BAB 1

122 0 0
                                    


Burberry Heart Cantley Canvas Tote pemberian Jeff sempena hari lahirku ke 25, yang membuatkan aku hendak terlompat kegembiraan kerana terharu aku bawa rapat ke paha. Mata aku larikan pada sebatang tubuh yang hampir tenggelam dek kemeriahan orang. Kaki yang ingin segera mendapatkan lelaki itu terhenti serta-merta. Anak mataku mengecil buat sekalian kalinya. Semakin lama tubuh tinggi lampai itu hilang daripada pandanganku. Keluhanku terdengar panjang. Ternyata persetujuanku mengiakan permintaan Jeff supaya menjemputnya di lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ini bukan keputusan yang baik. Seharusnya aku minta sahaja lelaki manja itu menaiki teksi, grab car ataupun uber, daripada aku menjadi si penunggu yang pastinya akan mengambil masa lebih daripada satu jam.

Segera aku ke food court di tingkat dua untuk mengisi perut setelah pesanan selamat dihantar pada Jeff. Agak lama tidak ke lapangan terbang ini kerana tiada berkepentingan membuatkan aku agak kebingungan. Hendak mencari makanan pun berpusing dua tiga kali. Sudahnya, aku sekadar memesan air kelapa segar dan asam laksa. Sambil makan, sambil menikmati pemandangan yang penuh dengan manusia. Aku bersendiri melahap makanan. Disebabkan tiada apa yang menggesa, perlahan sahaja aku menghabiskan sisa makanan.

"Allah.. papa!!!" aku terjerit agak nyaring apabila tubuhku tertolak ke hadapan ketika mahu menolak pintu ke bilik air. Nasibku baik kerana aku sempat mengimbangi badan daripada jatuh tersungkur, namun..

Bibirku terbuka luas. Terkelip-kelip mataku melihat harta kesayanganku sudah tercemar. Beg tote bertukar warna disimbah kopi. Astagfirullah al-azim. Kakiku tidak sakit, bahkan tubuh yang ditolak kuat tadi tidak terasa sakit pun, namun terpandangkan beg itu, jiwaku ranap serta-merta.

"Ahhh..errr..maaf cik.. anak saya tak sengaja..." halus benar suara itu memohon maaf, kedengaran ragu-ragu, mungkin bimbang dimarahi olehku. Aku mendongak. Wanita yang berusia sekitar awal 40-an menayang raut wajah serba salah. Serta-merta, hatiku pilu. Pilu dengan raut simpatinya dan juga nasibku sendiri.

"Tak..tak apa.." menggeletar suaraku mengeluarkan suara. Seakan tidak terkeluar dan tidak ikhlas sekali bunyinya.

"Sekali lagi kakak minta maaf cik. Anak kakak ni memang nakal sikit. Suka sangat berlari. Biasa la budak-budak. Tak kenal tempat nak menakal." Ah! rancak sekali dia berbicara, tanpa mengira hatiku yang terbelah dua.

Aku terbayangkan kegembiraan yang bukan kepalang ketika Jeff tersengih-sengih menayang beg berwarna putih cerah itu kepadaku sehingga timbul cemburu Sera terhadapku kerana hadiah istimewa itu. Kata Jeff, ini kali pertama dan terakhir aku beli tau. Lepas ni, minta suami kau pula yang beli!

Oh tidak!! Belum pun genap setahun aku menggunakan beg yang sudah menjadi koleksi kegemaranku itu. Tanpa sedar, aku meninggung di situ. Ah!! geramnya!!

"Jangan menangis, beg boleh beli lagi."

Entah dari mana datangnya pemilik suara garau itu, aku tidak ingin mengendahkannya. Hatiku begitu walang memikirkan kesayanganku sudah dikotori biarpun tanpa sengaja.

"Kalau awak menangis pun tak guna juga. Bukannya budak tu sengaja nak langgar awak. Jangan membazir air mata awak kat sini. Tak fasal-fasal kena rompak pula."

"Kan saya dah kata, beg boleh beli lagi!!!!" tekannya apabila tiada tanda-tanda aku mahu memberi tindak balas terhadap 'nasihat'nya.

"Kena kopi sikit pun nak menangis. Depan toilet lagi tu. Epik sangatlah!"

Hatiku sakit pula mendengar nada yang berbaur seakan perlian itu. Aku tidak memandang lelaki yang begitu mudah menuturkan sepatah ayat itu. Ia, memanglah boleh dibeli lagi.. jika berduit!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 12, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PABILA KAU HADIRWhere stories live. Discover now