"Dunia ni tak lama dah,dia dah penat.
Kenapa kau masih mengejarkannya?
Apa yang kau cari selama ni?""Apa maksud kau ni kil?,kau okey tak? Apa masalah kau?"
"Masalah?... hahaha masalah? . Banyak! Banyak masalah aku!. Terlalu baaanyak!!! Sampai aku nak bunuh semua orang sekeliling aku! F*ck! Aku sedar aku tak mampu! And that's why lah aku sign borang tu haha"
"Borang? What borang? Wei kau kenapa ni?"
.
.
.
*tet tet tet
Alarm telefon bimbit Danish berbunyi.Danish berbaringan,matanya kuyu. Fikirannya kusut.badannya lesu yang terlampau. Sungguh peristiwa semalam di kotaraya dia lupa.
Mungkin akibat khayal yang terlampau. Perkara yang hanya diingati adalah ketika beliau dan Sahabatnya Akil pergi ke restoran arab di bukit bintang untuk pergi menghisap shisha. Ingatan yang lain hilang. Hilang yang tiada petunjuk.
Danish bangun termenung. Melihat sekelilingnya tetap sama. Lalu bangun beliau terus melangkah ke dapur. Dibuka peti sejuk. Ada lebihan air coke yang dibeli olehnya semalam.
Danish meneguk air coke itu.
Terasa nyaman,air sejuk melalui kerongkongnya yang sudah kehausan.Sambil danish pergi ke microwave untuk memanaskan makannya, sambil itu dia menekan telefon rumahnya yang ketika itu ada DUA mesej simpanan suara.
Hairan.kerana tidak akan pernah ada lebih dari satu mesej simpanan suara. Dan satu satunya dari ibunya.
Danish mula musykil. Lalu dia pergi menghidupkan mesej yang pertama dari ibunya.
*Hye danish ,maaf mak ke..
Tut tut.......Danish mematikan mesej dari ibunya dan terus beranjak untuk yang seterusnya.
*hye danish...
Danish pelik. Suara perempuan. Yang pasti bukan ibunya.bukan juga suara rakan wanita kenalannya.
Tidak pernah didengari suara ini.Mesej itu diteruskan.
*hye danish.. seronok tak malam tadi? Menempah sarung guni? Diletaknya serbuk peledak? Haha...
Danish terkejut. Siapa ni? Menempah sarung guni? Serbuk peledak? .bisik danish dalam hati.
*haha..kau jangan risau haha kita tak bermalam bersama malam tadi. Cuma satu aku nak pesan untuk kau. Masa dah singkat. Waktu dah tenat. Mungkin dia sudah tidak lama. Aku harap kau faham apa aku cakap ..*
Pesanan itu mati setakat itu.
Danish masih lagi speechless dengan pesanan itu. Siapakah suara wanita misteri itu? Siapa 'Dia' yang sudah tiada banyak masa tu?
Segala persoalan satu satu menerjah akal pemikirannya.
Serabut.langkahnya pergi menuju ke bilik air untuk mengemaskan diri.
YOU ARE READING
21 HARI
Short Storykisah ini tidaklah menarik,tidaklah memuja. cukuplah pengalaman yang menjadi jalan cerita. jika diberi pilihan sama ada untuk menamatkan segalanya dan perbetulkan semula atau berjalan teruskan sahaja,aku akan pilih pilihan kedua. kerana tanpa penga...