walau jumlahnya tidaklah terlalu menduga.
Tenung punya tenung.Akhirnya Danish membuat pilihan,air sirap juga jadi idaman.
"Sirap satu kak"
"3 ringgit dek"
Danish menghulurkan wang kertas 3 ringgit,dan terus beransur pergi.
Anak Matanya meliar liar mencari sahabatnya Akil yang dibilang sebentar tadi mahu memilih tempat.
Pandangan Danish agak kabur,lagi lagi apabila suasana itu gelap.
Lalu dia melihat Akil di sebuah meja makan yang berhampiran dengan longkang sambil mengangkat tangan memanggilnya
"Kau takde tempat strategik lagi ke,?"
"Sini chill lagi"
"Sirap je?,tak makan?""Nah.. aku takde selera"
Jawab Danish sambil mengacau air sirapnya menggunakan strawSuasana pelajar disini begitu gembira.sedang berborak,ketawa bersama,entah mengapa terasa diri ini begitu sepi.entah
Guruh dilangit tidak jemuh mengesek awan supaya pantulan bunyi dapat di dengari.
Gelapnya sehinggakan dewan harus dihidupkan lampunya.
Tetap mendung.
"Wei....."
Sayu panggilan Akil kepada Danish,sambil melihat diperkarangan luar dewanDanish melihatnya sambil di mulutnya mengigit straw.
"Asal kau?"
"Hahaha! Takde papelah! Forget it.."
Danish melihat rakannya itu seperti menyimpan suatu rahsia. Namun beliau tidak terus melulu tanya. Danish tahu setiap manusia memerlukan ruang, lagi lagi sahabatnya.
Danish menoleh ke sebelah kanannya. Dilihatnya segala benda,matanya melilau mencari cari apa yang harus dilihat.sedang rakannya Akil yang dari tadi termenung entah apa yang difikirkan.
Sewaktu Danish melihat permandangan sekelilingnya. Tiba tiba pandangannya tertumpu kepada seorang pelajar perempuan yang mengenakan pakaian yang memcorakkan prinsip indie. Mengenakan topi hitam dan jacket denim.
Pandangan Danish semakin lama,bukan kerana beliau seorang yang gatal. Namun pelajar perempuan itu mencetuskan pemikiran Danish yang menganggap kelakuan gadis itu sangat aneh.
"Kil.. wei kil..kau kenal tak pompuan tu?"
"Mana?"
"Tuu yang tengah duduk kat bangku batu tuu"
Danish menunjukan jari telunjuknya kearah gadis itu
"Pompuan tu ke?. Ntah! Aku rasa cam first time nampak do"
"Asal kau tanya?""Kau tak perasan something yang pelik ke?"
"Benda yang peliknya?"
"Shiffh.. sekarangkan langit gelap,gerimis dah mula turun.guruh kuat. Apa gila! Dia duduk buat kerja kat situ!"
"Oh haha,ye tak ye haha,ah! Lantak dialah, dia yang cari nahas. At least kalau kena sambar,boleh jadi kes,aq nk masuk tv haha"
Danish hanya terdiam. Beliau mengendahkan sahaja gurauan Sahabatnya.
Dia mula curiga.
Sangsi.
YOU ARE READING
21 HARI
Short Storykisah ini tidaklah menarik,tidaklah memuja. cukuplah pengalaman yang menjadi jalan cerita. jika diberi pilihan sama ada untuk menamatkan segalanya dan perbetulkan semula atau berjalan teruskan sahaja,aku akan pilih pilihan kedua. kerana tanpa penga...